Belajar dari kesilapan dan kegagalan orang lain,mudah-mudahan beroleh maklumat berguna. Pengalaman Pahit Dalam Urusniaga Forex
Saya hanya mengenali dunia pertukaran matawang asing, atau foreign currency exhange, forex atau fx sejak tahun 2006. Tetapi tidak begitu ambil berat mengenai perniagaan ini kerana beban tugas yang tidak mengizinkan saya terlibat secara langsung. Saya juga takut untuk melibatkan diri kerana kekurangan modal dan pengetahuan yang terhad. Bagaimanapun, tahun 2007, saya mula bertugas di kawasan bandar dan mempunyai sedikit masa terluang pada sebelah malam dan cuti hujung minggu. Saya juga telah membeli beberapa ebook terbitan tempatan dan luar negara. Antara ebook dan sistem yang memberikan kesan kepada saya dalam dalam dunia forex adalah Kuasa Forex karya Saudara Nasir Ibrahim dan Winning Solution System (WSS) karya Bapak Ashar Hanif dari Indonesia.
Ramai juga yang tidak begitu menggemari  Saudara  Nasir Ibrahim atas dasar indicator yang beliau gunakan bukanlah  indikator ciptaan beliau sendiri? Saya tidak pasti tentang itu, tetapi  secara positifnya, beliau telah berjaya membuka minda orang kita untuk  terlibat dalam perniagaan forex dan beliau juga seorang jurujual ebook  yang berjaya. Sejak dari itu banyak kita jumpa ebook mengenai forex  dalam bahasa Malaysia di internet.
Bagi  WSS, ramai juga mereka yang tidak menyukai sistem ini kerana ianya  hanya digunakan untuk trade GBPUSD sahaja dengan sistem ‘follow the  trend’ tetapi seringkali berlaku reversal yang menyebabkan kita  kerugian. Walaupun begitu, ramai juga ahli yang berjaya kerana ‘Money  Management’ yang betul dan mungkin juga mereka mengadunkannya dengan  sistem lain. Secara ikhlas, walaupun saya telah menjadi ahli seumur  hidup WSS sejak tahun 2008, saya belum lagi meletakkan EA ini dalam  akaun sebenar di VPS. Ini berikutan kelemahan saya yang kurang sabar  dengan sistem ini. Sekiranya mempunyai lebih wang, saya tidak akan ragu  untuk bertrading dengan WSS di Virtual Private Server (VPS).
Saya  mula membuka akaun sebenar forex di LiteForex melalui Introducer Broker  (IB) mereka di Kota Bharu. Sekejap sahaja mini akaun saya hangus,  begitu juga dengan akaun kedua saya. walaupun ada pihak yang menyatakan  spread mereka agak tinggi berbanding broker lain. Saya sama sekali tidak  menyalahkan mereka, itu semua adalah kesilapan saya sendiri. Kesilapan  pertama, saya tidak sabar dan berharap agar memperolehi beratus-ratus  pips sehari, memandangkan micro dan mini akaun cuma memberikan kita 10  sen atau i dollar bagi satu pip atas setiap lot yang didagangkan. Tetapi  sebaliknya yang berlaku, saya rugi beratus-ratus pip dan untung  berberapa pips sahaja. Kesilapan kedua, saya tidak berdisiplin dan  mengingkari sistem yang saya gunakan, ini berlaku kerana kesukaran saya  mengatasi emosi takut, tamak atau berani membabi buta. Secara makro,  kita dapat lihat arah pergerakan pasaran dengan agak mudah, masalahnya,  trend ini bergerak secara gelombang bukannya pada garis lurus, akhirnya  semua akaun mini saya di LiteForex musnah.
Mulai  tahun 2008, saya bertugas di kawasan hutan yang tidak mempunyai  sebarang kemudahan telekomunikasi! Hancur luluh perasaan saya kerana  tidak lagi dapat bertrading forex! Ada juga kebaikannya, selain dari  tidak mengalami lebih banyak kerugian, saya mempunyai lebih masa untuk  menilai kembali sistem dan pendekatan saya dalam bisnes ini. Walaupun  rugi, saya tidak pernah putus asa dengan perniagaan forex, saya masih  bertrading secara manual pada waktu cuti semasa berada di rumah.  Walaubagaimanapun, part time trading secara manual sukar mendatangkan  pulangan, macamana kuatpun tenaga dalam yang saya kerahkan, masih sukar  untuk saya mengawal emosi. Forex robot atau Expert Advisor (EA) mula  menarik perhatian, tambahan pula internet marketeer memang bijak  mempengaruhi saya dengan angka dan graf yang sentiasa menaik di sebelah  kanan! Antara sistem dan EA terkenal yang dibeli adalah Forex Auto Pilot  FAPs, Forex Megadroid, EA dari Forex Robot Worldcup, Forex Killer,  Magic Bullet, Forex Nitty Gritty dan pelbagai lagi yang hanya saya  perolehi untuk dicuba dalam demo dan mini akaun di FXCM.  
Saya  telah mendownload kalau tak beratus, berpuluh jenis sistem manual dan  EA percuma, juga pernah mencuba untuk menjadi beta tester yang akhirnya  tidak mampu saya ikuti kerana tidak sabar untuk beralih dan mencuba dari  satu sistem ke sistem yang lain. Mungkin juga tidak cukup masa untuk  sentiasa berada di depan PC. Ada juga orang perseorangan dan syarikat  yang cuba menipu dengan menjanjikan kita pulangan yang banyak. Cuba  selidik di forum-forum seperti noGold dan sebagainya untuk mengelakkan  kita tertipu hidup-hidup. Orang jenis ni bijak bergaya, beraksi dan  bercakap untuk mempengaruhi kita, agaknya mereka terlupa yang kita hidup  di dunia tak sampai pun 100 tahun dan perlu beralih ke dunia lain bila  sampai masa nanti!
Mengikut  pengalaman saya, semua EA yang saya beli ini mempunyai beberapa  kelemahan, contohnya FAPs melakukan trading dengan agak kerap bagi  mendapatkan keuntungan sehingga 20 pips sekali trade, tetapi kerugian  atau drawdown sekali akan menyebabkan keuntungan saya tadi habis begitu  sahaja. Nisbah risk:reward yang tidak begitu baik! Begitu juga dengan  Megadroid, tambahan pula Megadroid hanya trade beberapa kali seminggu  untuk 1 ke 10 pips atau rugi sehingga hampir 100 pips! Selain FAP Turbo,  kedua-dua EA ini adalah antara yang paling terkenal di dunia dan banyak  digunakan. Benar, keuntungan yang sedikit tetapi diperolehi secara  kerap dapat membiayai kerugian yang berlaku sekali-sekala. Sistem begini  mungkin sesuai bagi sesetengah orang tetapi bukan untuk saya.  Sesetengah EA pula mempunyai kecenderungan untuk membuka double lot  setiap kali kalah dalam trade yang sebelumnya, ini hanya akan  menyebabkan akaun kita lebih cepat punah. Sekali lagi saya memunahkan  akaun standard saya di FXCM pula. 
Forex  Robot World Cup (FRWC) memberikan pandangan baru saya kepada trading  menggunakan robot di platform MetaTrader 4 (MT4). Ini kerana kita boleh  melihat prestasi robot yang dipertandingkan dalam real account / akaun  sebenar secara live, pemenang tempat pertama berjaya menggandakan akaun  sehingga hampir 200 % dalam masa dua bulan! Fuh, tanpa melengahkan masa,  saya ambil cuti untuk memastikan saya antara orang pertama yang dapat  membeli robot tersebut dengan harga USD999. Walaubagaimanapun, apa yang  berlaku pada masa lepas tidak menjamin keputusan yang sama pada masa  hadapan! Semua robot tersebut mendatangkan kerugian kepada saya walaupun  hanya menggunakan 0.01 lot setiap kali bertrading!  Walaubagaimanapun  ada dua robot yang sedikit menarik perhatian, LMD Multi-Currency dan  HiRider Modified. Walaubagaimanapun ia mungkin tidak sesuai sekiranya  kita kurang sabar, LMD Multi Currency walaupun tidak menggunakan lagging  indicator, masih perlu di ubahsuai mengikut keadaan pasaran semasa dan  mungkin tidak sesuai dengan semua jenis matawang yang dicadangkan. Ini  berikutan perubahan pasaran yang sangat tak menentu. HiRider Modified  pula trade dengan kerap dan secara purata boleh memberikan kita sehingga  25 USD sehari, Tetapi jangan terkejut sekiranya anda hilang sehingga  lebih 210 USD sehari. Kedua-dua robot terbaik di FRWC masih belum  memuaskan hati saya!
Akhirnya  saya bertemu dengan Forex Portfolio, sRs Vladimir’s Trend Rider, Forex  Magic Breakout dan Forex Super Launcher. Indicator dan sistem yang  menghidupkan kembali harapan saya dalam perniagaan forex. Forex Kagi dan  Forex Samurai juga adalah antara robot atau EA yang mempunyai nisbah  risk:reward yang agak baik. Saya terhutang budi dengan Felix Hemongutus  dan rakan-rakan dari Forex Peace Army yang memberikan saya pandangan  kepada perniagaan forex dari sudut yang berbeza dan lebih luas. Mark  Larsen juga antara individu yang sentiasa percaya trading forex  menggunakan EA bukanlah sesuatu yang mustahil.
Sekiranya  kita serius dalam perniagaan forex, Forex Portfolio adalah antara ebook  yang harus dibeli. Penerangan yang diberikan adalah jelas dan praktikal  dari asas hinggalah ke pengurusan portfolio forex yang dilakukan oleh  mereka yang telah berjaya dalam dunia perniagaan forex dan institusi  kewangan. Walaupun begitu, disiplin dan kebolehan mengawal emosi masih  lagi faktor utama yang perlu diambil berat.
sRs  Vladimir’s Trend Rider adalah sistem trading secara semi-automatic.  Kita mempunyai pilihan untuk memasuki trade dengan isyarat yang diberi  atau mengabaikan isyarat tersebut sekiranya tidak memenuhi kriteria  terakhir, atau isyarat yang diberikan sudah terlalu hampir dengan  support atau resistant level. Target profit diberikan secara automatik  bergantung kepada stop loss yang kita tetapkan. Kita juga boleh  membiarkan trade dibuka dan dikawal secara automatik bagi mendapat  keuntungan maksimum.
Forex  Magic Breakout juga adalah sistem semi-automatic, bezanya ia mempunyai  cara keluar trade yang perlu diawasi secara manual untuk medapat  keuntungan yang lebih baik. Secara peribadi, saya dapati sistem ini  boleh memberikan lebih nilai pips tetapi memerlukan lebih banyak masa  untuk berada berhampiran PC. Sistem pengurusan kewangan yang dibekalkan  juga sangat menarik dan praktikal. Kedua-dua sistem ini membolehkan kita  tidak sentiasa melekat depan skrin komputer, Cuma pasang speaker dan  dengar isyarat untuk memasuki pasaran. Walaubagaimanapun, ia tidak  sesuai di FXCM sekiranya menggunakan platform MT4 kerana mereka tidak  membenarkan partial close. 
Forex  Super Launcher Indicator pula selain dari memberikan isyarat untuk  trade secara automatik, ia dapat memberikan pandangan jelas level  support dan resistant serta volume pada setiap time frame yang kita  buka. Expert Advisor Forex Kagi dan Forex Samurai adalah EA untuk  platform MT4 yang dikeluarkan oleh developer yang sama. Nisbah  risk:reward adalah lebih baik dari EA terkenal yang lain. Sekiranya anda  mempunyai banyak masa dan sentiasa memperolehi ekses internet, forex  signal dengan bayaran bulanan dari TheForexSignal.com  juga mungkin sesuai, kita tak perlu pening memproses data untuk trade,  cuma tunggu signal dan masuk market mengikut isyarat yang diberi melalui  email, member area di webpage atau sms.
Pengetahuan  bukan lagi halangan untuk kita terlibat perniagaan forex. Tetapi,  walaupun beratus ebook atau sistem yang kita perolehi, itu semua tidak  bermakna sekiranya kita tidak berdisiplin dan mengikuti dengan tanpa  berbelah bagi setiap saranan yang diberikan. Ramai orang yang boleh  bertrading forex asalkan mereka memahami bahasa Inggeris. Lebih ramai  lagi yang gagal kerana tidak dapat menangani emosi. Pada saya, sekiranya  kita berdisiplin dan boleh mengawal emosi sendiri, tidak mustahil kita  juga boleh memperolehi keuntungan dari perniagaan ini. Kalau ada orang  yang berjaya, kenapa tidak kita? Walaupun kini saya hanya mempunyai  akaun live yang tak seberapa di FXCM dan Alpari, Alhamdulillah, saya  belum lagi dikenakan margin call. 
Pendapat  saya, jangan kita mudah percaya dengan status akaun yang dipaparkan  oleh jurujual EA atau sistem. Perniagaan matawang asing tidak sesuai  untuk semua orang, dan bukan perniagaan yang menjanjikan keuntungan  segera atau skim cepat kaya. Sekiranya ia bisnes yang mudah, sudah tentu  ramai yang menjadi kaya raya. Perlu diingat, dalam perniagaan ini,  sekiranya kita rugi, ada pihak yang untung dan begitulah sebaliknya.  Leverage dalam perniagaan forex boleh merugikan kita dan mungkin  mendatangkan keuntungan yang besar kepada kita. Walaupun kadar kecairan  perniagaan mata wang asing berjumlah sehingga 4 trillion sehari, ada  ketikanya institusi kewangan yang besar, berita ekonomi atau politik  yang boleh menyebabkan perubahan arah pergerakan pasaran secara  mendadak. Rujuk Forex Factory, Forex Robot Reveiw, Forex Peace Army dan  lain-lain ruangan forum untuk mendapatkan pengetahuan lebih mendalam dan  pandangan neutral terhadap EA atau sistem yang dijual oleh pihak  tertentu. 
Akhir  kata, segala yang baik adalah dari Allah Taala, yang buruk adalah dari  saya sendiri dan mohon maaf sekiranya terkasar bahasa atau ada yang  tersentuh dengan penulisan saya. 
Kredit to forexfail.blogspot.com
Kredit to forexfail.blogspot.com


1 Comments
Adakah anda memerlukan pinjaman untuk memulakan perniagaan? Ia mengambil
ReplyDeletepinjaman untuk membayar bil-bil anda? Pada masa ini kami tawarkan
pinjaman pendidikan, pinjaman perniagaan, pinjaman rumah, pinjaman pertanian,
pinjaman peribadi, pinjaman kereta, dan lain-lain Jika anda perlu
menyatakan minat anda ke atas pinjaman, supaya kita boleh
menghantar maklumat lanjut kepada anda.
Hubungi kami melalui e-mel: sandradonaldloancompany@gmail.com.
Terima kasih
+1 951 703 6414