Hukum Forex Harus pada syarak dengan ilmu yang betul.

Sebelum itu anda wajib lihat video ini :



Namun begitu Bank Negara Fatwa (nasihat) dan bagi Amaran keras..hehehe..disebabkan kenyataan di bawah..rakyat Malaysia yang sedang trade forex was-was , berputus asa dengan urusniaga matawang asing (forex) dan bingung tanpa sebab.
Trade forex Salah di sisi undang-undang sebab Kerajaan tidak dapat hasil keuntungan dari Forex(Gov Tax.)hehe..minyak pun naik 20 sen..rakyat boleh tahan..ikut suka personal lah naik buat apa pun..janji tidak trade forex dengan cara yang Haram pada syarak ..Sebab itulah Lee Chong wei pun perlukan Misbun Sidek.
Tidak belajarkah kita kisah Nabi Musa  a.s yang Allah tegur supaya berguru dengan Hamba Allah yang Soleh (Khidir a.s). 
Buka Al-Quran- Surah Al-Kahfi (Surah Ke 16) ayat 60 hingga 81. :)

Kenyataan BANK NEGARA MALAYSIA


Berhati-hati dengan Skim Urus Niaga Mata Wang Asing Secara Haram

Bank Negara Malaysia ingin mengingatkan orang ramai untuk tidak menyertai mana-mana pelaburan atau program latihan urus niaga mata wang asing(Forex) secara haram yang ditawarkan oleh individu atau syarikat dalam atau luar negeri.

Orang ramai selalunya dipujuk untuk menyertai pelaburan atau program latihan seperti ini dengan janji pulangan yang cepat dan lumayan. Modus operandi program termasuk:

* Menawarkan latihan, seminar atau bengkel percuma untuk mengumpan para pelabur, sebelum mempelawa mereka untuk membuka akaun urus niaga mata wang asing dalam talian dengan syarikat induk (kononnya mempunyai lesen yang sah untuk menjalankan urus niaga mata wang asing di luar negara);

* Menyediakan akses mudah kepada laman sesawang syarikat induk dan kemudahan urus niaga bagi menyenangkan pelabur menjalankan urus niaga mata wang asing secara dalam talian;

* Pengambilan siswazah baharu sebagai eksekutif pemasaran dan menggalakkan mereka untuk melibatkan keluarga dan rakan-rakan mereka dalam urus niaga mata wang asing; dan

* Menghendaki pelabur menyimpan sejumlah wang dalam akaun bank bagi memulakan urus niaga mata wang asing, dan seterusnya meminta mereka menambah pelaburan permulaan (panggilan margin) bagi mengelakkan kehilangan modal.

Di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953, adalah satu kesalahan untuk seseorang individu di Malaysia membeli atau menjual mata wang asing atau melakukan apa-apa tindakan yang melibatkan, berhubung dengan, atau persediaan untuk, membeli atau menjual mata wang asing dengan mana-mana orang, selain daripada peniaga berdaftar. Di bawah Akta ini juga, adalah satu kesalahan untuk seseorang itu membantu atau bersubahat dengan orang lain untuk membeli atau menjual mata wang asing dengan mana-mana orang, kecuali orang tersebut ialah peniaga yang dibenarkan.

Senarai peniaga dan institusi kewangan yang dibenarkan oleh Pengawal Pertukaran Wang Asing untuk membeli atau menjual mata wang asing boleh didapati di laman sesawang Bank Negara Malaysia (BANK NEGARA MALAYSIA).



Sejak berita di atas dikeluarkan,maka sayugia keluarlah ilmuan Islam "Hero Malaya" yang tidak pernah tahu forex menfatwakan (menasihatkan) bahawa forex ini HARAM.Terpampang dalam semua akhbar pada masa itu.



Tidak belajarkah kita dengan apa yang berlaku di Rusia.Korang boleh tanya rakyat mereka,tertulis dalam buku sekolah mereka."Agama" anutan yang di pilih oleh Pemimpin Rusia Buat Rakyat.

Disebabkan ulamak terlalu keras dengan syariat (tidak boleh makan babi dan minum arak)memang kebiasaan dan tradisi dan budaya masyarakat mereka begitu.

 Rusia akhirnya buat keputusan bersama rakyat dan pemimpin , memilih Kristian sebagai agama Rasmi.Pengajaran yang amat berharga dan amat mahal buat seluruh umat Islam dan Khasnya ULAMAK yang membawa nama agama Islam ke seluruh dunia.Jika ulamak sedikit bertoleransi,sudah pasti Rusia adalah negara Islam yang kuat sekarang.Namun semua ini ditakdirkan Allah supaya menjadi pengajaran buat umat Islam akhir zaman.

Belajarkah kita dengan wali songo,mereka meng "Islam" kan umat Nusantara (orang melayu kita) yang dahulu majoriti "Hindu" dan "Tiada Agama" dengan cara yang bersesuaian dengan masyarakat setempat..lihat yang berlaku di Indonesia ..beratus Juta jiwa umat Islam..in sya Allah kita dan mereka semua  akan sedar bahawa Iman akan hadir dengan ilmu agama yang di hadiri anak muda.


"Islam ini mudah.
Jelaskan Islam dahulu dengan mengesakan Allah dan Muhammad adalah UtusanNya.Iman datang kemudian dengan ilmu yang betul.(Ulamak yang Benar)

Nasihat Along : Sila baca amalan kesogehan.baru terbuka mata hati anda.