Salam semua,
Hari ini penuh dengan perkara yang membahagiakan,
Yang paling Bahagia Bila Mendengar Ucapan Sultan Brunei,Hasanal Bolkiah melaksanakan ketetapan dan hukum Allah sejak azali iaitu Hukuman Hudud.
Sultan Brunei semalam memperkenalkan hukuman hudud, termasuk merejam sampai mati mereka yang didapati bersalah kerana berzina.
Mengumumkan keputusan itu, beliau merujuk langkah berkenaaan sebagai
yang bersejarah pelaksanaan undang-undang Islam sebenar di negara itu.
Sultan Hassanal Bolkiah, 67, antara lelaki terkaya di dunia, berkata,
akta baru undang-undang syariah yang dikaji selama bertahun-tahun itu diperkenalkan secara rasmi semalam di negara yang kaya dengan minyak itu mengikut tempoh percubaan selama enam bulan.
Berdasarkan kes terhadap individu, undang-undang itu meliputi hukuman
termasuk merejam hingga mati kerana berzina, memotong tangan kerana
mencuri dan sebat kerana pelbagai kesalahan seperti pengguguran
kandungan hingga kepada meminum arak.
Akta itu bagaimanapun hanya tertakluk kepada umat Islam.
“Dengan izin Allah, dengan menguatkuasakan undang-undang ini, tanggungjawab kami terhadap Tuhan sudah ditunaikan,” katanya.
Sebagai pemimpin negara yang keluarganya menguasai negara yang kaya
dengan minyak itu selama enam abad, beliau pertama kali menggesa hukuman
hudud dilaksanakan pada 1996.
Brunei sebelum ini mengamalkan
pemerintahan lebih konservatif berbanding negara jiran Islamnya di Asia
Tenggara iaitu Malaysia dan Indonesia, seperti mengharamkan penjualan
dan kegiatan minum arak secara terbuka. -AFP
0 Comments