Salam semua,
Hari ini along nak share satu gambar yang menjadi inspirasi kepada semua. Dimana seorang Sultan mengawal lalu lintas apabila pemandu pengiringnya terlibat kemalangan jalan raya.
Amat kagum dan hormat atas sikap yang di tunjukkan oleh KDYMM Tuanku Sultan Brunei .. ALLAHUAKHBAR!!!!
Kedua-dua
anggota pengiring Diraja Brunei itu terpaksa dikejarkan ke hospital
selepas dilanggar kereta itu yang datang dari arah bertentengan, menurut
laporan Brunei Times.
Kejadian berlaku berdekatan Jerudong Park di Lebuh Raya Muara-Tutong semalam.
Amat
kagum dengan kesudian baginda keluar dari kereta Diraja dan mengawal
keadaan lalu lintas sementara anggota pengiringnya diberikan rawatan
kecemasan.
Bayangkan perasaan rakyat Brunei yang berkesempatan
melihat kerendahan hati dan kemulian yang dipertontonkan pemerintah
mereka ketika memandu melalui jalan berkenaan.
Dalam kejadian
itu, seorang anggota patah bahu kiri dan tangan, manakala seorang lagi
cedera ringan tetapi masih dalam keadaan trauma dan terkejut selepas
mereka dilanggar oleh sebuah kereta yang dipandu seorang wanita.
Pemandu itu dipercayai memandu melebihi had laju yang dibenarkan.
0 Comments