Hampir setahun along berkongsi ilmu forex dan belum pernah along tunjukkan income atau statement acc forex kepada anda atas sebab privacy dan keselamatan family along di depan peserta seminar.
Namun peserta seminar ada juga yang menanyakan soalan sebegini,sebagai persoalan yang bermain di fikiran mereka.
Long,kenapa kau share ilmu ini,adakah kau sudah bergelar jutawan?
Adakah income kau melebihi ratusan ribu sebulan?
Adakah kau mempunyai kelayakan yang setanding dengan trader-trader yang hebat-hebat di luar?
Pernahkah kau menjuarai mana-mana pertandingan forex peringkat dunia?
Dan pelbagai lagi persoalan yang bermain-main difikiran semua.
Jika along jawab "Ya" atau "Tidak" ia akan menimbulkan banyak andaian, fitnah dan sangkaan orang ramai mengenai bidang Forex.Adakah perlu himpun wang berjuta atau memenangi sesuatu pertandingan forex di tempat pertama baru kita hendak kita kedepan sebarkan ilmu.
Along cuma menjawab begini:
Tugas saya menjadi Fardu Kifayah atas ilmu Forex ini :)
Ulamak ada menasihati dalam nada kiasan,
"Jika kita ada ilmu sedikit tentang berenang,secara tiba-tiba kita lihat di depan mata kita orang yang hampir lemas.Maka ulamak menjawab "WAJIB" kita yang lihat selamatkan segera,atau ikhtiarkan pelampung atau jika takut usaha juga cari orang sekitar yang pandai berenang."
Maka begitu juga forex.
Menjadi fardu kifayah dan "kewajipan" bagi along berkongsi ilmu dan menerangkan ilmu Harus dalam forex yang ramai trader abaikan.
Di bawah ini adalah contoh dari Sebuah FILEM inspirasi :
Dalam sebuah filem yang terkenal
berdasarkan kisah benar, ‘Pursuit of Happyness’, Chris Gardner, satu
hari ternampak seorang lelaki kaya memandu kereta Ferrari.
Beliau menghampiri lelaki tersebut dan
bertanya “Saya hanya ada dua soalan.
Apakah yang anda lakukan? Dan
bagaimana anda melakukannya?”.
Lelaki tersebut menjawab “Saya adalah seorang “stock-broker”. dan...
Anda perlu bagus dalam pengiraan dan perhubungan manusia. “
Dengan dua jawapan tersebut, Chris
memulakan langkah bekerja di sebuah firma saham.
Enam tahun kemudian,
beliau merupakan seorang jutawan.
Kesimpulannya, proses BERTANYA dan IKUT NASIHAT apa yang orang berjaya lakukan dan buat adalah perlu untuk memendekkan masa kita menuju kejayaan.
Jawapan along kepada soalan Long,ada tak selain forex yang kau buat.Yang income lebih kurang Full Time Trader?
Along Jawab "ADA, in sya Allah dengan ilmu yang betul"
Anda perlu tiru apa yang saya belajar dari beberapa orang Jutawan forex Melayu dan Cina.Saya baru buat 4 bulan sejak November 2013,hasil dan buktinya seperti gambar di bawah.Namun ianya hanya 10% dari income forex along :).
Tapi bagi trader newbie ianya sangat berbaloi bukan.Income bulanan dalam USD dan berterusan walaupun anda sedang tidur.
Along Jawab "ADA, in sya Allah dengan ilmu yang betul"
Anda perlu tiru apa yang saya belajar dari beberapa orang Jutawan forex Melayu dan Cina.Saya baru buat 4 bulan sejak November 2013,hasil dan buktinya seperti gambar di bawah.Namun ianya hanya 10% dari income forex along :).
Tapi bagi trader newbie ianya sangat berbaloi bukan.Income bulanan dalam USD dan berterusan walaupun anda sedang tidur.
Along pasti ramai trader yang tahu akan ilmu ini,namun seperti yang along katakan,ramai yang tidak tahu rahsia dan kaedah yang betul.
Ia umpama anda trade forex.Ramai yang tahu pelbagai ilmu yang paling bagus dalam dunia,namun ramai juga yang tidak konsisten termasuk pakar dan guru forex.
Saya cuma belajar dari beberapa orang yang benar-benar Jutawan dalam forex,ikut seperti "copy paste" sahaja dan yang paling penting mereka ini sangat merendah diri :)
Saya tidak akan ceritakan rahsianya dalam seminar "Sogeh Profit" jelajah Malaysia,namun saya akan bukakan rahsianya hanya dalam kelas Personel Coaching.
Sekian sahaja untuk perkongsian hari ini,
Wassalam
4 Comments
Along. kelas personal coaching mahal harganya. kalau along tahu tak semua orang berkemampuan untuk bayar RM1000.
ReplyDeletekenapa along tak share sahaja secara percuma? Jika total income along melebihi 70k usd sebulan, apa lagi bayaran yang along kejar?
membantu saudara seislam pun kene berbayar ke? jika begitu along, hanya yang kaya bertambah kaya. yang miskin bertambah miskin.
sebab yang kaya je mampu keluarkan RM1000 untuk kelas personal coaching.
sekian. semoga maju jaya.
Maaf sekadar pendapat ingin content wall along selepas baca komen ini.
DeleteKalau tak mampu bayar, apa perlu buat? cari jalan lain untuk dapatkan ilmu. Banyak lagi jalannya, antara malas dengan tidak. kat forum carigold contohnya, banyak ilmu free, hanya perlu selak satu persatu rajinkan diri.
Sebenarnya bukan soal mampu atau tidak mampu jadi isu. Soalnya kemahuan. Nak seribu daya taknak seribu dalih. logik akal kalau hidup ni sekadar makan suap, semua orang mesti dah berjaya kan? kenapa wujud ada yang berjaya dan ada yang tidak(belum)?
Renung-renungkan
Ye la along. Kalau ikut kiasan ulamak yg along bagi tu pun dah kata wajip menolong. Umpamanya kalau nmpak org lemas kita x perlu offer dia utk kita tolong, kita spontan terus terjun nak selamatkan dia. Ilmu ni pelbagai dan luas selagi kita nak belajar, tapi akhirnya kita terbatas dgn kemampuan lain selain dari keinginan utk belajar. Mengajar dgn upah, dikhuatiri ada riak kecil dgn ilmu yg kita ada wallahualam
ReplyDeleteBaiklah,bagi mengelakkan fitnah , privacy dan keselamatan family,
ReplyDeletealong faham benda ini pasti berlaku,agak sukar untuk berlaku adil buat ratusan malah ribuan pencinta ilmu Forex ini seluruh Malaysia yang menghubungi along hampir setiap hari.
Bagi berlaku adil along berikan ilmu ini percuma kepada yang benar -benar ikhlas menuntut ilmu.Berpendapatan Rm2500 ke bawah,pelajar ipta dan O.K.U .
Ini termasuk:
(20 bab modul "What's They Don't Teach You At HAVARD or Any Business School" hardcopy print berwarna,group VIP whats App sogeh Profit,seminar dari jam 8:30 pagi-5:30 petang,siap sarapan,tea break,makan tengahari dan minum petang,kelas hanya di hotel Suria Beach Resort,Cherating,Pahang setiap Jumaat sahaja)
Along infaq hanya untuk seorang student sahaja setiap minggu.
Hubungi Pn Juria (whats App 0196796869)kepada yang benar2 inginkan ilmu ini secara percuma.Beliau akan reserve satu seat buat anda yang bertuah :)
Kuota hanya disediakan 1 tempat sahaja F.O.C setiap minggu.
Along minta maaf jika ada salah silap dan dengan tujuan mengelakkan fitnah atas ilmu.
Mudah2han kita berjumpa dan berkongsi ilmu.
Tiada niat sebenarnya hendak charge ,namun atas nasihat orang yang berpengalaman dan mengelakkan fitnah along buat kedua-duanya iaitu Free dan Berbayar.
In sya Allah apa yang berlaku ini menjadi hikmah buat yang lain :)