Pelajaran #9
Pelajaran kali ini adalah bersifat penerangan melalui kisah hidup dan pengalaman penulis(along) memerhati tabiat,emosi dan gerak geri kehidupan trader biasa mahupun vip dalam urusniaga yang paling berisiko untuk diajarkan dalam segala bidang ilmu iaitu "forex".
Orang yang paling rugi dan bodoh ialah orang yang tidak tahu duitnya diambil orang lain ketika mereka kurang ilmu.Jika untung kawan,jika rugi dimaki sampai ke lubang kubur.
Tahun 2003 adalah saat pertama along mengenali dunia online forex ketika ketagihan main games "counter strike" di cyber cafe sejak zaman sekolah menegah lagi.
Maka bermulalah kisah hidup seorang budak mentah dari kampung Solok Tangkak,Johor menjadikan North Finance, broker forex ketika itu sebuah mesin judi yang sangat mengujakan.
Walaupun sebelum itu secara umumnya kita mengenai "Money Changer" sebagai forex konvensional , adrenalin nak cepat kaya menjadikan along ketagihan melihat "candle stick".
Mulai saat ini, berbekalkan pengalaman 11 tahun untung rugi dalam arena "ikhtiar hidup" iaitu forex ,tugas along mendidik masyarakat awam khususnya umat Islam berfikir secara mentaliti "pakar".Sebut sahaja forex ada 1001 andaian pelbagai pihak termasuk khilaf dikalangan alim ulamak.
Tahukah anda khilaf itu membawa rahmat,supaya kita berfikir tentang fitnah paling besar dalam umat manusia iaitu fitnah dajjal dan penyakit "Wahn" iaitu cintakan dunia dan takut mati.
Maka, sejak 2008 blog piphijau.com ini menjadi medan luahan perasaan along dan mendidik rakan-rakan seangkatan yang menjadikan forex ini sebagai hobi yang sukar dilupakan.Manalah tahu satu hari nanti ada orang besar ,vip , menteri dalam syarikat korporat kewangan dan industri bank meng"usha" line blog kerdil ini.
Masalahnya sekarang terlalu ramai trader melayu khususnya melakukan transaksi umpama berjudi dan mengabaikan swap,interest dan rollover kredit yang terang-terang haram hukumnya.
Di tambah lagi dalam 100 orang trader Melayu, 97 daripanyanya hilang dan menggadai harta ditambah lagi kebanyakan mereka mengalami masalah mental dan emosi yang serius.
Maka tugas along menjadi fardu kifayah dalam bidang ini, menerangkan ilmu forex satu persatu,ibarat menarik rambut dalam tepung.Rambut tak putus dan tepung tak masuk hidung (berselerak).
In sya Allah,ianya perkongsian yang berterusan dalam ilmu ini melalui medium penulisan "corporate sufi"
Berbalik kepada pertanyaan masyarakat,di bawah ini adalah persoalan biasa yang diajukan kepada along, dan saya berikan jawapan yang sedikit detail:
Apakah Itu Forex?
- Forex adalah singkatan dari Foreign Exchange yang bermaksud Tukaran Asing. Forex juga biasanya dikenali sebagai FX.
- Forex merupakan entity kewangan yang terbesar didunia dengan transaksi melebihi $5.7 trillion sehari(Data setakat April 2014).
- Transaksi Forex adalah 2 hala contohnya matawang GBP/USD; apabila kita membeli matawang GBP bermakna kita menjual matawang USD dan begitu juga sebaliknya.
- Tukaran Asing berlaku apabila satu matawang ditukarkan kepada matawang asing transaksi ini berjalan 24 jam sehari secara berterusan selama 5 hari dalam seminggu.
- Dari transaksi ini, kita mendapat manfaat keuntungan apabila nilai matawang utama yang kita beli meningkat dan begitu juga apabila nilai matawang utama yang kita jual menurun.
- Pelaburan Forex amat popular kerana keuntungannya amat lumayan dan boleh mencapai keuntungan 100% dalam masa beberapa hari.
- Akan tetapi, ianya juga berisiko tinggi untuk rugi dalam sekelip mata apabila tidak mempunyai pengetahuan yang cukup semasa berdagang.
Adakah Individu/pelabur-pelabur kecil dibenarkan berdagang FOREX?
Sebelum ini, hanya bank dan individu vip yang mempunyai pendapatan bersih berbilion ringgit dibenarkan berdagang forex. Pelabur-pelabur mula dibenarkan berdagang FOREX semenjak 1996 setelah ianya mendapat kelulusan dari Bill Clinton, Presiden Amerika Syarikat pada masa itu.Manakala online forex ialah pada hujung tahun 2000.Tahukah anda tahun 2001 WTC(World Trade Centre) sengaja dimusnahkan sebagai fitnah umat akhir zaman.Maka bermulalah era penghabisan wang ringgit secara pukal dan perjudian melalui urusniaga forex oleh umat manusia.
FOREX dan Hukum Islam?
(market , stop , limit )dan disertakan juga dengan akad jual beli.
HUKUM ISLAM dalam TRANSAKSI MATAWANG ASING:
Memenuhi syarat menjadi objek transaksi jual-beli iaitu:
- Suci barangnya (bukan najis)
- Dapat dimanfaatkan
- Dapat diserahterimakanJelas barang dan harganya
- Dijual (dibeli) oleh pemiliknya sendiri atau kuasanya atas izin pemiliknya
- Barang sudah berada ditangannya jika barangnya diperoleh dengan imbalan.
Di Link Ini ada kaedah pendaftaran akaun forex berdasarkan islamik akaun melalui akad urusniaga jual beli bersama IB
FOREX dan undang-undang Malaysia?
Adakah FOREX satu penipuan?
Along juga ada bertanyakan kepada BNM sebelum ini dan jawapan mereka ialah :
Jika seseorang individu itu terlibat dengan forex market, maka risiko kerugian adalah tangungjawab sendiri.High Risk ,High Return.
Sebenarnya bukan soal kena tipu tetapi kerana kita tak tahu macam mana endak menjadi seorang Pelabur yang selamat dari sebarang penipuan. Jika kita membenarkan orang lain baik individu atau syarikat menjalankan urusniaga untuk kita tetapi wang yang dilaburkan itu di luar kawalan kita, memang lah kita terdedah kepada risiko penipuan.
Sebab itu sejak mula bergiat dalam bidang ini,menjadi kesalahan along tidak mengambil tunai atau aset untuk dilaburkan dalam forex walaupun ditawar ratusan ribu ringgit.Along lebih selesa menjadi "coach" mengajar masyarakat menimba ilmu ini dengan ilmu pakar seluruh dunia yang dipanggil "teknikal analisis".Bahasa pasarnya ialah persedian atau tektikal yang ketat umpama sebelum memasuki medan peperangan.
Bersambung di pelajaran seterusnya.
Sekian, terima kasih.
Wassalam.
Mohd Zubir Amry Bin Ghazali. (Along)
My expertise is to help Muslim trader's to be "Specialist in Technical Analysis" with true "corporate sufi" knowledge.
Fb : synergyrush
Forex Profit (Ilmu Forex Berterusan)
-Pelajaran #1 (Teknik Asas Trendline)
-Pelajaran#2 (Teknik Pivot Basic)
-Pelajaran#3 (Teknik Pivot Advance)
-Pelajaran#4 (Teknik Divergence)
-Pelajaran#5 (Teknik Chart Pattern Basic#1)
-Pelajaran #1 (Teknik Asas Trendline)
-Pelajaran#2 (Teknik Pivot Basic)
-Pelajaran#3 (Teknik Pivot Advance)
-Pelajaran#4 (Teknik Divergence)
-Pelajaran#5 (Teknik Chart Pattern Basic#1)
-Pelajaran#6 (Teknik Scalping)
1 Comments
Saya baru jumpa web ni. so far nice and good job.
ReplyDelete