Salam semua,

Hari ini penulis ingin berkongsi ilmu mengenai beberapa teknik forex yang jarang dikenali oleh newbie mahupun yang telah lama berkecimpung dengan bidang ini.
Kepada rakan kita yang telahpun membiasakan diri dengan ilmu seperti dibawah,penulisan kali ini mudah-mudahan menambah ilmu serta skil tuan puan.
Penulis tidak menggalakkan anda menggunakan kaedah dibawah ini yang mempunyai kadar "High Risk" yang sangat besar impaknya,namun kebanyakan fund manager atau Bank-bank menggunakan kaedah ini jika harga pasaran overbought atau oversold bagi mengelakkan kerugian.Bahasa yang kita biasa dengar ialah "hedging"

Semoga bermanfaat.



Teknik Switching

Teknik dilakukan dengan cara menutup posisi yang rugi dan segera mengambil posisi baru yang searah dengan pergerakan trend harga seterusnya. Idenya adalah untuk me-recovery kerugian yang diakibatkan oleh posisi transaksi sebelumnya. Teknik ini lebih efektif apabila dilakukan ketika terjadi perubahan arah harga yang cepat dan kebiasaannya berlaku apabila ada news impak.

Lakukanlah teknik ini bila Anda sudah benar-benar yakin bahawa trend akan bergerak cukup kuat, sebab dengan melakukan teknik ini bererti Anda membuka satu posisi baru lagi yang tentu dibayangi risiko kerugian jika ternyata pasar memantul arah lagi. Kematangan analisis dan kekuatan mental turut mempengaruhi keberkesanan teknik ini.


Teknik Averaging

Averaging (atau disebut juga sebagai cost-averaging) merupakan teknik pengurusan risiko yang cukup ekstrim kerena pada asanya teknik ini mencuba untuk “melawan” trend pasaran. Idea logiknya ialah, trend tidak mungkin bergerak ke satu arah saja untuk selamanya.

Berikut adalah sebuah contoh gambarajah:
 
Teknik ini sangat berisiko. Teknik ini sangat tidak dianjurkan bagi para trader yang memiliki ekuiti yang kecil.
Pengembangan Strategi Averaging
Setidaknya ada tiga teknik yang dikembangkan dari strategi averaging, iaitu pyramid, martingale dan anti-martingale.

Teknik Piramid
Piramid merupakan teknik "lawan" kepada Teknik averaging. Jika pada teknik averaging satu posisi terbuka ditambahkan setiap kali mengalami kerugian, maka dalam teknik piramid posisi terbuka tersebut akan terus ditambahkan setiap kali mendapatkan keuntungan. Gambarannya seperti di bawah:


Teknik ini akan efektif jka digunakan pada saat pergerakan candle berada dalam keadaan trending. Teknik ini tidak akan efektif  jika pasaran berada dalam keadaan sideways.

Teknik Martingale
Jika tadi Anda sudah mempelajari teknik averaging yang merupakan teknik yang ekstrim, maka teknik martingale ini merupakan teknik yang lebih ekstrim lagi. Dengan teknik ini, Anda bukan saja akan menambah posisi baru setiap kali mengalami kerugian namun,jika rezeki memihak kepada anda,ianya juga melipat gandakan jumlah profit. Ilustrasinya bermula dari 1lot -> 2lot-> 4lot dan seterusnya mengikut kekuatan ekuiti anda:


Berbeza dengan teknik piramid, teknik ini akan lebih efektif jika digunakan pada saat pasar dalam keadaan cenderung sideways. Apa yang berbeza dalam teknik ini dibandingkan dengan yang lain, iaitu, adanya peningkatan jumlah lot terhadap setiap transaksi yang baru. Ini boleh mengakibatkan risiko menjadi double pula.
Anda harus berhati hati dan melakukan analisis sebelum menggunakan teknik martingle ini, sangat besar kemungkinan modal Anda stop out ,margin call atau pun akaun anda total loss.

Teknik Anti-martingale
Teknik ini mirip dengan teknik piramid, cuma jumlah transaksinya dilipatgandakan setiap penambahan keuntungan. Teknik ini juga akan lebih efektif jika digunakan pada saat pasaran dalam keadaan trending.

ilustrasinya:


Semoga bermafaat buat semua.

In sya Allah jika ada kelapangan dan panjang umur,penulis akan detailkan lagi teknik di atas ini satu persatu.

More u learn,more u earn by God permission :)

Wassalam.