Apa itu FOREX?
Foreign Exchange atau Tukaran Matawang Asing, juga disebut sebagai “FOR EX” atau “Forex” atau “Retail forex” atau “FX” atau “Spot FX” atau hanya disebut “Spot” adalah urusniaga terbesar di dunia, dengan volume lebih dari $ 5.7 trilion per hari (data tahun 2014).
Jika Anda membandingkan bahawa dengan $ 55billion per hari volume yang diperdagangkan New York Stock Exchange, Anda dapat dengan mudah melihat betapa besarnya Foreign Exchange tersebut. Jumlah tersebut sebenarnya sama dengan lebih dari tiga kali jumlah total saham dan pasar mendatang"future" yang dikombinasikan! Forex boleh menghasilkan untung atau rugi yang sangat besar!
Apa yang di"urusniagakan" pada Foreign Exchange?
Jawapan sederhananya adalah wang atau duit tunai kita. Perdagangan Forex merupakan pembelian secara terus satu mata wang dan menjual mata wang lainnya.
Mata wang diperdagangkan melalui broker atau dealer, dan diurusniagakan berpasangan; misalnya Dolar Euro dengan Dolar Amerika (EUR/ USD) atau Pound sterling dengan Yen Jepun(GBP/ JPY).
Kerana Anda secara fizikal tidak membeli apapun, urusniaga semacam ini memang membingungkan. Bayangkan membeli satu mata wang seperti membeli saham pada negara tertentu. Ketika Anda membeli, contoh, Yen Jepun, sebenarnya anda sedang membeli saham diekonomi matawang Jepun , kerana harga mata wang tersebut merupakan refleksi langsung atas apa yang berlaku di pasaran mengenai mata wang dan kestabilan masa depan perekonomian Jepun.
Secara umum, pertukaran satu mata wang vs mata wang lainnya merupakan sebuah refleksi kondisi perekonomian negara tersebut, dibandingkan dengan perekonomian negara-negara lainnya.
Tidak seperti pasar-pasar saham lainnya semacam New York Stock Exchange, urusniaga spot Forex tidak memiliki lokasi spesifik maupun pertukaran berpusat. Online Forex dianggap sebagai urusniaga Over-the-Counter (OTC) atau “Interbank”, kerana faktanya bahawa keseluruhan pasaran dijalankan secara elektronik, di dalam suatu jaringan bank-bank, secara terus menerus selama waktu 24 jam , 5 hari seminggu.
Akhir tahun 1990-an, hanya “orang-orang besar” yang mampu memainkan permainan ini. Pada awalnya, syarat agar Anda dapat berurusniaga ,jika Anda memiliki sepuluh sampai lima puluh juta dolar untuk memulakan kegiatan tersebut! Forex pada mulanya ditujukan untuk dipergunakan oleh para banker dan orang-orang vip – dan bukan diurusniagakan oleh kita “orang-orang kecil”. Namun demikian, kerana berkembangnya internet, broker-broker perdagangan Forex kini dapat menawarkan perdagangannya kepada para pedagang ‘awam’ seperti kita.
Yang Anda perlukan untuk forex online hanyalah komputer(laptop), koneksi internet , dan ilmu teknikal analisis.
Apa yang Dimaksud urusniaga Spot?
Urusniaga spot adalah dagangan yang berhubungan dengan harga matawang dari pergerakan harga semasa yang tertera di platform broker masing-masing.
Mata wang Mana yang Diperdagangkan?
Mata wang yang paling popular bersama dengan simbol-simbolnya ditunjukkan di bawah ini:
Simbol
|
Negara
|
Mata Wang
|
Sebutan
|
USD | USA | Dolar | Buck |
EUR | Anggota Eropah | Euro | Fiber |
JPY | Jepun | Yen | Yen |
GBP | Britan | Pound | Cable |
CHF | Swiss | Franc | Swissy |
CAD | Kanada | Dolar | Loonie |
AUD | Australia | Dolar | Aussie |
NZD | New Zealand | Dolar | Kiwi |
Bilakah Mata wang oleh Diperdagangkan?
Pasaran FX spot memang unik di dalam pasar dunia. Pasaran tersebut seperti Super Wall-Mart ketika urusniaga dibuka selama 24 jam per hari. Setiap saat, di manapun di seluruh dunia, pusat urusniaga seperti Bank Negara (Malaysia) dibuka untuk bisnes, dan bank-bank lain, serta lembaga-lembaga pertukaran mata wang lainnya,sangat aktif di setiap jam siang malam dengan hanya sedikit waktu rehat sebentar pada umumnya di akhirwaktu urusniaga.
Pasar pertukaran matawang asing akan efektif mengikut suasana ekonomi negara-negara tertentu, jadi Anda boleh berdagang semalaman (jika Anda seorang scalper) atau di pagi hari (jika Anda intraday). Ingat baik-baik, forex ialah urusniaga yang paling berisiko untuk diniagakan jika kita tidak mempunyai ilmu yang mencukupi.High RISK,High RETURN.
Zona Waktu | New York | GMT |
Tokyo Buka | 7:00 pm | 0:00 |
Tokyo Tutup | 4:00 am | 9:00 |
London Buka | 3:00 am | 8:00 |
London Tutup | 12:00 pm | 17:00 |
New York Buka | 8:00 am | 13:00 |
New York Tutup | 5:00 pm | 22:00 |
0 Comments