Salam semua,
Hari ini penulis ingan berkongsi 2 video yang sangat "mustahak" untuk dilihat dan memerlukan anda meluangkan sedikit masa supaya kita menjadi manusia yang ingat akan pesan Allah dan Nabi s.a.w iaitu:
"Orang-orang yang makan riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata, sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti, maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu; dan urusannya kepada Allah. Orang yang kembali, maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya."
[Surah Al-Baqarah : 275]
Firman Allah S.W.T : "Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkanlah sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman"
[Surah Al-Baqarah : 278]
Firman Allah S.W.T : Maka jika kamu tidak mengerjakan meninggalkan sisa riba, maka ketahuilah, bahwa Allah dan rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat dari pengambilan riba, maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak pula dianiaya”.
[Surah Al-Baqarah 279]
Firman Allah S.W.T : "Hai orang-orang yang beriman,janganlah kamu memakan riba dengan berlipat ganda dan bertakwalah kepada ALLAH supaya kamu memperoleh keuntungan".
[Surah Al-Imran 130]
Firman Allah S.W.T : "Dan sesuatu tiba yang kamu lakukan agar menambah harta manusia, maka riba itu tidak menambah pada sisi Allah. Dan apa yang kamu berikan berupa zakat yang kamu maksudkan untuk mencapai keredhaan Allah, maka orang-orang ( yang berbuat demikian itulah orang-orang yang melipatgandakan pahalanya) ."
[Surah Ar-Rum : 39]
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad bahawa Rasullullah SAW bersabda: "Akan datang suatu zaman kepada manusia, mereka memakan riba."
[Hadith Riwayat Muslim]
Rasulullah S.A.W bersabda : "Akan datang suatu zaman kepada manusia, mereka memakan riba." Lalu ada yang bertanya. " Apakah semua manusia wahai Rasullullah ?." Sabdanya. " Orang yang tidak memakannya namun terkena debunya."
[Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah]
Tahukah anda
bahasanya sistem Dajjal yang ada di sekeliling kita sudah hampir sangat
mencapai keSEMPURNAan untuk membolehkan dajjal keluar sesegera mungkin.
Sekarang penulis perincikan kepada anda, apa dia itu sistem dajjal:
Sekarang penulis perincikan kepada anda, apa dia itu sistem dajjal:
1- Sistem
kewangan Islam berjaya dihapuskan secara mutlak
(Agenda dajjal berjaya)
(Dinar & Dirham digantikan dengan sistem kertas yang tiada harga)
(Agenda dajjal berjaya)
(Dinar & Dirham digantikan dengan sistem kertas yang tiada harga)
2- Wang kertas berjaya digunapakai 1 dunia
(Sistem dajjal)
(Sistem kewangan Islam sebenarnya berlandaskan emas & perak sebagai nilai matawang)
(Sistem dajjal)
(Sistem kewangan Islam sebenarnya berlandaskan emas & perak sebagai nilai matawang)
3- Wang kertas akan digantikan beransur-ansur dengan wang elektronik (Sistem dajjal)
(Dari duit emas dan perak bertukar menjadi duit kertas)
(Dari kertas bertukar menjadi duit digital)
(Kad kredit, kad debit, paypal, e-dagang, e-point, e-gold)
(Moneybooker, digital check,bitcoin dan lain-lain)
Lihat Video di bawah bagaimana sistem dajjal ini mengusai dunia dengan kewangan berteraskan sistem riba' yang tiada penghujung.
4- Berita, media, disampaikan & dikuasai oleh mereka yang bukan ahli
(CNN, ABC, BBC, Hollywood, Warner Bross, Disneyland)
5- Ekonomi
dunia dikuasai agen-agen dajjal melalui YAHUDI.
Ini adalah kiasan Nabi s.a.w ramai antara kita terkena "debunya"
Lihat Video animasi kartoon di bawah bagaimana sistem dajjal ini menipu kita satu keturunan hidup-hidup.
(VISA, MASTER CARD, AMERICAN EXPRESS, NYSE, DOW JONES)
(Makanan segera jenama dunia)
(Pakaian berjenama, salah sorang keluarga anda dah memakainya)
(Seluar berjenama, anda sedangpun memakainya)
(Teknologi terkini, anda sedang pun memegangnya)
Ini adalah kiasan Nabi s.a.w ramai antara kita terkena "debunya"
Lihat Video animasi kartoon di bawah bagaimana sistem dajjal ini menipu kita satu keturunan hidup-hidup.
6- Pyramid
agung dan pyramid dunia (milik golongan elit korporat) binaan pyramid
merupakan salah 1 tanda dan ASBAB pastinya munculnya Dajjal. Pyramid
merupakan salah 1 sistem terbesarnya. (sekiranya anda perasan, setiap
bandar utama di setiap negeri di setiap negara di seluruh dunia sudahpun
ada binaan pyramid) pyramid merupakan 1 saluran tenaga super hebat yang
dapat disalurkan dan digabungkan di seluruh dunia.
Setiap pyramid akan memancarkan tenaga ke langit untuk tujuan keTENAGAan.
Dengan kaedah yang sama juga, Kubah2 masjid di seluruh dunia memancarkan tenaga yang sama hebat, bezanya Kubah Masjid banyak memancarkan gelombang positif dan kebaikan, jika anda solat ke dalam masjid, dan anda pasti merasa tenang bila berada di pusat kubah, iaitu tepat di bawah lilitannya, kerana itulah bila kita sebagai Muslimin, masuk masjid hati pasti menjadi tenang.
Setiap pyramid akan memancarkan tenaga ke langit untuk tujuan keTENAGAan.
Dengan kaedah yang sama juga, Kubah2 masjid di seluruh dunia memancarkan tenaga yang sama hebat, bezanya Kubah Masjid banyak memancarkan gelombang positif dan kebaikan, jika anda solat ke dalam masjid, dan anda pasti merasa tenang bila berada di pusat kubah, iaitu tepat di bawah lilitannya, kerana itulah bila kita sebagai Muslimin, masuk masjid hati pasti menjadi tenang.
Lokasi Pyramid lama:
Mesir (lebih dari 3 bijik)China (banyak binaan pyramid tapi tak sempurna)Jawa (banyak binaan pyramid tapi tak sempurna)Dasar laut selatan Jepun (banyak binaan pyramid tapi tak sempurna)Mexico (banyak binaan pyramid tapi tak sempurna)Tamadun Maya (banyak binaan pyramid tapi tak sempurna)
Eropah (banyak binaan pyramid tapi tak sempurna)
Lokasi Pyramid moden:
KL (Public bank, Sunway, Damansara, Ambank)DubaiHollywoodSemua bangunan korporat (perhatikan puncaknya mesti ade pyramid)Anda cariah sendiri dah bersepah2 sekarang.
0 Comments