DANA USD10K HINGGA USD600K
RAHSIA TRADER MEMILIKI FUND PRIVATE MANDATE | HEDGE FUND
.
SYARAT UTAMA : DRAWDOWN BULANAN BAWAH 10%
(2021 VERSION UPDATED)
.
LINK DAFTAR : 
MYFOREXFUNDS
.
PANDUAN :














Hari ini penulis ingin berceloteh tentang kenapa bidang forex ini perlu dipelajari sekarang,usah tunggu hingga 2022 baru kita nak search google "ape kejadahnye forex itu".

Berdasarkan pengalaman penulis membaca buku-buku motivasi dan kewangan mat saleh yang paling latest "2015" mereka banyak meramal atau analisis,akan ada bencana ekonomi,crash market dalam tahun 2015,2016,2017,2018 dan 2019.Mengapa?

Disebabkan wang kertas yang kita simpan dalam poket akan terkena kanser "inflasi" yang menakutkan,barang naik,gaji payah nak naik,taraf hidup antara penduduk miskin dan penduduk kaya akan berjarak langit dan bumi.Bagilah BR1M sebulan sekali,ampulah pemimpin bila diberi gula-gula,padahal dalam hati memaki tahap Diva AA kepada pemerintah yang berjanji tidak ditepati.Rakyat tidak akan cukup akibat tekanan sekeliling,melibatkan harga minyak,tol,cukai,GST dan lain-lain yang memberi kesan besar kepada mereka.

Harga matawang kita semakin melemah,dan kenapa bangsa yahudi sengaja menguatkan matawang "USD" , melemahkan "Minyak",me"nyontot" harga emas dan komoditi.Ini kerana mereka ingin menguasai dunia melalui peras ugut nilai matawang.Anda akan faham apa yang penulis "meroyan" hari ini kemungkinan besar 5 tahun akan datang,jika umur kita panjang.

Penulis menyarankan anda belajarlah ilmu teknikal analisis,walaupun anda buta kayu.Bacalah pelan-pelan di google,bergurulah mana-mana guru dan ilmu (jangan cikgu scam trade acc orang sudah) semoga kita tidak ketinggalan di zaman bini kita updated status facebook,instagram selfie tudung baru dan anak usia bawah 5 tahun kita "zuhud tunduk tak mahu keluar rumah main dalam lopak" ketagih "DADAH versi baru" mengadap ipad,iphone,tab dan gadjet yang melalaikan.Ini adalah salah satu bahana pemodenan yang kita lihat depan mata kepala kita.

Oleh sebab itu,zaman makan gaji pergi gelap balik gelap,tiba-tiba anak-anak dah besar sama tinggi dengan kita tanpa ada kita berdekatan dengan mereka mendidik dengan Islam,akhlak,ihsan dan iman ,padahal anak ini kurang didikan dari emak ayah kandung yang sibuk kejar harta gaji dunia yang tak berkesudahan.Mungkin bidang forex ini sesuai untuk anda yang suka duduk rumah dan masa dengan keluarga lebih banyak.




Mengapa anda perlu belajar trading Forex
Panduan Daftar Akaun forex
  1. Di forex, anda adalah boss anda sendiri, tidak ada lagi yang akan memarahi anda, menyuruh anda melakukan pekerjaan-pekerjaan yang membosankan, kenaikan gaji yang tak sesuai keinginan, atau bahkan memecat anda.
  2. Di forex, anda dapat menentukan sendiri bila anda bekerja, berapa lama anda bekerja, dan berapa penghasilan yang ingin anda raih.
  3. Di forex, anda dapat menghasilkan wang di internet bila-bila dan di mana pun anda berada, selama anda mempunyai komputer (bahkan samrt phone) dan terhubung dengan jaringan internet
  4. Modal awal yang relatif kecil (USD10 = Rm38)  dibandingkan bisnis lain untuk menghasilkan wang dengan potensi penghasilan profit dan untung rugi yang tak terbatas.
  5. Anda dapat mencari dan mendapatkan wang 24 jam sehari 5 hari seminggu

Mengapa ketika Trader Pasaran Saham gundah gulana,trader Forex  tidak terkena tempiasnya?
Saham hanya memiliki 1 way opportunity sehingga ketika market naik trader mendapatkan keuntungan, sedangkan ketika harga saham turun trader saham terduduk sakit jantung melihat kerugian. Hal ini berbeza dengan bisnis Forex.

Ketika harga forex turun ataupun naik, trader forex tetap memiliki kesempatan meraih keuntungan dengan ilmu teknikal analisis yang betul.
Pada saat harga forex naik, trader yang melakukan Long (Buy) akan mendapatkan keuntungan, dan sebaliknya saat harga forex turun, trader yang melakukan Short (Sell) akan mendapatkan keuntungan.
Keadaan yang biasa berlaku,trader forex juga mengalami kerugian akibat sifat tamak,gamble,terkena scam skim cepat kaya dan overtrade,namun tidak seperti trader saham yang mengalami rugi secara besar-besaran / bangkrup di saat krisis global pada tahun 2008,malahan jika kita lihat tahun 2015,keadaan pasaran saham Malaysia ditahap kritikal dimana banyak skandal pemimpin tertinggi,FGV,MAS dan saham-saham berkaitan politik menjunam,  trader forex tidak terkena tempias disebabkan mereka boleh untung dengan short "sell entry" walaupun market crash dan trailing stop yang mesra pengguna . Ini membuktikan bahwa trade Forex secara online adalah salah satu bisnis investasi yang tidak kalis krisis dan santai sambil berkebun di rumah.



Apa kelebihan dari menghasilkan profit dengan forex dibandingkan bisnis lain :
  1. Forex memiliki 2 way opportunities, ertinya anda dapat menghasilkan keuntungan 2 arah, ketika market naik atau pun ketika market turun. Perkara ini tidak berlaku bagi pelaburan jenis lain (1 way opportunity), sebagai contoh saham.
  2. Kesempatan Trading Forex selama 24 jam sehari 5 hari seminggu
  3. Kecairan yang sangat tinggi, ertinya anda dapat melakukan transaksi jual beli forex secara terus setiap saat tanpa harus menunggu apakah ada pembeli atau penjual.
  4. Adanya fungsi Leverage (daya ungkit/faktor ganda), ertinya dengan modal relatif kecil anda dapat menghasilkan keuntungan yang jauh lebih besar. Contoh : tanpa leverage anda hanya akan mendapatkan $0.01/point dengan modal $100. Tapi dengan leverage 1:100 maka anda dapat menghasilkan $1/point dengan modal yang sama ($100).
  5. Terdapat banyak broker forex online yang memberikan akaun bebas komisyen, modal permulaan minima yang relatif kecil, spread kecil, bebas bunga dan swap (tanpa riba, halal bagi muslim), kemudahan platform mesra trading automatik (robot)

Apakah menghasilkan keuntungan di internet dari Bisnes Online Trading Forex termasuk Judi?

Boleh jadi benar dan boleh jadi salah. Judi / gambling atau bukan hanya bergantung dari style trading teknik masing-masing . Kalau anda melakukan trade berdasarkan “feeling” atau agak-agak ,fatwa orang gila pun anda akan dicop penjudi tegar, tetapi jika anda melakukan trade berdasarkan teknik dan analisis forex yang matang, baik Analisis Teknikal (Technical Analysis) ataupun Analisis Fundamental (Fundamental Analysis) maka anda bukanlah penjudi tapi seorang trader.


Anda boleh perhatikan perbezaan ahli nujum yang meramal esok akan hujan dan pakar kaji cuaca yang menganalisis esok akan hujan.Namun setiap perkara yang berlaku esok adalah ketetapan Allah s.w.t.Namun ada beza yang sangat jauh antara ahli nujum(tilik nasib) peramal dengan pakar kaji cuaca yang menggunakan data ilmiah mencerap hujan melalui kebiasaan tanda-tanda pergerakan awan.Salah satunya boleh mendatangkan syirik dan boleh mendatangkan manfaat yang banyak buat masyarakat.

 Apakah mendapatkan wang dari internet melalui Bisnes Trading Forex Online adalah pekerjaan yang berisiko tinggi?

Ya.Jual nasi lemak pasar malam pun ada risiko tiada pembeli dan akhirnya basi dibuang ke dalam tong sampah.Namun percayalah saudara sekalian,rezeki kita Allah s.w.t tidak tangguh walau sedetik.Namun Allah beri kita pilihan atas rezeki tersebut samada ianya dibuat berjudi atau sedekah dan beri nafkah ke jalan yang benar.

Biasanya orang yang mengalami kerugian besar dari bisnes forex adalah orang yang tamak haloba lagi serakah dan ingin cepat kaya tanpa melihat risikonya.Memberi wang secara rela atau terpedaya kepada broker skim cepat kaya,mahupun termakan pujuk rayu cikgu scam yang biasa trade secara judi,lalu acc password diberikan dan MC kurang 24 jam.Lalu berkokoklah di media facebook memaki sesama sendiri,mengaibkan semua keturunan yang menghilangkan segala pahala amalan kita.

Sebenarnya forex adalah peluang bisnes yang memerlukan kesabaran, ketekunan,berguru ,ilmu dan keahlian dalam menganalisa chart, mencari peluang yang terbaik untuk entry dengan stop loss yang munasabah dan tidak menjahanamkan akaun umpama dalam tempat kasino.

Semakin kerap anda buat latihan analisa dengan ilmu yang di ajar guru, akan semakin mahir anda menganalisa chart, dan penulis percaya anda tak mau bekerja mengejar wang, tapi mengetahui ilmu wang yang bekerja untuk anda.
Anda juga dapat menentukan seberapa besar keuntungan yang ingin anda dapatkan dan berapa banyak kerugian yang sanggup anda tanggung. Emosi yang menentukan samada untung atau rugi.Bukan forex yang berisiko tinggi, tapi bagaimana kawalan emosi anda dalam "floating" samada biru atau merah,dan jika ada ilmu anda tahu dimana untuk cut loss atau close profit.


 Apakah  Trading Forex hanya untuk orang kaya, atau memerlukan modal yang besar?

Tidak, kerana peluang bisnes trading forex Online berbeda dengan trading forex tradisional (offline). Penyedia layanan online trading (broker) biasanya hanya memerlukan deposit awal yang kecil (USD10 pun sudah boleh mula urusniaga), atau bahkan ada broker yang memberikan tunai dalam real acc secara percuma sebagai hadiah pendaftaran. 


Cuba bandingkan jika anda ingin membuka kaunter money changer di luar sana dan seperti biasa urusniaga ini mengambil keuntungan "PIP" atas tukaran pengguna dan masyarakat luar.Tunai diperlukan sekurang-kurangnya RM3o ribu ke atas,mana tidaknya , cermin kaunter pun nilainya melebihi rm1000 ke atas :)

Apakah Trading Forex (Valas) Online itu Haram , kerana menggandakan wang?
Ada banyak broker forex yang membebaskan bunga overnight (swap) sehingga dibolehkan urusniaga bagi trader muslim dan dipesetujui dan disepakati pakar-pakar ekonomi Islam seluruh dunia , kecuali beberapa negara termasuk negara kita Malaysia yang menfatwakan forex online Haram,namun bank dan entiti tertentu dibenarkan dalam urusniaga forex.

Anda boleh berfikir secara waras,fatwa pun mempunyai kepentingan.Namun fatwa ini juga bagus kepada yang tiada ilmu,dan secara membabi buta memasuki bidang forex dan menjahanamkan duit penat lelah mereka.


Apa kelebihan Trading (Forex) Online dibandingkan dengan trading secara tradisional (offline)?
  1. Banyak broker forex online yang memberikan kemudahan bebas komisyen, sedangkan broker offline di Malaysia biasanya mengenakan charge RM50 setiap settlement/open hingga close posisi.
  2. Anda boleh memantau secara langsung posisi yang anda buka dan keputusan beli atau jual 100% di tangan anda. Bila-bila pun anda ingin menutup posisi, berapa besar lot yang mahu anda trade.Ianya pilihan 100% di tangan trader.
  3. Anda dapat belajar forex dan pergerakan chart secara praktikal tanpa perlu upah analisa kepada mana-mana pakar teknikal untuk menentukan samada beli atau jual.
  4. Anda boleh menggunakan jumlah lot flexible (sangat membantu anda yang mempunyai modal kecil)
  5. Spread (selisih harga jual dan beli) yang kecil (semakin kecil semakin baik) sehingga kemungkinan profit anda lebih tinggi.
  6. Jarak pasang pukat (pending order) yang relatif kecil (10 poin) dan close order yang biasanya hanya 1-5 poin saja. Dibaandingkan dengan broker offline yang minima pending order harus 30 poin dari running dan minimal tutup posisi 10 poin agar mereka untung besar atas komisyen remiser.
  7. Anda boleh trading direct secara langsung dengan penyedia layanan (broker) tanpa perantara (middleman, remiser,introducer)
  8. Anda akan dapatkan pengalaman yang sangat berharga dengan cara berlatih trading dan praktikal terus dengan cara membuka account demo secara percuma dan menggunakan sofware trading yang banyak tersedia di internet.
  9. Tersedia banyak sekali indikator, analisa, dan software trading yang profitable di internet.Namun perlu juga berhati-hati dengan EA yang scam.



Apa yang diperlukan untuk memulakan Trading Forex  ?
  1. Personal Computer (PC) atau Smart Phone anda.
  2. Koneksi Internet yang stabil .
  3. Modal,cadangan terbaik mulakan dengan usd100
  4. Broker Forex yang membayar withdrawal dan bukannya bergantung kepada ROI.
Apakah peluang Trading Forex sukar?
Ramai trader yang mengatakan tak payah berguru,boleh belajar sendiri di google dan youtube.Benar anda akan dapat ilmu yang banyak,namun anda lupa rezeki dimudahkan dengan silaturrahim sesama trader dan semakin banyak ilmu,semakin kita tunduk umpama padi.Guru akan menegur berdasarkan pengalaman dan bukannya dari segi kepandaian.

ApakahTrading Forex memerlukan trader memiliki pendidikan tinggi?
Tidak.Ramai antara trader yang memiliki pendapatan yang lebih besar daripada kawan-kawan mereka yang belajar di luar negara dan mendapat A dalam semua matapelajaran spm ataupun cgpa 3.85 ke atas yang masih bekerja makan gaji namun tidak memiliki kebebasan masa bersama family tercinta.Yang penting usaha anda untuk berjaya dan mendapatkan ilmu.In sya Allah akan dimudahkan segala urusan.