Salam Ramadhan buat semua,
Hari ini penulis ingin share betapa kayanya syarikat yang sudah banyak kali menipu mangsa-mangsa tanpa disedari pihak berkuasa dan modus operandi mereka sangat licik hingga mengaut keuntungan beratus juta RM.
Sehinggalah luahan sahabat FB menceritakan kisah "Untold" story penipuan Aeon Credit dan "Seng Heng" (Senheng) dimana kedua-duanya "sam SENG" .
(Baru sahaja di padam dari laman Google)
Admin sempat download buat tatapan dan bukti keuntungan "RIBA'" Syarikat AEON buat tatapan pembaca pembaca.
Kisah hari ini, balik kampung jumpa parents. Abah mengeluh bila akaun BSN miliknya, hasil menjadi guru kafa bertahun-tahun tiba-tiba saja kosong. Padahal, dia tidak pernah mengeluarkan duit dari akaun tersebut. Kerana itulah simpanannya untuk pergi haji dan umrah.
Bila ditanya pada BSN, rupa-rupanya dipotong oleh Aeon Credit secara auto debit.
Kisahnya bermula bila abah membeli motosikal skuter untuk kegunaan mak pada tahun 2013.
- Harga motosikal: RM5,760
- Deposit: RM1,150
- Pembiayaan Aeon: RM4,610
- Ansuran bulanan: RM167 selama 36 bulan (3 tahun).
- Jumlah keuntungan Aeon: RM1,402
- Jumlah keseluruhan bayar pada Aeon: RM6,012
Abah dimaklumkan bahawa dia perlu membayar di wakil kutipan Aeon di Sen Heng, bandar Tanah Merah.
Abah diingatkan untuk membayar sebelum 2 haribulan setiap bulan. Jika tiada bayaran diterima sehingga 2 haribulan, Aeon Credit akan terus memotong secara debit dari akaunnya.
Abah diingatkan untuk membayar sebelum 2 haribulan setiap bulan. Jika tiada bayaran diterima sehingga 2 haribulan, Aeon Credit akan terus memotong secara debit dari akaunnya.
Oleh kerana bayaran gaji guru kafa ialah di antara 15-22 haribulan, maka abah tidak pernah lewat membayar walaupun sehingga 30 haribulan.
Kini menjelang April 2016, tiba-tiba abah menerima panggilan telefon dari Aeon yang mengatakan dia perlu membuat pembayaran tertentu kerana pihak Aeon tidak dapat membuat pemotongan dari akaunnya. Abah yang kebingungan hanya menuruti arahan dan membuat pembayaran di Sen Heng.
Sampai satu masa, abah menerima sms mengatakan motosikal akan ditarik kerana pihak Aeon tidak dapat membuat pemotongan dari akaunnya. Padahal abah tidak pernah gagal membuat pembayaran setiap bulan. Abah yang kebingungan pergi ke BSN dan barulah dia sedar bahawa semua simpanannya telah habis, kosong. Pihak bank memaklumkan bahawa simpanannya dipotong secara autodebit setiap bulan oleh Aeon.
Maknanya, Aeon Credit telah mengambil pembayaran dari abah melalui Sen Heng dan pada masa yang sama mencuri dari akaunnya setiap bulan
Pembayaran di Sen Heng selama 3 tahun
RM167 x 12 bulan x 3 tahun = RM6,012
Jumlah yang dicuri dari akaun selama 3 tahun
RM168 x 12 bulan x 3 tahun = RM6,048
Jumlah bayaran kepada Aeon termasuk yang dicuri adalah RM12,060!
Hari ini saya membawa abah dan mak ke Manal Motor dan Sen Heng Tanah Merah untuk mendapatkan penjelasan.
Kedua-dua wakil Aeon ini mengakui bahawa memang pernah berlaku kes seperti ini dan seolah-olah ini adalah perkara biasa bagi mereka.
"Jika orang kampung kurang pendidikan dan tidak sedar akan perkara ini, maka duitnya hangus begitu sahaja?" tanya saya kepada mereka
Dan jawapan mereka?
"YA!"
Manal Motor ,Pt 4930, Jalan Jedok
Tanah Merah, Kelantan
Kami menuntut wang kembali adalah satu hal tetapi bagaimana dengan orang-orang lain yang tidak menyedari mereka telah ditipu?
Tolong share ramai-ramai agar tiada lagi yang menjadi mangsa penipuan Aeon Credit ini. -Ahmad Junaidi Abdul Aziz
6 Comments
Saya pun kena sekali...saya setel hutang Aeon melalui pinjaman bank...so ada lebihan bayaran...saya tuntut di pejabat Aeon KK...dia mnta saya update akaun bank saya ...dia kata nak masukkan duit melalui akaun...adalah lbih krg RM400++....sampai skrg ..duit tak masuk2...dah 5 tahun...
ReplyDeleteMohon pihak berkuasa/pihak berkenaan buat siasatan dengan kadar segera. Bahaya...ini kes penipuan..!! Individu yang terkena sila saman agar kejadian sebegini tidak berulang & terjadi kepada individu lain. Tindakan tegas sebagai pengajaran serta teladan.
ReplyDeletex kena audit ke diorang ni?
ReplyDeletehahhahha aku pun baru kenaaaaa padan muka aku hahahhah
ReplyDeleteSalam bagimu, dan rahmat dan rahmat Allah
ReplyDeleteData pribadi
Negara Indonesia
Nama: Slamet Raharjo
Alamat: Jl teuku umar No 27 A Rt 9 Rw 3 masersari sidoarjo
e_mail: slametraharjo211989@gmail.com
Saya akan terus memberikan kesaksian tentang bagaimana saya meminjam 500 juta dari EMILY GREG LOAN COMPANY karena dia adalah perusahaan pemberi pinjaman nyata dan sejati yang telah membuat kehidupan keuangan saya stabil dan bisnis saya sangat stabil .. ibu Emily adalah pemberi pinjaman nyata yang memiliki memberi saya satu hal lagi untuk tersenyum karena setelah menyelesaikan angsuran pinjaman bulanan yang saya pinjam sebelum saya memohon ibu saya bahwa saya ingin pergi untuk ekspansi bisnis lebih lanjut sehingga saya menyerah 2,7 miliar setelah melalui proses hukum transaksi saya disetujui oleh pihak berwenang dan dalam tiga hari proses hukum untuk menyalurkan pinjaman saya ke rekening Bank Rakyat Indonesia saya mudah dicapai. Saya tidak memiliki tantangan dengan Bank Indonesia karena ibu Emily dan tim Manajemen EMILY GREG LOAN COMPANY telah dianggap pemberi pinjaman yang sah sehingga tidak ada masalah sama sekali untuk bantuan keuangan, hubungi ibu Emily melalui email: emilygregloancompany@gmail.com atau whatsapp:+1(669)4002627
hari ini untuk pinjaman Anda dan dia akan meminjamkan kepada Anda
Waalaikumsalam Warahmatullahi Wabarakatuh.
Asalamualaikum semua. AEON memang penipu! Masa mula beli motor dulu diorang up harga pokok sampau lebih 2K. Ni PKP tak habis lagi dah suruh bayar yang monotorium tu selepuk! Tak cukup lagi tak lama lepas tu call lg ada ansuran tertangguh pulak! Hari ni aku nk buat full settlement dan sampai mati aku tak akan berurusan dgn AEON lg. Begitu jugak dengan anak cucu aku! Period!
ReplyDelete