Assala mualaikum WR semua,

Alhamdulillah, Hari ini kita sambung penerangan mengenai SnR, khususnya Pengenalan Minor Support Resistance.

Apakah ciri-ciri Minor SnR ini?


  • SnR Minor terjadi di dalam sesebuah trend tak kisah lah naik ke atau turun.
  • Pembentukkan Minor SnR adalah Kecil
  • Kegunaannya tergantung kepada keunikkan ilmu masing-masing yang telah di pelajari.



Lihat illustrasi (kanan) yang tidak asing bagi kalangan traders. Jelas, harga membuat kenaikkan. Namun di dalam  process itu juga terdapat banyak urusan penawaran dari urusniaga pembeli dan penjual.  Dari penawaran itulah, transaksi tersebut bergambar pergerakkan ZigZag.


Sekarang kita lihat perkara yang sama di Chart EURUSD Timeframe H1.




I.) Perhatikan Dari sebelah kiri (kotak biru pertama), semasa harga membuat kenaikkan kemudian turun atau berhenti seketika. Candlesticks yang mula-mula membuat penurunan dan juga Candlesticks seterusnya yang membuat wicks pada bahagian atas menyifatkan zon Resistance. Di sebalik itu, bahagian bawah body candlesticks (kotak kelabu) dan lower wicks di sifatkan sebagai zon Support.

II.) Perkara yang sama berlaku di sebelah kanan pula (kotak oren) Kita maklum, apabila trend berlaku, semestinya terbentuk SnR akibat penawaran di antara pembeli dan penjual.

Di gelanggang trader-trader professional, mereka menggelarkan kenaikkan trend ( kotak biru) sebagai RALLY. Di zon SnR (kotak kelabu) yang baru kita bincang ini dinamakan BASE.

Untuk Downtrend pula, mereka namakan DROP (kotak oren).

dan terjadilah akronim dalam industri 


Rally Base Rally - RBR (trend yang sedang naik , minor SnR di dalamnya)
Drop Base Drop - DBD (trend yang sedang turun , minor SnR di dalamnya)

Tak boleh ke kita panggil UPtrend DOWNtrend..kan mudah?


Sudah tentu BOLEH, tapi bila kita nak bincang atau analisa sesuatu trend. kita mestilah nak berilmu bahwa RBR dan DBD adalah "building blocks of a trend with one thing in common > BASE"


Sekarang anda dah dapat ilmu RBR dan DBD, saya syorkan anda buka chart mana2 currency pair yang anda suka. cuba tandakan Zon-zon RBR dan DBD, hadkan diri selama satu minit aje untuk mencapai tahap kemahiran.

Praktikkan membaca Harga dengan cara begini, Insya Allah, kita akan bertambah ilmu dengan teknik apa pun yang sudah kita kecapi.

Inilah dia huraian minor SnR. Kegunaan minor SnR atau BASE memang banyak sekali mengikut pemahaman masing-masing. Apatah lagi kalau BASE ditemui di dalam situasi RBR/DBD.

Di lain masa, saya akan ketengahkan Major SnR.

Salam hormat.