Rujuk kotak merah (3 indicator diletakkan dlm 1 windows)
Macam mana nak combine semua indicator kita dalam 1 windows seperti contoh kat atas ye? Dolu2 saya nak sangat buat camni tapi tak reti. Merata bertanya dengan kawan2 tapi tak semua tahu..so last2 bertanya kat Pakcik Google. Pakcik ada bagitahu tapi dalam bahasa omputih la plak. Mujur ada setiausaha tolong translate kan. Kih3x. Jadinya, hari ni rasa macam nak kongsi camna nak buat tapi dengan bahasa kampung. Moga2 senang skit sahabat2 nak faham nanti.

1- Kita mulakan dengan buka MT4. Chart bogel dulu la ye.

Chart bogel
2- Seterusnya klik butang Navigator ataupun boleh gak guna "Ctrl + N". Janji windows Navigator tu keluar. Kih3x

Klik kotak merah tu (Navigator @ "Ctrl + N")
3- Gambar kat bawah tunjuk kedudukan windows Navigator tu.

Windows Navigator (dalam kotak merah)
4- Jadi kita mulakan dengan tarik indicator pilihan pertama kita ke arah chart kita tadi. Contoh yang kita gunakan ni RSI (Relative Strength Index). Akan keluar windows setting untuk kita ubah mengikut teknik masing2. Yang ni kita gunakan default setting je lah ye.

Tarik je indicator pilihan ke arah chart
5- Klik je "OK" dan hasilnya indicator pertama muncul kat bawah tu haa..

Indicator pertama RSI
6- Kita dah sampai kat kemuncak artikel ni. Langkah seterusnya adalah tujuan utama artikel ni ditulis iaitu nak tambah pelbagai indicator dalam 1 windows.

Acaner tu? Haa.. Ikut je step seterusnya. Macam step nak tambah indicator pertama tadi, cuma kali ini kita tarik indicator pilihan kedua ke arah kotak @ windows indicator pertama tadi (rujuk gambar kat bawah ni). Seperti tadi juga, kita ubah setting yang perlu untuk indicator kedua ni.

Tarik indicator kedua kita mengikut arah anak panah (kotak windows indicator pertama tadi)
7- Klik je "OK" dan hasilnya seperti tadi juga indicator kedua akan muncul kat bawah tu bersama dengan indicator pertama tadi.

Kedua-dua indicator akan berada di dalam kotak yang sama
8- Mesti ada yang bertanya, "Boleh tak kalau nak letakkan lebih dari 2 indicator kat dalam 1 windows?"

Haa..ni jawapan dia. Mestilah boleh. Takde masalah nak letak banyak mana pun indicator kat dalam tu. Nak letak semua pun boleh. Tapi jadi semak la nantikan. Jadi, kalau boleh letak la indicator yang dirasakan perlu sahaja.

Kat bawah ni contoh 3 indicator kat dalam 1 kotak@windows. Selagi rasa ok dan bermanfaat letak la banyak mana pun indicator yang diperlukan.

Dalam contoh ni kita letakkan 3 indicator sekaligus iaitu RSI, RVI dan STOCHASTIC OSCILLATOR)
Sekian, perkongsian saya kali ini. Kalau ada cadangan@persoalan mengenai basic MT4 untuk perkongsian lain di artikel seterusnya boleh la bagitahu saya ye. Saya cuba kongsikan setakat yang tahu.

#sharingiscaring
#nakedchart
#piphijaultdterengganu
#teknikGST
#wearemakinghistory

Klik link ini untuk mendaftarkan akaun trading dengan PiphijauLTD.com.



--

Hilman Nawi
Piphijaultd Terengganu
Email : terengganu@piphijaultd.com
Official website: http://piphijaultd.com/ 


**UPDATE
  1. Rakan2 sudah tengok performance EA GST MasterPiece by Piphijau? Kalau belum, boleh ke sini untuk tengok dan nilaikan performance EA tersebut.
  2. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan EA tersebut. Rakan2 boleh berhubung dengan manager2 untuk setiap negeri berdasarkan kepada list ni. Whatsapp je mereka, insya Allah mereka akan membantu rakan2.