Assalamualaikum dan salam
sejahtera rakan2.
Hari ni, penulis nak berkongsi
sikit lagi pasal BASIC MT4. Kita bercerita pasal Fibonacci Retracement (atau biasa orang sebut Fibo). Dalam
bidang analisa teknikal ni macam2 jenis teknik Fibo diperkenalkan. Diantaranya
Smart Fibo, Fibo Musang, Fibo Gear dll (penulis sebutkan beberapa contoh shj
ye, kalau ada lagi jenis2 fibo lain boleh la beritahu nanti penulis update
semula).
Ok. Kembali kepada tujuan utama
artikel ni. Jadi apakah perkongsian BASIC MT4 kali ini?? Hehe..tak sabar
sungguh orang muda kalau nak dapatkan ilmu. Pakat dahaga ilmu belake.
Artikel ni bukan mengenai macam
mana nak guna Fibo atau cara nak Tarik fibo ye. Untuk belajar teknik2
menggunakan fibo tu, rakan2 boleh la cari dalam FB. Ramai cikgu2 yang mengajar
sekarang ni dalam FB. Bersilaturahim la dengan mereka, bertalaqi untuk
mendapatkan ilmu dari mereka. Baru berkat ilmu yang kita nak belajar tu. Opss..panjang
lebar pulak bebel. Ok2, terus ke tajuk utama.
Yang penulis nak berkongsi hari
ini adalah macam mana kita nak dapatkan nilai untuk setiap level fibo tu secara
automatic tanpa perlu kita menggunakan
Crosshair atau dengan meletakkan horizontal line. Ada cara mudah
sebenarnya untuk dapat nilai tu. Dalam forex ni kite kena cepat, baru tak
terlepas entry yang berharga.
Gambar 1 : Perhatikan di sebelah kanan carta. |
Sila perhatikan di sebelah kanan carta tersebut. Yang ada hanyalah level2 yang telah di setting secara default tanpa sebarang nilai. Maksubnya, untuk mengetahui nilai setiap level tu kita perlu klik crosshair dan letakkan di setiap level untuk mengetahui nilai level tersebut.
Untuk mudahkan kerja masing2. Ikuti
langkah2 kat bawah ni untuk ubah setting default Fibonacci tersebut.
1) Klik
2x di atas fibo yang dah ditarik tadi.
2) Klik
kanan, dan pilih Fibo properties.
Gambar 2 : Klik kanan, pilih FIBO PROPERTIES. |
3) Akan
keluar windows seperti di bawah.
Gambar 3 : Windows untuk setting Fibonacci. |
4) Klik
tab FIBO LEVELS.
Gambar 4 : Klik tab FIBO LEVELS. |
5) Edit
di bahagian Description. Tambahkan simbol %$ di tepi setiap level
tersebut.
Gambar 5 : Edit description. Tambahkan simbol %$. |
6) Letakkan
simbol tersebut untuk kesemua level fibo yang ada.
Gambar 6 : Edit kesemua level fibo yang ada. |
7) Seterusnya
klik OK.
8) Perhatikan
di tepi setiap level fibo tadi telah ada nilai secara automatik. Jadi mudah la
untuk kita letakkan PO, ikut je nilai yang terdapat disetiap level tersebut
(mengikut teknik2 yang dipelajari la ye)
Gambar 8 : Perhatikan di sebelah kanan carta. Nilai untuk setiap level automatik diletakkan. |
Pesan penaja – cari la cikgu
untuk belajar macam mana nak gunakan Fibonacci Retracement dengan optimum. Melaburlah
sedikit untuk mendapatkan ilmu. Tak rugi melabur untuk ilmu ni.
Psssttt..ada lagi yang nak join
kelas PiphijauLTD di Suria Beach Resort, Cherating pada 27hb Ogos 2016? Klik link ni cepat2.
#piphijaultd.com #piphijaultdterengganu
#sharingiscaring #kemahkeming #jomwithdrawsokmo #teknikGST #nakedchart
#traderkampung #nubisbolehbuat
Klik link ini untuk mendaftarkan akaun trading dengan PiphijauLTD.com.
--
Hilman Nawi
Piphijaultd Terengganu
Email : terengganu@piphijaultd.com
Email : terengganu@piphijaultd.com
Fb page: PiphijauLTDcomTerengganu
Official website: http://piphijaultd.com/
**UPDATE
- Rakan2 sudah tengok performance EA GST MasterPiece by Piphijau? Kalau belum, boleh ke sini untuk tengok dan nilaikan performance EA tersebut.
- Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan EA tersebut. Rakan2 boleh berhubung dengan manager2 untuk setiap negeri berdasarkan kepada list ni. Whatsapp je mereka, insya Allah mereka akan membantu rakan2.
1 Comments
Salam...sy da buka acc xm & claim $30 bonus tu..& dh validated ke islamic acc & blm depo lg..spread mmg floating ke?
ReplyDelete