**Ini bukan artikel iklan untuk software TeamViewer yer. Cuma review ikhlas untuk memudahkan urusan rakan2 trader kedian hari untuk selesaikan masalah yang mungkin akan timbul nanti** 




Mesti dah ramai yang pernah dengar dan gunakan software TEAMVIEWER kan? Namun ada juga yang tidak pernah ambil tahu mengenai software ini. Jadi, apakah keperluan untuk menggunakan software ini di dalam trading Forex?

Contoh situasi seperti kat bawah ni.

“Adeh, macam mana nak selesaikan masalah install MT4 ni. Dah baca panduan kat blog Piphijau.com masih lagi tak faham2.”

“Haa.. mitak tolong Abu la buatkan. Dia dah boleh install MT4 tu. Tapi masalahnya sekarang ni, Abu pulak duk jauh!”


Isk, mesti pening bila ada masalah camni kan. Nak mitak tolong, kawan pulak duk jauh2. Kat sini la fungsi software2 seperti Teamviewer ni ek. Maksubnya kawan kita tu boleh menggunakan komputer kita secara REMOTE dari jauh. Dia boleh tolong install atau setup apa sahaja yang berkaitan dengan komputer tu.


Kat mana nak dapatkan installer untuk TEAMVIEWER tu? Boleh klik link ni ye untuk pergi ke official website https://www.teamviewer.com/




Lepas dah install, apa pulak yang perlu kita tahu untuk benarkan orang kawal komputer kita dari jauh? Kita perlu berikan mereka ID dan PASSWORD yang tertera di komputer kita. PASSWORD tersebut akan sentiasa berubah setiap kali kita SHUTDOWN dan LOGIN ke komputer kita.



Maksubnya, orang tersebut hanya boleh mengawal komputer kita untuk waktu yang kita benarkan sahaja. Mereka memerlukan PASSWORD baru sekiranya perlu untuk mengawal komputer kita lain kali.

Oh yee.. komputer kita dan rakan yang ingin membantu tu perlu ada sambungan internet untuk berhubung antara satu sama lain. Tanpa internet, software TEAMVIEWER tidak dapat berfungsi.


Maka, selepas ini, andai kita mempunyai masalah berkaitan MT4 atau Expert Advisor, bolehlah minta tolong dengan MANAGER2 NEGERI (link contact manager negeri) untuk tolong setupkan EA tersebut dari jauh.

--
Hilman Nawi
Piphijaultd Terengganu
Email : terengganu@piphijaultd.com
Official website: http://piphijaultd.com/  

Klik link ini untuk mendaftarkan akaun trading dengan PiphijauLTD.com.

Pssssttt - Yang nak dapatkan info lanjut mengenai teknik GST manual atau Expert Advisor (EA) GST boleh la berhubung dengan penulis ye.

#piphijaultd #piphijaultdterengganu #abook #stp #trustedbroker #teknikGST #EAGST #jomwithdrawsokmo #kemahkeming #sharingiscaring #nakedchart #traderkampung #nubisbolehbuat