Tahun Baru kita dah tahu,Bank
holiday pun kita tahu.
Liquidity...? mungkin
tuan yang mulia sudah mengetahuinya, tapi bagi yang belum mengetahui, liquidity
adalah kecairan sesuatu harga untuk bergerak dalam pasaran forex. Makin besar
kecairan, makin besar pergerakan pada pasaran. Liquidity– lah yang membantu
turun naik harga dalam pasaran, liquidity jugalah yang mengerakkan candlestick
yang kita tatap pada setiap masa itu.
Ok sekarang, apa kaitan
antara ketiganya. Tahun baru, bank holiday dan liquidity...?
Hampir semua negara di
dunia menjadikan tahun baru pada 1 Januari sebagai cuti umum. Bila disebut cuti
umum, maka semua bank-bank di negara terlibat, akan tutup operasinya. Bila
bank-bank tidak beroperasi, itulah kesannya pada liquidity.
Sumber utama kepada
kecairan atau istilahnya, pembekal liquidity (liquidity provider) itu adalah
bank-bank utama dunia seperti HSBC, JPMorgan Chase & Co, Barclays PLC, Bank
of America. Jadi liquidity diperoleh daripada bank dan apabila bank cuti,
liquidity akan berkurang/ tiada.
Apa kesan apabila bank
holiday dan kesan tiada liquidity…?
Secara mudahnya, apabila
bank holiday, maka spread tinggi.
Contoh..?tengok bila market close pada hari
Sabtu dan Ahad, kan tinggi spreadnya.
Tengok bila market close pada Krismas
lepas, tinggi spreadnya, kan kita semua takut nak masuk position.hahaha.
dan spread tinggi tidak bagus untuk scalping.
dan spread tinggi tidak bagus untuk scalping.
Ini ditambah pula spread
tinggi pada liquidity yang rendah.
Pada keadaan liquidity
yang rendah biasanya market akan membentuk sideway. Kenapa terbentuknya
sideway..?kerana buyer dan seller sama kuat,sama ramai dan yang enter position
pada ketika itu hanyalah trader-trader bilisan.
Kenapa trader bilisan saja yang masuk position..? sebab trader-trader besar seperti bank kan cuti. Kan dah cakap tadi…. J hahaah…
Kenapa trader bilisan saja yang masuk position..? sebab trader-trader besar seperti bank kan cuti. Kan dah cakap tadi…. J hahaah…
Trader kecil-kecilan akan
masuk dengan order kecil. Trader besar seperti bank akan masuk dengan order
yang besar dan banyak, dan order itulah yang mengerakkan harga pada pasaran
forex.
Tahun baru, bank dari
negara mana yang cuti..?anda boleh lihat sendiri di forex factory yang anda dah
download tu. Letih la nak bagitahu semua. J
Setelah anda tahu bank
negara mana yang cuti, anda perlu tahu kesan kekuatan matawang negara berkenaan
sama ada akan menguat ataupun melemah, sama ada harganya akan naik ataupun akan
turun apabila pasaran negara tersebut mula membuka kaunter. Jawapan kepada
persoalan ini akan saya jelaskan pada penulisan akan datang.
0 Comments