Sering kali kita mendengar perkataan Gap, disebut oleh orang lain, atau kita terbaca di group telegram atau kita sendiri yang menyebutnya. Saya yakin, secara asasnya, ramai yang sedia tahu apa itu Gap. Tulisan kali ini, ingin membawa anda naik setingkat lagi, dengan kita belajar secara lebih dalam berkaitan Gap.

Apa itu Gap...? Gap ialah ruang kosong pada chart, di mana ruang kosong itu menunjukkan perbezaan harga antara candle terakhir pada hari Jumaat dan candle terbaru pada hari Isnin atau pun dengan kata lain, gap ialah perbezaan harga pada candle close pada jumaat dan candle open pada Isnin.



Kenapa terjadi Gap...? Ada beberapa faktor terjadinya Gap. Antaranya, kita tahu, seminggu ada 7 hari dan pasaran forex dibuka 5 hari seminggu, tetapi, kerana Bumi ini sering beredar menyebabkan seolah-olah pasaran forex dibuka 6 hari seminggu lantaran perbezaan garis waktu di seluruh dunia. 
Contoh mudah macam ni la, di negeri-negeri tertentu ada bank tutup pada Sabtu dan Ahad, manakala di negeri lain bank tutup pada Jumaat dan Sabtu. 
Jadi perkara seperti inilah yang sentiasa menjadikan pasaran forex itu tetap berjalan walaupun broker anda tutup pada Sabtu dan Ahad. Begitu juga di negara lain, Sabtu di US tidak berlaku serentak dengan Sabtu di Jepun. Sabtu di  Jepun mungkin lebih awal berbanding di US. Ketika pasaran Asia menutup operasi, pasaran US dan eropah masih berjalan. Faham…? Pasaran forex tak pernah cuti, yang cuti tu broker anda je.

Faktor lain terjadinya Gap ialah kerana adanya news-news berimpak besar pada hujung minggu, pengumuman pendapatan, tekanan jualan / belian yang kuat, pengumuman data ekonomi, sentimen, dan peristiwa berkaitan politik. Hah,tahukah anda bahawa pending order yang banyak sebelum penutupan market juga menjadi faktor penyumbang berlakunya Gap.

Persoalan paling popular berkaitan Gap adalah, adakah Gap itu akan tertutup kembali..?atau Gap tersebut run away and never come back dan akaun kita pun MC..?



Jawapan untuk persoalan ini akan saya jelaskan pada penulisan akan datang berkaitan jenis-jenis Gap.