REQUOTE boleh
diterjemahkan sebagai keadaan apabila broker tidak dapat memberikan atau
sanggup memberikan harga yang trader inginkan. Keadaan ini biasanya berlaku
semasa market aktif disebabkan oleh news dan sebagainya. Contohnya, abam nak
beli atau jual pasangan matawang tertentu pada harga tertentu dan menekan
butang untuk dapatkan harga tersebut. Pada waktu broker menerima order
tersebut, market telah pun bergerak terlampau laju untuk execute harga yang
diingini.
Pengumuman REQUOTE muncul di MT4 memberitahu abam harga dah bergerak
dan memberikan abam peluang untuk menerima atau tak harga tersebut. Selalunya
harga yang ditawarkan pada masa tersebut biasanya tidak menyebelahi para
trader. Sebab tu ramai yang tak suka apabila berlaku REQUOTE ni. Rugi untuk
kita nanti.
APA YANG
MENYEBABKAN REQUOTE NI??
Macam yang abam
dah beritahu kat atas, biasanya market bergerak laju, namun boleh bergerak
dengan teramat laju dengan tiba2 terutamanya apabila ada news. Keadaan ini
menyukarkan broker untuk meletakkan order pada harga yang abam inginkan. Broker
yang kita gunakan sebenarnya terpaksa melalui broker mereka sendiri iaitu LP
(Liquidity Provider – nak tau apa?? Cari la sendiri plak.. kih3x)
LP boleh
menarik semula order, menaikkan harga atau boleh juga tidak mahu memberitahu
apa2 jika mereka mahu berbuat camtu. Sebab itu ada broker yang memberitahu
bahawa harga yang ditawarkan adalah bukan harga yang kita inginkan – mereka
beritahu abam harga yang diberikan adalah lebih teruk dari yang diinginkan.
MACAM MANA NAK
LINDUNGI DIRI ABAM DARI REQUOTE??
Bunyinya macam
tak best plak kan bila kena REQUOTE ni? Hehe.. sebenarnya ada cara atau jalan
nak elakkan REQUOTE ni. Dengan meletakkan LIMIT ORDER, abam memberitahu broker
bahawa abam hanya sanggup meletakkan order di harga tertentu atau yang lebih
baik sahaja. Dengan cara ini, abam beritahu broker terlebih dahulu bahawa abam
tak nak membayar lebih untuk entry tersebut pada harga tertentu sahaja, dan
juga bahawa abam sanggup tidak entry sekiranya ianya tidak dapat dilakukan pada
harga tersebut.
**Sebab itu, dengan teknik GST manual, abam diajar untuk
meletakkan LIMIT dan STOP order. Meh sapa2 nak belajar teknik GST manual,
hubungi pengurus2 yang dilantik PipHijauLTD (klik link ini untuk dapatkan
senarai pengurus yang ada)**
REQUOTE adalah
sesuatu yang biasa berlaku pada market tertentu, dan juga pada mana2 bidang
FOREX. Namun, sekiranya broker yang digunakan kerap REQUOTE (terutamanya semasa
market yang lemau) itu menunjukkan bahawa broker tersebut kekurangan dari segi
kecairan modal. Jika ini yang berlaku, lebih baik abam mula ushar broker baru
untuk melakukan trading FOREX.
--
Hilman Nawi
Piphijaultd Terengganu
Email : terengganu@piphijaultd.com
Email : terengganu@piphijaultd.com
Fb page: PiphijauLTDcomTerengganu
Official website: http://piphijaultd.com/
#piphijaultd
#abook #stp #trustedbroker #teknikGST #EAGST #jomwithdrawsokmo #kemahkeming
#sharingiscaring #nakedchart #traderkampung #nubisbolehbuat
Klik
link ini untuk
mendaftarkan akaun trading dengan PiphijauLTD.com.
Pssssttt - Yang nak dapatkan info lanjut mengenai teknik GST manual atau Expert Advisor (EA) GST boleh la berhubung dengan penulis ye.
0 Comments