Bismillahirrahmanirrahim.

Nahmaduhu Wa Nusalli Ala Rasoolihil Karem.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, aku bermohon keberkatan di dalam segala ilmu yang telah kami terima sehingga ke hari ini seperti mana engkau memberkati guru-guru kami yang terdahulu, dan kurniakanlah kepada kami kefahaman Nabi-Nabi, serta ilham para Malaikat yang hampir denganMu. Ya Allah, aku pertaruhkan kepadaMu apa yang telah Engkau ajarkan kepadaku, maka kembalikanlah semula kepadaku jika aku memerlukannya dan janganlah Engkau buat aku melupainya, Wahai Tuhan Sekalian Alam. 


"Jikalau mereka berfikir di luar kotak, katakan pada mereka, aku mampu untuk berfikir umpama tiada kotak" ~Andika 


=========================== 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...



















Sudut pandangan peribadi saya:

Setiap kitaran hayat ekonomi yang penuh akan sentiasa mempunyai dua sub kitaran hayat, yang mana sub kitaran itu terdiri dari satu kitaran yang melampau yang mengambil masa 7 tahun dan satu sub kitaran yang normal yang tidak diketahui jangkamasa yang diambil...

Sumber ilham untuk kenyataan di atas:

Rujukan kitaran melampau (Fasa Pemulihan):-
- Surah Yusuf [12:47]
Yusuf menjawab: "Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan.


Rujukan kitaran melampau (Fasa Kegawatan):-
- Surah Yusuf [12:48]
Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih)


Rujukan kitaran normal:-
- Surah Yusuf [12:49]

Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur, zaitun dan sebagainya)


Secara umumnya:
- Kitaran ekonomi dipengaruhi oleh punca bekalan wang di pasaran dan campur tangan asing pada pasaran yang sebenar.
- Ianya adalah berdasarkan kepelbagaian bentuk pelaburan dan inovasi. 

Jika di kurniakan kesempatan ruang dan waktu akan saya kupaskan dengan lebih lanjut berkenaan perihal kitaran hayat ekonomi di dalam penulisan saya yang akan datang...


Kacamata Merentas Masa


2011 - 2017 
Tahun yang Tandus...
Tahun ekonomi akan jatuh teruk...


2018 - 2024 
Tahun yang Subur...


“Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam keadaan merugi (celaka), kecuali orang-orang yang beriman, beramal shalih, saling menasihati dalam kebenaran, dan saling menasihati dalam kesabaran.” 
(Al ‘Ashr: 1-3) 


Sumber Asal : Kitaran Ekonomi, Olahan Semula : Nakhoda Andika

===========================



Semoga Bermanfaat

Sebagai tanda penghargaan serta sokongan anda kepada kami, anda boleh 'register' akaun 'trading' di bawah (klik pada gambar) :





Salam Ukhwah
Nakhoda Andika
Financial Philosopher
NakhodaFX