Bismillahirrahmanirrahim.

Nahmaduhu Wa Nusalli Ala Rasoolihil Karem.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, aku bermohon keberkatan di dalam segala ilmu yang telah kami terima sehingga ke hari ini seperti mana engkau memberkati guru-guru kami yang terdahulu, dan kurniakanlah kepada kami kefahaman Nabi-Nabi, serta ilham para Malaikat yang hampir denganMu. Ya Allah, aku pertaruhkan kepadaMu apa yang telah Engkau ajarkan kepadaku, maka kembalikanlah semula kepadaku jika aku memerlukannya dan janganlah Engkau buat aku melupainya, Wahai Tuhan Sekalian Alam. 


"Jikalau mereka berfikir di luar kotak, katakan pada mereka, aku mampu untuk berfikir umpama tiada kotak" ~Andika 


=========================== 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...




************

[ Subuh Yang Ke-7 ]

"Kitaran Baharu" bermula pada 21 Mac 2017 dengan 'Saturn' sebagai tuan planet kepada bintang 'Aries'...

'Aries' diperintah oleh planet yang berwarna api kemerahan yakni 'Mars'...

'Mars' (yang menjadi simbolik kepada "peperangan", "pencerobohan", "ketenteraan") dan 'Saturn' (yang menjadi simbolik kepada "kerajaan" dan "kawalan") dianggap sebagai 2 planet yag memberikan pengaruh yang kurang disenangi...

Dalam erti kata lain, "Kerajaan" akan cuba untuk memerintah dengan kekerasan dan melibatkan persenjataan, manakala "Manusia" akan terus melakukan "demonstrasi" dan "serangan balas"...


p/s : "Kitaran" ini boleh membuka mata serta meluaskan sudut pandangan manusia terhadap alam. "Kitaran" ini jugalah yang digunakan oleh Rosicrucians dan Nostradamus.

************



Dalam penulisan den yang lepas,  den dah perkenalkan suatu kaedah baru dalam memahami pasaran 'Forex'. Kaedah ini den istilahkan sebagai "Kitaran Hayat" bagi memudahkan ianya dijadikan rujukan serta muzakarah. Kalian boleh baca penulisan tersebut di SINI.

Secara peribadi, den berpandangan bahawa 'US Dollar' merupakan "Boneka Utama" dalam memimpin setiap pergerakan pasaran matawang yang lain. Makanya, pada pandangan den, setiap "perubahan" mahupun "corak" yang terbentuk dalam "permainan" US Dollar ianya merupakan "arahan" ataupun "perintah" pada "Boneka" yang lain untuk "bertindak".

Dan... Den persembahkan kepada kalian di antara hasil "kajian serta ulangkaji" den dalam mengharungi "pelayaran" ini.


Saturn rules the 7th Hour, 7th Day, 7th Year and 7th Millenium


“ Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal..” 
(Al Imran: 190) 

===========================
 [Kitaran Hayat ll]

***
Surah 12 : Yusuf, Ayat 47-49 :
قَالَ تَزۡرَعُونَ سَبۡعَ سِنِينَ دَأَبً۬ا فَمَا حَصَدتُّمۡ فَذَرُوهُ فِى سُنۢبُلِهِۦۤ إِلَّا قَلِيلاً۬ مِّمَّا تَأۡكُلُونَ
Yusuf menjawab: "Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan. (47)

ثُمَّ يَأۡتِى مِنۢ بَعۡدِ ذَٲلِكَ سَبۡعٌ۬ شِدَادٌ۬ يَأۡكُلۡنَ مَا قَدَّمۡتُمۡ لَهُنَّ إِلَّا قَلِيلاً۬ مِّمَّا تُحۡصِنُونَ
Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih). (48)

ثُمَّ يَأۡتِى مِنۢ بَعۡدِ ذَٲلِكَ عَامٌ۬ فِيهِ يُغَاثُ ٱلنَّاسُ وَفِيهِ يَعۡصِرُونَ 
"Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur, zaitun dan sebagainya)". (49)

***
Surah 41 : Fussilat, Ayat 9-10, 12 :
۞ قُلۡ أَٮِٕنَّكُمۡ لَتَكۡفُرُونَ بِٱلَّذِى خَلَقَ ٱلۡأَرۡضَ فِى يَوۡمَيۡنِ وَتَجۡعَلُونَ لَهُ ۥۤ أَندَادً۬ا‌ۚ ذَٲلِكَ رَبُّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ
Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya tidak patut kamu kufur kepada Tuhan yang menciptakan bumi dalam dua masa dan kamu adakan sekutu-sekutu bagiNya!? Yang demikian (sifatNya dan kekuasaanNya) ialah Allah Tuhan sekalian alam, (9)

وَجَعَلَ فِيہَا رَوَٲسِىَ مِن فَوۡقِهَا وَبَـٰرَكَ فِيہَا وَقَدَّرَ فِيہَآ أَقۡوَٲتَہَا فِىٓ أَرۡبَعَةِ أَيَّامٍ۬ سَوَآءً۬ لِّلسَّآٮِٕلِينَ
Dan Dia menjadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya (tersergam tinggi) di atasnya, serta Dia melimpahkan berkat padanya dan Dia menentukan ada padaNya bahan-bahan keperluan hidup penduduknya, sekadar yang menyamai hajat yang diminta dan dikehendaki oleh keadaan mereka; (semuanya itu berlaku) dalam empat masa. (10)

فَقَضَٮٰهُنَّ سَبۡعَ سَمَـٰوَاتٍ۬ فِى يَوۡمَيۡنِ وَأَوۡحَىٰ فِى كُلِّ سَمَآءٍ أَمۡرَهَا‌ۚ وَزَيَّنَّا ٱلسَّمَآءَ ٱلدُّنۡيَا بِمَصَـٰبِيحَ وَحِفۡظً۬ا‌ۚ ذَٲلِكَ تَقۡدِيرُ ٱلۡعَزِيزِ ٱلۡعَلِيمِ
Lalu Dia menjadikannya tujuh langit, dalam dua masa dan Dia memberitahu kepada tiap-tiap langit akan urusan dan keperluannya masing-masing dan Kami hiasi langit yang dekat (pada pandangan mata penduduk bumi) dengan bintang-bintang yang bersinar cemerlang serta memelihara langit itu dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui. (12)

***
Surah 9 : Al-Tawba, Ayat 36 :
إِنَّ عِدَّةَ ٱلشُّہُورِ عِندَ ٱللَّهِ ٱثۡنَا عَشَرَ شَہۡرً۬ا فِى ڪِتَـٰبِ ٱللَّهِ يَوۡمَ خَلَقَ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ مِنۡہَآ أَرۡبَعَةٌ حُرُمٌ۬‌ۚ ذَٲلِكَ ٱلدِّينُ ٱلۡقَيِّمُ‌ۚ فَلَا تَظۡلِمُواْ فِيہِنَّ أَنفُسَڪُمۡ‌ۚ وَقَـٰتِلُواْ ٱلۡمُشۡرِڪِينَ كَآفَّةً۬ ڪَمَا يُقَـٰتِلُونَكُمۡ ڪَآفَّةً۬‌ۚ وَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلۡمُتَّقِينَ
Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya) dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa. (36)

***
Surah 7 : Al-Araf, Ayat 54 :
إِنَّ رَبَّكُمُ ٱللَّهُ ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ فِى سِتَّةِ أَيَّامٍ۬ ثُمَّ ٱسۡتَوَىٰ عَلَى ٱلۡعَرۡشِ يُغۡشِى ٱلَّيۡلَ ٱلنَّہَارَ يَطۡلُبُهُ ۥ حَثِيثً۬ا وَٱلشَّمۡسَ وَٱلۡقَمَرَ وَٱلنُّجُومَ مُسَخَّرَٲتِۭ بِأَمۡرِهِۦۤ‌ۗ أَلَا لَهُ ٱلۡخَلۡقُ وَٱلۡأَمۡرُ‌ۗ تَبَارَكَ ٱللَّهُ رَبُّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ
Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang Menciptakan langit dan bumi dalam enam masa lalu Dia bersemayam di atas Arasy; Dia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti) dan (Dia pula Yang Menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintahNya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah Yang Mencipta dan Mentadbirkan sekalian alam. (54)

[Matrix Code]

***
Surah 12 : Yusuf, Ayat 47-49 :

Tahun usaha = 7, Ambil sedikit tinggalkan selebihnya = ?
Tahun ujian = 7, Selebihnya habis melainkan sedikit = ?
Tahun rahmat = ?

***
Surah 41 : Fussilat, Ayat 9-10, 12 :

1 Bumi, 2 Masa
Limpahan berkat serta hajat keperluan = ?, Masa = 4
7 Langit, 2 Masa

***
Surah 9 : Al-Tawba, Ayat 36 :

Bulan = 12, ketika diciptakan langit = 7, dan bumi = 1?7?
Bulan yang dihormati = 4

***
Surah 7 : Al-Araf, Ayat 54 :
Bumi = 1?7?, Langit = 7, Masa = 6
Siang =12,60,720, Malam = 12,60,720
Matahari = 1, Bulan = 1, Bintang-bintang = 12


[Formula Equation]

***
7 , 7 = a
If [5 (14) = a] merged [4 (49) = a], then

9 (63) = a²
3 = a

***
47+48+49 = 144 (9)

12² = 144
(3 + 3 + 3 + 3)² = 144 (9)



]Fakta]

***
12 jam pusingan siang + 12 jam pusingan malam = 24 jam = 1 hari

12 bintang = 12 bulan = 1 tahun = 4 musim

***
Kalendar Syamsiah (Matahari)
- 365.25 hari dalam setahun
- 28, 29, 30, 31 hari dalam sebulan

Kalendar Qamariah (Bulan)
- 355 hari dalam setahun
- 29.5 hari dalam sebulan


“If you knew the magnificence of the 3, 6 and 9, you would have a key to the universe.” – Nikola Tesla
Den sengaja "mencorakkan" penulisan den kali ini supaya lebih "deep" dan "berat" sedikit dengan niat pengharapan ianya menjadi 'catalyst' untuk kalian berfikir...

===========================

Semoga Bermanfaat

Sebagai tanda penghargaan serta sokongan anda kepada kami, anda boleh 'register' akaun 'trading' di bawah (klik pada gambar) :





Salam Ukhwah
Nakhoda Andika
Financial Philosopher
NakhodaFX