Kita dapat Risk On Rally dari awal hingga ke
penghujung minggu. Pada 7 September, ECB meramalkan ekonomi Eropah akan
berkembang baik.
Minggu lepas, 14 September, Bank of England telah
memberi amaran bahawa interest ratenya akan naik dengan lebih cepat dari yang
dijangka untuk mengawal inflasi.
Ekonomi yang baik dan interest rate yang lebih
tinggi akan memberi kesan kepada pasaran Bon. Nilai Bon akan jatuh bila
interest rate naik. (Kita gunakan Yield dalam photo. Harga yang jatuh, Yield
akan meningkat – dan memberi gambaran interest rate akan meningkat)
Saya jangkakan trend ini akan berterusan
sehinggalah kepada FOMC meeting pada 21 September nanti. Apakah FED akan
memberi komen yang “hawkish” seperti ECB dan BOE.
Perlu diingat,Amerika baru ditimpa dua Hurricane
yang ganas, Harvey dan Irma. Harvey sahaja mengakibatkan kerosakan kepada 1.18
juta property bernilai $179 billion. Ramai dijangkan akan tidak membayar loan
rumah mereka pada bulan-bulan akan datang.
Saya berpendapat FOMC akan mengambil sikap tunggu
dan lihat, bermakna Dollar akan weak dan Gold akan Jatuh
Apapun pengumuman FED, sama-sama kita tunggu. Ianya
satu pilihan yang sukar.
0 Comments