ECB
Lain yang kita tunggu, lain yang kita dapat.
Semalam ECB seperti yang dijangka, tidak mengumumkan rancangan mengecilkan saiz
balance sheetnya. Pelan itu mungkin diumumkan pada bulan Oktober nanti.
Bila ECB memperkenalkan “stimulus”, saiz balance
sheetnya membesar dan Euro menjadi lemah, ditunjukkan oleh gambar dibawah.
Euro sepatutnya menjadi lemah berikutan
penangguhan ini, seperti yang terjadi pada malam Sabtu minggu lepas bila
Bloomberg melaporkan tentang penangguhan ini.
Tetapi Pasaran menumpukan perhatian kepada laporan
ECB yang ekonomi Eropah dijangka akan berkembang dengan lebih baik lagi. Atas
sebab ini, Euro menjadi kuat dan Gold pun mengikut Euro.
Sebab itu dari segi trading, adalah lebih “low
risk” untuk tunggu news itu keluar dahulu dan lihat bagaimana reaksi pasaran
terhadap news tersebut.
Flight to
safety
Baru-baru ini saya menulis tentang support 10 year
Treasury Yield yang dijangka kuat di paras 2.10. Saya ternyata salah.
Paras itu telah pecah, dan sedang menuju ke paras
Psikologi 2%. Jika paras ini tidak bertahan, kemungkinan akan berlaku jualan
besar-besaran pada pasaran saham.
Perkembangan
Terkini Amerika
Ada beberapa isu besar di Amerika sekarang ini.
Debt Ceiling
Perkara yang terdekat ialah berkenaan dengan debt
ceiling. Di Amerika, Presiden tidak mempunyai kuasa untuk berbelanja besar
sesuka hati, Semuanya dipantau oleh dua badan perundangan tertinggi di Amerika
iaitu Senate dan House of Representative. (sila google)
Kadar pinjaman Kerajaan sudah sampai ke limit yang
maksimum dan kelulusan dari Senate dan House diperlukan. Dasar ini dijangka
diluluskan sebelum minggu ini berakhir.
Pengganti
Janet dan FED
Semalam Federal
Reserve Vice Chairman Stanley Fischer telah meletak jawatan. Kontraknya sepatutnya
tamat pada June 2018.
Presiden Trump perlu mencari pengganti beliau dan
orang baru untuk menggantikan Janet Yellen.
Selagi Trump tidak mengumumkan siapakah Chairman
Federal Reserve yang baru, pasaran menjadi tidak menentu.
Russiagate
Terdapat Grand Jury atau suruhan jaya khas yang
menyiasat kiatan Russia dengan Pilihanraya Presiden 2016.
Peguam Trump mengjangkakan kes ini akan selesai
sebelum hujung tahun. Bila-bila masa Presiden Trump boleh dipanggil.
Sementara itu, malam nanti, Donald Trump Jr memberi
keterangan kepada jawatan kuasa Senate yang menjalankan siasatan mereka
sendiri.
Dengan perkara-perkara berbangkit yang disebutkan
diatas, adalah mudah untuk kita faham mengapa Gold boleh pergi keparas 1380 atau
1400
Ingat,
untuk pasaran berubah arah, kita perlukan News
Coaching
Inter-Market, Analisa News dan Day Trading
Trading memang tidak mudah, samada secara Teknikal
atau Fundamental. Tapi yang pasti, News lah yang menggerakkan pasaran.
Mahu buat analisa seperti diatas? Sesiapa yang
berminat, fees saya RM500.
Saya juga boleh menjadi speaker anda kepada
sesiapa yang memerlukan. Kita boleh berbincang.
Buat Analisa
untuk Trade.
Berminat? Sila register
http://bit.ly/2ogtk8O
Untuk anda yang tidak sukakan volatility yang
tinggi, hubungi saya. Saya tahu money management yang sesuai untuk anda.
Selamat Melabur. Risiko anda yang tanggung dan
semoga mesejnya sampai.
Ahmad Sherhan Abu Samah. Penganalisa Makro.
0 Comments