Pada bulan Julai, Bank for international Settlement,
(BIS) Bank Pusat kepada semua Bank Pusat sedunia telah mencadangkan supaya Central
Banker Utama dunia mula mengecilkan Balance sheet masing-masing. Kesannya kepada
pasaran kewangan dunia telah saya bincangkan dalam tulisan yang lepas.
Akan tetapi banyak telah berubah. Terbaru,
politik yang kucar-kacir di Amerika mengakibatkan dasar ekonomi Amerika yang”
pro growth” mungkin tertangguh. Maknanya, cadangan BIS mungkin tidak dapat
dilaksanakan dalam masa terdekat.
Kita akan tahu bila ECB dan FOMC mengumumkan
hala tuju dasar monetary masing-masing pada 7 dan 20 September nanti.
EU, ECB
dan German Bond Yield
Beberapa minggu kebelakangan ini, ECB disebut
bakal mengumumkan dasar mengecilkan balance sheetnya. Kesannya ialah serupa
seperti “tightening” atau seperti menaikkan interest rate, EU akan menjadi kuat
dan nilai German Bond akan jatuh. Bila price jatuh, Yieldnya akan menaik.
Pada 7 September nanti – sekiranya ECB
mengambil sikap berdiam diri atau menangguhkan pengumuman dasar mengecilkan
balance sheet nya, besar kemungkinan German Bond yield akan jatuh ke paras
0.15% dan EURUSD akan jatuh ke paras 1.17 atau lebih rendah lagi.
Dollar,
FOMC and US Bond Yield
Selepas ECB, market akan fokus kepada meeting
FOMC pada 20 september nanti. Tidak ada trend short-term atau long-term yang
jelas pada chart US 10 year bond ini tapi kita masih ada 2 kemungkinan besar.
Akhir-akhir ini kadar inflasi yang rendah
selalu disebut-sebut sebagai penghalang kepada FED untuk bersikap hawkish.
Sekiranya FED meneruskan rancangan untuk mengecilkan balance sheetnya, maka
kita akan dapat strong dollar, dan US 10 year Yield akan menaik kearah 2.6%.
Jika tidak, weak dollar akan berterusan, US
yield dijangka menuju keparas 1.8%.
Kesimpulan
Saya berpendapat, melihatkan kepada chartl German Yield, ianya sedang menuju keparas 0.15%, bermakna EURUSD akan
jatuh.
Trend US 10 year Yield pula, nampak kuat yang
ia akan meningkat keparas 2.60%. Jika ini berlaku, Dollar akan mengukuh.
Apapun, pendapat saya tidaklah penting. Bagaimana
market bergerak selepas pengumuman ECB dan FED, ikutlah trend itu.
Kemanakah
GOLD?
News yang berubah-ubah arah trend pasaran
inilah yang memerangkap traders. Saya sendiri terkena pada malam Jumaat lalu.
Sekarang pasaran masih memberi tumpuan kepada
krisis di semenanjung Korea.
Perang perlukan wang dan Amerika sedang
berusaha untuk berjimat cermat. Di Syria, Amerika tidak boleh “going all out”
disana kerana sokongan Moscow kepada Syria. Di belakang North Korea, ada Moscow
dan Beijing. Malah Seoul sendiri tidak mahu perang. Akhirnya pasaran akan ikut
trend ini.
Dalam masa terdekat, tumpuan pasaran sudah
tentulah kepada ECB. Terbaru, ECB dijangka menangguhkan pengumuman dasar
tentang saiz balance sheetnya dan memberi :verbal intervention” tentang Euro
yang terlalu kuat sepanjang tahun.
Kesannya nanti, ialah seperti apa yang
terjadi pada hari Jumaat malam Sabtu lepas, EURUSD dan Gold menjunam.
Ingat, untuk pasaran berubah arah, kita perlukan News.
Coaching
Inter-Market, Analisa News dan Day Trading
Trading memang tidak mudah, samada secara
Teknikal atau Fundamental. Tapi yang pasti, News lah yang menggerakkan pasaran.
Mahu buat analisa seperti diatas? Sesiapa
yang berminat, fees saya RM500.
Saya juga boleh menjadi speaker anda kepada
sesiapa yang memerlukan. Kita boleh berbincang.
Berminat untuk trade? Sila register
Selamat Melabur. Risiko anda yang tanggung
dan semoga mesejnya sampai.
Ahmad Sherhan Abu Samah. Penganalisa Makro.
0107874341
ahmadsherhanabusamah@gmail.com
0 Comments