Jadi apakah sebenarnya Currency Meter ni? Ianya berfungsi untuk menentukan kekuatan dan kelemahan sesuatu matawang berdasarkan kepada perbandingan dengan matawang yang lain. Dan hasilnya kita akan mendapat satu senarai yang menunjukkan matawang yang paling kuat sehingga yang paling lemah.


Currency Meter Pro

Macam mana nak memanfaatkan meter ni?

Caranya, kita akan melihat senarai untuk mendapatkan matawang yang paling kuat dan paling lemah. Seterusnya kita akan jadikan matawang tersebut sebagai pasangan.

Contoh:-

Matawang paling kuat adalah CHF dan matawang yang paling lemah CAD dan USD.

Maka dari sini, kita tahu matawang yang kita boleh fokus untuk trade ketika itu adalah dua matawang iaitu USDCAD dan USDCHF. Namun, adakah kita perlu trade kedua-dua matawang tersebut? TIDAK!! Kita hanya fokus kepada satu atau dua pasangan sahaja bergantung kepada modal korang.

Jadi yang mana satu patut kita fokus?

Ok. Untuk menentukan pasangan yang boleh kita fokus pula, kita perlu lihat senarai lain pula dengan bantuan maklumat yang kita dapat daripada website berikut :-


Apa yang akan kita perhatikan di sini ye? Ok. Cuba korang klik dulu link tersebut dan tengok apa yang kelihatan? Yezzaa. Dekat situ akan ada senarai pasangan matawang berdasarkan kepada apa yang berlaku di pasaran semasa. Maksubnya kita dapat melihat samaada trader ramai yang sedang BUY/SELL sesuatu pasangan matawang tersebut.

USDCAD

USDCHF

Berdasarkan kepada screen shot tersebut kita dapat perhatikan bahawa trader sekarang ini memilih untuk BUY USDCAD dan USDCHF. Adakah ini bermakna kita akan terus masuk untuk join the trend untuk BUY juga?

Sabar dulu.

Sebelum kita nak masuk entry mana-mana posisi adalah seeloknya kita melakukan teknikal Analisa terlebih dahulukan? Apa guna kita belajar buat analisa tapi tak nak guna kan? Masa ni la nak tunjukkan kehandalan korang menganalisa market bak seperti Soros. Hehe.

Analisa sampai lebam. Dah puas hati baru entry menggunakan kefahaman teknikal korang. Jangan ikut2 orang@masta pula ye. Cukup2 la ikut sikenal orang tu. Cuba la guna sikenal sendiri pula. Mesti kepuasan yang dapat bila TP tu akan lebih terserlah. Hehehe.

Teknikal.

Tak pandai/tahu macam mana nak buat analisa? Meh wasap abam cepat2. Ada offer baik punya ni. Siapa cepat dia dapat ye 😊

Download?

Kat mana nak dapatkan CURRENCY METER tersebut? Meh SINI sedut sampai kenyang. Hehe. Dah sedut tu UCAP la TERIMA KASIH sekurangnya 😊

Semoga bermanfaat buat semua ye.

p/s – abam nak buat kelas di sekitar Selangor pada 17hb Febuari 2018 (Sabtu) yang mana2 rasa berminat tu boleh la wasap dulu ye. **17hb Febuari adalah cuti umum (Tahun Baru Cina)

Update :- Kelas terpaksa ditunda ke bulan March 2018 (tarikh akan diumumkan di dalam group nanti. Join segera untuk maklumat terkini berkenaan kelas tersebut)

Link group telegram: Naked Trading System

--
Hilman Nawi
Pengurus PiphijauLTD
email: terengganu@piphijaultd.com