Kali ini dengan jangkaan kenaikan kadar faedah daripada 1.5% kepada 1.75%; sekaligus menjadikan kos pinjaman antara bank-bank meningkat sebanyak 25 mata asas.  Kenaikan ini sudah pastinya akan dipindahkan kepada pelanggan-pelanggan bank pelaburan yang bakal menyaksikan kenaikan kos modal pelaburan meraka.  Lantaran itu, kejatuhan pasaran saham adalah suatu yang lumrah dalam suasana ekonomi yang dipacu oleh hutang ini. Tapi berapa lama ia akan jatuh dan adakah itu akan menyebabkan krisis ekonomi seperti yang digembar-gemburkan?

Berikut adalah carta indeks S&P500 pasaran saham New York, bermula dari sekitar paras terendah kadar faedah AS, pada tahun 2008. Garisan biru menegak adalah masa kenaikan kadar faedah.




Seperti yang dapat kita lihat, pasaran saham hanya jatuh sementara sahaja sebelum naik semula ke paras yang lebih tinggi sepanjang 2 tahun selepas kenaikan pertama kadar faedah AS. Ini menunjukkan kadar faedah semasa adalah masih rendah dan belum cukup tinggi untuk menahan aktiviti pembelian saham. Pada masa yang sama, kadar faedah bukanlah satu-satunya faktor yang mempengaruhi “demand and supply” pasaran saham.

Mari kita lihat apa pula kesan kenaikan kadar faedah ini kepada matawang Dollar AS sendiri. Berikut adalah carta Indeks Dollar yang mengukur kekuatan Dollar AS berbanding 6 matawang utama dunia – Euro, Pound, Yen, Francs Swiss, Dollar Kanada dan Kroner Sweden.


Seperti yang dapat kita saksikan, kenaikan nilai Dollar AS telah pun meningkat naik 18 bulan sebelum kenaikan kadar faedah yang pertama pada Disember 2015! Kenaikan kadar sepanjang dua tahun yang lepas, tidak banyak mempengaruhi kenaikan nilai Dollar, tetapi sebaliknya nilai Dollar telah menurun! Pelikkan?

Sebenarnya tidaklah pelik apabila kita memahami bahawa pasaran bergerak atas jangkaan masa depan, bukan pada masa sebenar. Apa yang ditunjukkan pada carta mengandungi maklumat masa kini dan masa hadapan, cuma mungkin ianya tidak diketahui kebanyakan orang awam. Kerana itu adakalanya kita melihat pasaran telah bergerak dahulu sebelum data disiarkan di ‘forex-factory’ atau adakalanya data teruk tetapi pasaran menaik mahupun sebaliknya. Memang semua itu memeningkan, tetapi apa yang ramai kurang faham adalah faktor sentimen adakalanya lebih kuat dari faktor asas ekonomi (fundamental)!

Jadi anda tentu tertanya-tanya, kalau begitu apa yang penting sebagai seorang trader?

Di NakhodaFX kami melatih trader-trader baru untuk melihat pasaran dari kaca mata sebuah institusi kewangan. Trading adalah satu perniagaan yang berasaskan jual beli nilai sesuatu instrumen kewangan, maka seharusnya kita memahami apa dilihat oleh sesebuah institusi kewangan sebelum mereka membuat sesuatu pelaburan.

Insya ALLAH dalam keluaran yang akan datang kami akan cuba mengupas pelaburan dari kaca mata sebuah institusi kewangan. Salam Hormat.