Dalam bidang urusniaga matawang ini, sebenarnya terdapat banyak cara untuk anda sebagai trader untuk menjana income selain daripada profit trading anda setiap bulan, lebih-lebih lagi jika anda adalah seorang full-time trader.

Apakah 8 cara tersebut? Mari kita lihat satu persatu.


1. Copytrade

Selain daripada menghadap chart 24 jam, anda boleh memilih untuk copytrade mana-mana manager/trader yang anda sudah kenalpasti berpotensi untuk growkan akaun anda. Dengan cara ini, anda tak perlu lagi pening kepala menganalisa market setiap hari. Segala entry, stoploss dan take profit akan dilakukan oleh manager anda berdasarkan analisa beliau sendiri. Mudah bukan?
Namun begitu, ada beberapa kriteria yang perlu anda kenalpasti daripada seseorang trader sebelum anda copytrade akaun beliau, iaitu:

a. Maximum Drawdown
b. Absolute Drawdown
c. Pips Gain per month
d. Percentage Gain per month

Adalah sangat penting untuk anda pastikan setiap kriteria tersebut memenuhi risk appettite anda. Segala risiko loss dan profit adalah tanggungjawab anda atas pemilihan anda sendiri.


2. Copytrader (Master)

Sekiranya anda seorang trader yang sudah konsisten dan yakin dengan teknik dan strategi anda sendiri, anda boleh menjadi seorang Master Copytrader supaya trader lain boleh follow akaun anda dan menikmati profit yang sama dengan anda.

Anda boleh bermula dengan membuka akaun myfxbook  atau MQL5. Di laman web tersebut, anda boleh menghasilkan trading journal anda sendiri yang boleh dirujuk oleh semua pengguna yang berdaftar. Sekiranya anda mampu grow akaun dengan konsisten selama 6 bulan atau lebih, anda pasti akan lebih menambah keyakinan trader lain yang akan follow akaun anda.

Ada juga broker yang mempunyai sistem copytrade sendiri, dengan pembahagian profit yang munasabah kepada Master Copytrader dan follower. Nisbah keuntungan yang biasa digunakan adalah 70:25:5 (Follower:Trader:Broker).

Keuntungan yang anda dapat sebagai Master Copytrader kadang-kadang membuatkan anda sendiri terkejut. Mana taknya, bayangkan akaun anda cuma ada 200USD sebagai modal dan  follower anda juga mempunyai jumlah yang sama. Jika anda mempunyai 50 orang follower dan berjaya menghasilkan profit 50% pada bulan tersebut, anda akan memperolehi jumlah bersih sekitar 1,250USD daripada profit sharing sahaja!




3. Affiliate

Ada beberapa broker yang memberikan anda keistimewaan affiliate sekiranya ada akaun lain yang berdaftar di bawah anda. Kebiasaannya ia dibayar dalam bentuk trading equity yang boleh anda gunakan sebagai modal untuk trading. Ada juga broker yang memberikan affiliate atas akaun yang anda trade sendiri (marketing purposes). Umumnya, lebih banyak lot yang digunakan untuk trade, lebih banyak affiliate yang anda akan dapat.

*Tapi selalunya trader yang memperoleh trading equity melalui affiliate ini akan hentak kaw-kaw modal tersebut dengan possibility untuk grow beribu percent atau mc!


4. IB dan Local Depositor

Kebanyakan broker yang digunakan oleh trader Malaysia adalah broker luar negara (lesen oversea dan HQ oversea). Jadi broker-broker ini memerlukan Introducing Broker (IB) untuk mempromosikan broker mereka di Malaysia. Lazimnya IB yang dilantik akan diberi imbuhan berdasarkan bilangan akaun trader yang berdaftar di bawah mereka, mengambil kira jumlah deposit dan bilangan lot yang digunakan untuk trade.

Income yang diperolehi oleh IB-IB ini bukan ciput-ciput ya, kebanyakan IB yang dah bertapak 3 tahun ke atas (dengan broker yang proven) sudah memperolehi income konsisten minimum 5,000USD ke atas setiap bulan! Normally IB sebegini sudah mempunyai Training Center sendiri, dengan jadual Training yang lengkap setiap bulan supaya memudahkan trader-trader baru berdaftar dan belajar trading di tempat mereka. Kira win-win la kan?

Selain menjadi IB, ada juga broker yang melantik Local Depositor (LD) sendiri di Malaysia. Mereka ini selalunya menjadi pilihan trader Malaysia untuk deposit dan withdraw, sebab kebanyakan trader Malaysia semacam fobia bila nak request direct deposit/withdarawal daripada broker (mungkin kerana kadang-kadang ia memakan masa beberapa hari berbanding LD yang hanya beberapa jam).

Kebiasaannya jumlah LD yang dilantik broker ini agak limited kerana ia melibatkan transaksi wang yang banyak setiap hari. LD akan dapat manfaat melalui jumlah deposit dan withdrawal yang dilakukan melalui mereka (ada percentage tertentu). Lebih banyak deposit dan withdrawal yang dilakukan setiap bulan, lebih banyak income mereka! (Untuk servis depo/withdraw sepantas kilat, they kinda deserve that, don't they?)




*Bersambung Part 2