Dah lama plak Abam Man tak menulis dekat sini ye. Ada yang rindu penulisan Abam Man tak? Hahahaha. Perasan je lebih Abam Man ni.
Jadi sebenarnya macam mana
nak tentukan major trend? Selain daripada menggunakan trendline, kita juga
boleh gunakan sifat candle itu sendiri untuk menentukan MAJOR TREND untuk
minggu tersebut.
<< MACAM MANA TU? MEH TERUSKAN BACAAN
>>
Untuk
menentukan arah trend untuk sesuatu minggu kita akan rujuk kepada candle minggu
sebelumnya.
#1 Gunakan
timeframe weekly. Sebab kita nak tentukan major trend untuk seminggu kan. Jadi
kita fokus la guna timeframe weekly. (Rujuk gambar MT1)
#2
Seterusnya, kita akan kira jarak pips dari HIGH
KE CLOSE (HC) dan juga LOW KE CLOSE (LC). Yang mana lagi panjang?
#3 Jika HC > LC maka kita akan mencari
peluang untuk SELL. Begitu juga jika
sebaliknya LC > HC maka kita akan
fokus mencari peluang BUY.
#4 Maka
dari contoh pair AUDUSD pada 5.8.2018 telah memberikan petunjuk bahawa minggu
seterusnya kita patut fokus kepada mencari peluang SELL.
<< MACAM MANA NAK BUY ATAU SELL? >>
Yang ni
korang boleh gunakan teknik yang korang pernah belajar. Tak kisah la nak
gunakan NAKED CHART atau berselirat INDICATOR. Yang penting kita nak dapatkan
sebanyak mungkin USD dari setiap analisa yang kita lakukan.
Bila nak
entry? Kita akan entry hanya pada hari Rabu@Khamis? Kenapa? Sebab Isnin dan
Selasa biasanya market akan melakukan RETRACEMENT. Rabu@Khamis barulah market
akan mengikut arah sebenarnya.
Stop Loss
(SL) dekat mana? Kita akan letakkan SL pada High/Low candle minggu sebelumnya.
*Ehhh..
kata nak tahu cara baca MAJOR TREND je. Ni dah termasuk teknik entry la plak.
Hehe.
**Jadi?
Acaner? Agak2 mudah tak nak tentukan major trend untuk minggu hadapan dan
seterusnya?
***Ada lagi
persoalan yang tidak terjawab dari ebook ni? Nak dapatkan artikel ni dalam bentuk ebook? Sedut dekat LINK ni cepat !! Jangan lupa ucap terima kasih ye :)
Meh wasap
abam cepat2 meh {{ www.wasap.my/60199590539/majortrend
}}
. . . . . .
.
Disediakan
oleh:
Hilman Nawi
Fb page : https://facebook.com/HybridFX/
Fb personal
: https://facebook.com/mohammadhilmannawi
Whatsapp : www.wasap.my/60199590539
#hybridfx
#fibohybrid
#piphijaultd
#forextrader
#foreignexchange
#swingmodeon
0 Comments