Posting ini adalah keseinambungan daripada
series Silibus Yang Tertinggal (Anda boleh baca
Part 1 dan
Part 2 dalam
posting sebelum ini). Ia adalah satu ruang kosong yang gagal dipenuhi oleh mana-mana institusi akademik, sedangkan ia adalah ilmu penting untuk kita menghadapi era ekonomi yang makin mencabar ini.
Kali ini saya akan kongsikan
The 3 Types of Income (3 Jenis Sumber Pendapatan) yang pada asasnya membuatkan orang kaya bertambah kaya, dan yang miskin terus kekal dalam ketidakcukupan. Harus saya tekankan bahawa saya sama sekali tidak memandang rendah golongan yang kurang berkemampuan, kerana saya sendiri berasal dari keluarga yang serba kekurangan. Namun dengan merujuk pada latar belakang sendiri, saya yakin bahawa perkara yang akan saya terangkan nanti adalah punca utama yang membezakan
the rich and
the poor.
Jadi, apakah yang 3 jenis sumber pendapatan tersebut? Mari kita lihat satu persatu.
1.
Earned Income (Pendapatan Aktif)
Pendapatan jenis ini adalah yang paling
common di kalangan kita sebagai rakyat marhaen ni. Senang kata, ia adalah gaji yang kita perolehi hasil daripada apa yang kita kerjakan. Kebanyakan
earned income ini diperolehi dengan menukarkan masa, tenaga dan kemahiran yang kita ada untuk membuat sesuatu kerja. Semakin banyak masa dan tenaga yang kita curahkan, semakin tinggi pendapatan kita. Begitu juga dengan kemahiran; semakin tinggi skill kita, semakin tinggi bayaran yang kita perolehi.
Kelemahan yang ketara pada pendapatan aktif ini adalah jika kita tidak berkemampuan untuk memperuntukkan masa dan tenaga untuk menyelesaikan kerja kita, maka kita tidak lagi mampu untuk memperolehinya. Sebagai contoh, saya seorang peniaga nasi lemak,jika pada satu hari saya jatuh sakit dan tidak mampu untuk membuat nasi lemak pada hari itu, maka tiadalah gaji saya pada hari tersebut.
As simple as that. Boleh faham kan?
Antara kekurangan lain adalah kadar percukaian yang tinggi yang dikenakan pada pendapatan jenis aktif ini. Seperti yang kita tahu, cukai pendapatan individu di Malaysia berkadar sekitar 1% hingga 28%. Itupun jika anda memang mengisytiharkan pendapatan anda setiap tahun. Bagi yang tidak isytihar, suka saya ingatkan anda dengan pepatah jawa ni,
"
There are two things you can't runaway in life: DEATH and TAX."
2.
Passive Income (Pendapatan Pasif)
Ramai orang yang beranggapan bahawa
trading forex adalah salah satu
passive income, tetapi
literally ia adalah tanggapan yang salah. Sebabnya kalau anda tak
trade, takde lah
income kan?
Tapi jika anda ada
affiliate daripada
trading orang lain, ia boleh dikategorikan sebagai pendapatan pasif.
Pendek kata, pendapatan pasif ini adalah
income yang jika kita tidur selama sebulan pun, hujung bulan tu duit masuk jugak. Contoh paling
common adalah pendapatan daripada sewa rumah, royalti (buku/lagu/dll) dan dividen saham/perniagaan.
Yang menariknya,
passive income di negara kita dikenakan cukai yang rendah berbanding pendapatan aktif (sama macam US).
So it is a wise decision to focus on this type of income!
3.
Portfolio Income (Pendapatan Portfolio)
Pendapatan portfolio ni biasanya bukan yang kita terima setiap bulan, ia lebih kepada
growing assets dalam bentuk saham/akaun forex dan
capital gain pada hartanah. Lazimnya pendapatan jenis ini melibatkan risiko pelaburan dan memerlukan
seed fund yang agak tinggi bagi menjana portfolio yang berbaloi.
Sama juga seperti
passive income,
portfolio income dikenakan cukai yang sedikit berbanding
earned income.
KENAPA KITA PERLU TAHU TENTANG JENIS INCOME NI?
Mungkin ada daripada anda yang tertanya-tanya, apa faedahnya anda memahami jenis-jenis pendapatan ni? Apa yang anda perlu buat kalau tahu pun?
Percaya atau tidak, kebanyakan golongan rich hanya
menumpukan kepada
pendapatan pasif dan
portfolio atas alasan yang mudah:
1. Mereka tidak perlu tukarkan
masa dan
tenaga mereka untuk
menjana duit.
2. Mereka hanya perlu membayar
cukai yang
kurang berbanding
earned income.
As simple as that kan?
Kata orang, kalau berhajat ke lautan dalam, rajinlah bertanya petua kepada nelayan yang saban minggu bermain di sana. Jadi seeloknya jika anda berhajat meletakkan diri anda dalam golongan
rich, just follow their steps!
Semoga anda belajar sesuatu daripada post ini.
Til then, Happy Trading!
0 Comments