Financial Freedom : Kebebasan Kewangan - sesuatu yang diimpikan oleh semua orang. Tak kira anda bekerja sendiri, makan gaji atau pemilik bisnes, anda pasti mengimpikan kebebasan kewangan dalam hidup.

Malah, tidak keterlaluan untuk dikatakan bahawa kita semua pernah berangan berada dalam financial heaven - kita bisa memiliki apa saja yang kita mahukan dengan duit yang kita ada. Dalam angan-angan tersebut, kita berada di atas kapal persiaran yang mewah, melancong sakan di Eropah, masuk butik-butik terkemuka dunia dan pilih apa saja yang kita berkenan. Tak cukup dengan itu, kita borong kereta-kereta mewah yang selama ini kita hanya mampu tengok gambarnya saja di majalah. Fuhh!

Indah kan angan-angan tu?

Tapi betul ke itu maksud sebenar financial freedom yang kita cari selama ini?

Untuk capai level macam dalam angan-angan tu, anda mungkin perlu menjadi seorang billionaire atau seorang wife ex-pm!

Jadi, adakah financial freedom ini sesuatu yang mustahil untuk dicapai? Habis tu kenapa ramai je orang bersungguh nak capai financial freedom ni? Takkan diorang mengejar something yang impossible?

Tunggu dulu, mungkin kita perlu memperbetulkan semula definisi financial freedom yang selama ini telah kita salah tanggap!


Jadi apa itu definisi sebenar financial freedom?

Pertama sekali, kita perlu menghapuskan dulu semua tanggapan kita tentang financial freedom seperti dalam angan-angan kita tu. Ingat, yang kita kejar bukan kemewahan yang melampau, tetapi sekadar kecukupan dan kebebasan!

Robert Kiyosaki menyatakan dalam buku beliau, Before You Quit Your Job dan sekali lagi disebut dalam buku Cashflow Quadrant, bahawa financial freedom nyata sekali bercanggahan dengan apa yang kita bayangkan selama ini.

Menurut beliau, financial freedom sebenarnya mampu dicapai oleh semua orang, termasuk mereka yang makan gaji (macam tak percaya kan?). Kita hanya perlu menyusun strategi yang baik dan benar-benar jelas dengan matlamat kita untuk mencapainya.

Jadi, beliau mendefinisikan financial freedom sebagai satu keadaan di mana pendapatan pasif anda sudah menyamai atau melebihi perbelanjaan bulanan anda. Dalam keadaan ini, kita tidak lagi bergantung kepada Earned Income kita, malah Earned Income (pendapatan aktif) tersebut boleh diperuntukkan untuk menambah Passive & Portfolio Income kita. (Rujuk post sebelum ini - Silibus Yang Tertinggal Part 3: The 3 Types of Income untuk lebih jelas).

Mari kita lihat definisi tersebut dalam bentuk gambar seperti di bawah:

Biasanya, pendapatan pasif kita menyumbang cuma sedikit dalam total income


Kebanyakan kita tidak menumpukan kepada pendapatan pasif, sebaliknya banyak berharap kepada pendapatan aktif kita untuk menanggung perbelanjaan bulanan. Jika keadaan ini berlanjutan, bermakna kita masih jauh daripada financial freedom.

Financial Freedom - keadaan di mana passive income sudah menyamai expenses atau lebih


Dalam keadaan financially free, kita sebenarnya mempunyai banyak lebihan masa (dan wang) untuk dilaburkan ke medium atau instrumen yang mempunyai potential growth yang tinggi, tanpa merisaukan tentang perbelanjaan bulanan (yang ditanggung oleh Passive Income).

Apabila kita mencapai tahap ini, kita mempunyai pilihan untuk 'bersara' atau mengurangkan komitmen masa kepada aktiviti yang menghasilkan pendapatan aktif kita (kerja). Jadi projection income kita akan berubah, seperti gambar di bawah:
Masa dan komitmen yang selama ini dihabiskan kepada kerja hakiki kita akan dapat ditumpukan kepada aktiviti yang mempunyai potential growth yang lebih tinggi, atau kita boleh dedicate kan masa kita untuk kerja-kerja charity (atau kedua-duanya sekali!).

Simple kan? Namun jalan untuk membolehkan Passive Income menyamai Expenses itu bukanlah semudah yang disangka, banyak ilmu dan pengalaman yang kita perlukan untuk memastikan risiko yang bakal kita hadapi berada di dalam kawalan.

Apapun, ia telah mengubah tanggapan saya tentang financial freedom dan membuka mata saya bahawa financial freedom bukanlah sesuatu yang mustahil, malah ia cuma first step yang wajib dicapai bagi merealisasikan impian yang lebih besar!


Semoga anda belajar sesuatu daripada post ini.


Til then, Happy Investing!