Setelah 2 minggu major pair kegemaran ramai, EURUSD membuat bullish rally, akhirnya pada minggu lepas ia mula mengalami kejatuhan seawal hari pertama dagangan pada 24 September yang lalu.

Majoriti traders menumpukan kepada pengumuman defisit bajet oleh Itali sebanyak 2.4%, ditambah pula dengan keputusan US untuk menaikkan kadar faedah kepada 2.25%, kenaikan kali ketiga pada tahun ini!

Kesannya, pada minggu lepas pair ini mengalami kejatuhan sebanyak lebih kurang 240 pips, dan gagal bertahan pada phsycological level 1.7000.

Beralih kepada technical outlook pada pair ini, kita boleh mulakan dengan  Monthly Candle untuk bulan September yang sudah terbentuk pada hari dagangan terakhir minggu lepas.


Pin bar @Monthly Candle


Candle bagi bulan September membentuk pin bar, sekaligus menafikan kemungkinan ia menaik tinggi berdasarkan candle bulan Ogos. Overall outlook, pair ini masih dalam mood sideway dengan range sekitar 400 pips.



Bearish engulfing @Weekly Candle


Beralih kepada Weekly Candle, kita dapat lihat candle minggu lepas membentuk Bearish Engulfing, yang 'memakan' keseluruhan bull candle weekly sebelumnya. Namun ia tidak begitu solid memandangkan masih ada shadow pendek di bawahnya.

Kemudian jika kita teliti pada Daily Candle, kita dapat melihat rejection yang berlaku pada supply zone / resistance. Berkali-kali price cuba menembusi area tersebut, tetapi tidak berjaya dan akhirnya terjun ke bawah!


Rejection @Daily Candle

Boleh disimpulkan daripada overall view di atas dalam sideway mood pair ini, kita masih boleh mencari peluang sell dengan target reward sekitar 200 pips.


Berikut adalah trade idea bagi pair ini:

RRR 1:3


Ada beberapa lagi level yang sesuai untuk short pair ini, tetapi saya mengintai peluang best entry di possible support become resistance (SBR) zone seperti di atas. RRR bagi entry ini juga agak baik, sekitar 1:3 bergantung kepada level entry anda.


Semoga anda belajar sesuatu daripada post ini.

'Til then, Happy Trading!