Salam,





Jika Impian tak MEMBUAT anda TAKUT, bermaksud ia belum cukup BESAR.
IF YOUR DREAMS DON'T SCARE YOU,THEY ARE NOT BIG ENOUGH.

-Gary Vaynerchuck-



Saya baru menghabiskan seminar National Achievers 2019 Congress (16 dan 17 Mei 2019) bersama Sifu Jamal & Munir (SifufBAds).

Sempena 25 tahun World Wide Success yang menghimpunkan
guru saya iaitu nama-nama besar speaker terbaik dunia seperti :

Gary Vaynerchuk
Grant Cardone
Vishen Lakhiani
Dr Dolf De Roos
Sandy Jadeja
Peng Joon
Sean Seah
Rajiv Talreja


Kalian boleh Follow IGTV saya di Instagram untuk mengenali mereka.

Ada satu piont dari salah seorang guru saya Vishen Lakhiani:



yang agak mindblowing di dalam seminar memetik kata-kata Bill Gates :


"Most people overestimate what they can do in one year an underestimate wht they cn do in TEN year."

Saya terjemahkan :

Kebanyakan manusia terlebih jangka apa yang mereka boleh buat dalam setahun dan terkurang jangka apa yang mereka boleh lakukan dalam 10 tahun.

Sampai di rumah saya teringat akan seminar 5 tahun lalu pada Ogos 2014 di menara PGRM Cheras iaitu
RKMJ (Rahsia Kuasa Minda Jutawan) oleh guru saya Azizan Osman,Pakar Pemasaran #1 Asia ketika mengikuti Platinum Pakej.

Jadi ketika saya belek-belek semua,saya ketawa sendirian dan wow..apa saka yang merasuk saya ketika itu menulis satu mukasurat karangan penuh dan point-point yang saya sedang Visualize dengan satu penulisan yang difikirkan agak gila.





(Kami dalam kelas RKMJ dipaksa menulis dan mengarang impian gila 10 tahun akan datang)

Namun kali ini saya diajar guru-guru bersangka baik dengan Allah.

Dari Abu Hurairah radliyallaahu ‘anhu, ia berkata bahawa Rasulullah ï·º bersabda,

Allah سبحانه وتعالى berfirman,

"Ø£َÙ†َا عِÙ†ْدَ ظَÙ†ِّ عَبْدِÙ‰ بِÙ‰“
Aku sesuai dengan persangkaan hamba pada-Ku.

(Muttafaqun ‘alaih).

Pesan guru saya,ceritakan pada kawan-kawan sedara mara dengan idea visualization gila ini.

Kalian perhatikan mereka,ada yang supportive menyokong,ada yang stalker dan mencebik,ada yang ketawa terbahak-bahak dan sudah pasti yang membangkang bahawa idea ini sangat mustahil dengan kriteria saya sedia ada yang tidak berpelajaran tinggi dan bukan orang politikus.

Saya cuba snap gambar-gambar workbook RKMJ yang saya simpan.Bukan korang,saya pun ketawa.Namun saya dilatih menyampaikan ilmu.Mudah mudahan ianya boleh menjadikan motivasi hingga anak cucu buat kalian yang membaca.

Jadi dengan berani,confident lagi "Poyonya" saya menulis balik tulisan di atas supaya korang boleh ketawakan..hehehe.Jika ianya dibangkang, guru saya Gary Vaynerchuk mengatakan.

"Makin Kuat idea itu dibangkang,lebih memudahkan idea itu berjaya."

SPECIFIK DATELINE

Bismillahirrahmanirrahim,

29 Ogos 2024 ,

Assalamualaikum , 2024

*KELUARGA

Saya Tan Sri Mohd Zubir Amry , alhamdulillah dengan Rahmat dari Allah S.W.T dan keberkatan utusannya Muhammad S.a.w diberi kesempatan berucap di hadapan tuan puan yang dimuliakan. Tidak lupa kepada seluruh ahli keluarga, 13 orang anak,saudara mara,waris terdekat dan rakan-rakan saya dunia akhirat.Tambahan terima kasih juga buat insan bernama guru.

*KERJAYA/BISNES

Selalu Pengerusi merangkap CEO Petronas yang mewakili seluruh sektor dagangan,penapisan,gas,offshore dan onshore untuk Malaysia dan rangkaian Petronas seluruh dunia, dan ucapan terima kasih juga buat seluruh warga kerja anak watan Malaysia yang berusaha siang dan malam memastikan amanah yang diberi pinjam dan menjadi antara aset dan sumber kekayaan terbesar negara ini,dapat dipertahankan dan diinovasikan setiap masa supaya dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan 'Taikun' besar ekonomi.

Bangsa bumiputera terutamanya melayu Islam seharusnya bersyukur dan berbangga dengan pencapaian Petronas menjadi syarikat paling untung,untuk selama 3 tahun berturut-turut yang tercatat dalam majalah Forbes di ranking nombor satu yang menjadi sejarah yang membanggakan buat tatapan anak cucu kita akan datang.

Alhamdulillah dengan sistem zakat dan infaq yang saya cadangkan 5 tahun dahulu (2019) diterima kerajaan, dan pihak syarikat membayar dengan amaun yang betul,dan saya tidak sekali ragu dengan janji Allah, dimana kita 'berbisnes dengan pemilik kekayaan' pasti kita tidak akan rugi.
(Gambar Ketika Pitching Vision 2020-2025 depan Tun M pada 15 April 2019)
Semoga kudrat saya ini dapat Allah beri kekuatan untuk meneruskan momentum ini untuk disambung oleh generasi akan datang.

Semoga Allah Rahmati dan
berkati bumi Malaysia
yang tercinta ini,

Saya akhiri dengan ucapan takbir,
Allahu Akbar, Walillahilham.
MOHD ZUBIR AMRY
Pengerusi Petronas
2024











-Tandatangan-


Sekian Visualization ini,
Semoga pembaca dapat manfaat.