BAB 1

FOREX TRADER selalunya bergantung kepada analisis dalam merancang strategi trading mereka .Ada dua jenis analisis yang secara umum orang tahu iaitu analisa teknikal dan analisa fundamental .Saya tak nak ceritakan bab analisa teknika kerana di malaysia terlalu ramai Masta yg mengajar jadi saya hendak menekankan bab fundamental ..Topik ni mungkin panjang tapi kita akan belajar satu demi satu ya .. Tetapi nnti bila dh hbis saya akn pergi juga ke bab teknikal pula cuma skrg fokuskan kpda fundamental terlebih dahulu .


Analisis fundamental merujuk kepada keadaan ekonomi dan politik yg akn memberi kesan kepada nilai matawang itu .Penggunaan analisis ini memerlukan kita mengunpul laporan berita untuk mendapatkan maklumat tentang pertumbuhan kadar inflasi , kadar pengganguran , polisi ekonomi dan kadar pertumbuhan ekonomi . Tapi jangan khuatir semua ini kerana banyak media yg melaporlan berita-berita ini .Anda cuma lerlu ambil maklumat saja .Tak perlu kaji terlalu mendalam kita bukan nak jadi profesor.

Media yg melaporkan anda boleh rujuk bloomberg ,reuters,bbc dan untuk dara ekonomi boleh rujuk forex factory .

Tujuan kita kumpul maklumat untuk nak sesuaikan dagangan harian kita dgn analisa teknikal yg tlh kita lakukan . Dalam analisis teknikal kita akn menganalisa ekonomi sesebuah negara dari segi sentimen , political , dan juga polisi ekonomi mereka . Analisa fundamental diibaratkan sebagai hala tuju pasaran dan teknikal adalah titik entry point kita samada buy atau sell .



bersambung ~~~