Salam semua trader kental satu Malaysia,

Posting ini berdasarkan isu hangat berkaitan Forex Haram yang dinukil Ustaz Abdul Aziz atau lebih dikenali dengan Ustaz Lariba ( Tak suka Riba' ).

LINK FB Ustaz Lariba

Penulis dan admin sangat mengormati ilmu dan pandangan beliau,manusia ini Allah berikan akal yang waras untuk menilai dan kita dibenarkan berbeza pandangan selagi menjaga aib ,silaturrahim dan tidak melampau batas.

Pelbagai sokongan dan tindak balas trader di ruangan komen,namun admin suka akan fakta,hujah balas dari sahabat Trader saudara Muhaimin A. Ghani yang memberi penjelasan seperti ini : 

Sy jawab secara paling ringkas...

KENYATAAN 1:
Ulasan Lariba: Memetik hadis spt di nyatakan “emas ditukar dgn emas....” [HR. Muslim],

Ulasan Sy: Sy hafal hadis ni sebelum sy trading forex. Hadis ini bukan mengharamkan pertukaran matawang. hadis ini lebih kpd jual beli yg bersikap adil dgn nilai dipersetujui tiada unsur tidak jelas. Jual beli berlaku dari tangan ke tangan adalah sebab masa tu belum berlaku revolusi IT.

Skrg zaman IT, jual beli berlaku secara online tetapi menuju ke arah matlamat yg sama yakni pada kadar yg dipersetujui dan jelas. 

KENYATAAN 2:
Ulasan lariba: Salah melakukan jual beli matawang dgn harapan utk dapatkan keuntungan perbezaan nilai? becanggah dgn objektif penciptaan? 

Ulasan saya: Bank2 negara seluruh dunia mempunyai aset pegangan matawang tertentu (diversity) utk menstabilkan matawang negara mereka akibat turun naik ekonomi semasa. 

sebenarnya, Jual beli matawang ini juga berlaku di peringkat interbank sbg imbangan penukaran adalah perkara normal dalam kitaran ekonomi. Benda ni juga berlaku di peringkat bank pusat yakni pengeluaran/ penerimaan BON lalu beri pinjaman kpd bank2 tempatan dan akhirnya dikreditkan kpd pengguna (rakyat). 

Bererti, sesiapa yg terlibat dgn pinjaman, secara tidak lansung dia terlibat dalam jual beli matawang. Tak percaya, cuba kaji nilai bon bermula dari bank dan akhirnya kpd pinjaman sebenarnya pada kadar berbeza. Sama mcm konsep spread, cuma beza guna bahasa teknikal dan situasi produk saja.

Disini juga berlaku jual beli yakni melalui pinjaman bank sudah berlaku jual beli matawang secara tak langsung. So, benda ni takda isu. Normal. Matlamat penciptaan matawang utk melakukan jual beli barangan dan pertukaran serta keseimbangan ekonomi. nilai jual beli/pertukaran wang mengikut kekuatan ekonomi. 

No issue. tak perlu keliru. Cuba fahami dari sudut ekonomi dgn lebih tepat. 

KENYATAAN 3:
Ulasan Lariba: forex haram li ghayrihi?

Ulasan sy: Pertukaran berbezaan matawang pada asal hukumnya harus krn berbeza matawang tersebut akibat faktor ekonomi. Mengharamkan perkara yg harus itu adalah ucapan bathil. Kecuali ada senarai mudarat serta pengukuran kaedah2. 

KENYATAAN 4:
Ulasan lariba: Haram dan harus bukan berdasarkan ilmu? tidak patuh syariah? 

Ulasan saya: Ucapan bathil berkata demikian. Haram dan harus sesuatu hukum itu adalah bertindak dgn ilmu dan tidak membawa kemudaratan. Sepanjang dlm trading, sy tak pernah menemui kemudaratan besar krn sy trading menggunakan ilmu dgn mengambil kira berita ekonomi semasa. “diantara kemudaratan, pilih kemudaratan paling kecil” 

ULASAN 5:
Ulasan lariba: Trade forex haram dan tidak membersihkan wlwpun keluarkan zakat.

Ulasan sy: Tiada alasan kukuh utk awk mengharamkan forex. sepanjang sy baca kenyataan awk. Seolah-olah awk bercakap benda yg awk tak paham. Sy nasihat, awk perlu cari fakta lain utk mengharamkan forex. Awk tak cukup fakta dlm bab forex trading, sy pikir mungkin ini bukan bidang awk, dan awk cuba bercakap benda diluar bidang awk. Maka akan membawa kenyataan keliru. 

Tetapi sy tak keliru. Bg sy forex trading adalah perkara yg jelas, dipersetujui setiap perkara sebelum masuk ke pasaran. (Tiada unsur penipuan dan penindasan serta paksaan) 

KENYATAAN 6: 
Ulasan lariba: Forex Money changer dibolehkan?

Ulasan sy: Perbezaan forex money changer dan trading online adalah  faktor TEKNOLOGI, matlamatnya sama yakni perbezaan tukar nilai mengikut pasaran semasa. 

apabila mengatakan forex trading haram, maaf saya pikir awk perlu buat kajian terperinci dan menjemput ramai pihak terlibat spt (trader/economist/banker dsb) utk memberi idea/fakta demi mencari jawapan dan halatuju kedudukan industri ini dgn LEBIH ADIL & TEPAT. (Bincang dgn cara cukup korum, bukan ikut pemikiran pihak2 tertentu sahaja demi kepentingan tertentu) 

kenyataan awk berikan di atas tidak mampu utk mengharamkan kedudukan forex trading. Sy pikir awk perlu jalankan lebih ujikaji dan bertanyakan mereka yg ahli dalam bidang ini. (pihak terlibat dgn software & teknikal)

Dalam kajian saya dan trader2 lain, pengalaman serta ilmu ekonomi juga agama yg sy pelajari, sy tak nampak forex trading membawa mudarat besar, kecuali mungkin terdapat (segelintir) pihak2 tertentu yg menggunakan nama forex utk dijadikan skim penipuan punca penyebab industri ini dipandang negatif. 

bahkan sbg trader yg berpengalaman, sy sendiri tak pernah menimpa kemudaratan dlm bidang ini. alhamdulillah. allah berikan sy ilmu utk memahami bidang ini dgn baik. 

Pada awal sebelum penglibatan sy dlm industri trading, sy juga menyangka forex trading adalah haram, selepas beberapa tahun membuat kajian dan penelitian melalui sendiri liku-liku prosedur, sebenarnya forex trading ini satu industri yg bagus kpd ekonomi jika dilaksanakan dgn ilmu dan pedoman. 

saya pikir, utk selesaikan isu HUKUM perkara ini, WAJIB panggil semua pihak terlibat. Tak cukup dgn membuat persepsi 1 kelompok je tanpa mengambil pandangan ahli ekonomi, banker dan juga trader serta broker lain dalam melontar pendapat.

utk menyelesaikan kemelut ini, perlu ada kerjasama dan penglibatan semua pihak yg benar2 berpengalaman dlm bidang ini melontar idea, barulah dapat jawapan yg adil dan bersebab juga berfakta.

Akhir sekali sy jelaskan mengikut kajian sy, terdapat 2 jenis forex trading yakni harus dan haram.

haram sesuatu forex trading itu krn melaksanakan tanpa ilmu dan mempunyai unsur riba, maisir dan gharar serta kemudaratan lain. 

Jika ada mana2 badan pertubuhan yg nk buat kajian/forum/dialog forex secara terbuka dikhalayak umum bg menjawat isu ini secara adil, sy berbesar hati menawarkan diri utk sama2 menyumbang idea dan ilmu. SY ADA BANYAK FAKTA YG BOLEH MENGUATKAN HUJAH BAHAWA FOREX TRADING SEBENARNYA TIDAK SEMUANYA HARAM. 

Ingin saya tegaskan, jual beli matawang bukan hanya berlaku dalam isu currency, tetapi ia juga berlaku dalam bon, commodity dan stock krn 3 perkara ini merupakan elemen “perubahan per second 
& buktinya kecairan tinggi, aliran modal lebih besar berbanding pengembangan aset semasa”.  sbb tu dipanggil trading. Pembelian pengembangan aset lebih kpd saving & fixed deposit low liquidity

ada yg berkata forex haram sbb leverage, swap, spread dsb. bila sy tanya balik, kenapa wujud leverage, spread dan swap. apakah kelemahan dan kelebihan jika ada dan tiada?...maka diam tak boleh jawab secara detail. Sy ada jawapan.

Sy harap, Kerajaan malaysia perlu menyediakan platform ini kpd rakyat malaysia dan menyediakan regulator spt negata luar sekaligus memberi peluang kpd rakyat belajar ekonomi secara mendalam ekoran penglibatan ini. 

sy doakan, semoga allah swt memberkati rezeki sy dalam trading dan sy akan terus trading tanpa rasa was2.  Kita letakkan, allah maha mengetahui dlm setiap urusan. Kpd allah kita berserah segala perkara. 

Jika trading membawa mudarat bg diri anda, sila jauhi...

Jika ia membawa kebaikan tanpa rasa ragu2, sila teruskan.

Sy bukan follower. jika org lain pengkaji, saya juga mengkaji, bukan bercakap tanpa asas.

Jika benar serious nk cerita bab hukum, panggil semua pihak terlibat, bawa berbincang , cerita kaedah yg boleh menjadi haram dan digantikan dgn kaedah yg boleh menjadi harus. Cerita secara detail beserta formula dan dalil serta nas. 

Terima kasih.



(Semoga kita dapat manfaat ilmu dari Ustaz Lariba dan Saudara Muhaimin sendiri )