Di dalam forex terdapat banyak pasangan matawang @ pairs. Pairs yang biasa didagangkan ialah GBP/USD, EUR/USD, USD/JPY, AUD/USD dan USD/CHF. Apakah maksud di sebalik pairs ini?



-BASE CURRENCY dan QUOTE CURRENCY

BASE currency adalah matawang di sebelah KIRI, manakala QUOTE currency pula matawang di sebelah KANAN. Contohnya, dalam pairs GBP/USD, GBP = Base manakala USD = Quote. Jika harga GBP/USD ialah 1.5600, ini bermaksud: Untuk mendapatkan GBP 1.00, anda memerlukan USD 1.56. 

Secara ringkasnya, forex pairs menunjukkan BERAPA QUOTE CURRENCY YANG DIPERLUKAN untuk MENDAPATKAN 1 UNIT BASE CURRENCY. 



-PERGERAKAN HARGA PASANGAN MATAWANG

Seperti yang kita boleh lihat dalam chart, harga forex pairs berubah-ubah setiap detik. Ia akan TURUN dan NAIK 24 jam sehari, 5 hari seminggu. Apakah yang menyebabkan harga sesuatu pairs itu naik, turun atau tidak bergerak? 

Kali ini, kita akan menggunakan contoh EUR/USD pula. Katakan harga EUR/USD ketika ini 1.1300. Jika harganya melonjak ke 1.1500, apakah yang telah berlaku?  

JAWAPAN: Matawang EUR MENGUAT. Bagaimana kita nak tahu pairs mana yang menguat atau melemah? Masih ingat konsep Base dan Quote currency? 


Sebelum ini, EUR 1.00 = USD 1.13. Sekarang, EUR 1.00 = USD 1.15. Ini bermakna, anda perlu membayar LEBIH sebanyak USD 0.02 untuk mendapatkan 1 EUR. Inilah yang dikatakan EUR MENGUAT dan USD MELEMAH kerana anda perlu membayar LEBIH USD untuk mendapatkan EUR 1.00.  (Anda hanya perlu tahu matawang mana yang menguat sahaja. Ini kerana apabila satu matawang menguat, secara automatik matawang yang satu lagi melemah). 

Bagaimana pula jika harga EUR/USD turun? Ini bermakna USD pula yang MENGUAT. CONTOH: Mula-mula harga 1.1200. Sekarang dah jadi 1.1000. anda JIMAT sebanyak USD 0.02 untuk mendapatkan EUR 1.00. Dalam chart, kita akan nampak harga EUR/USD menurun. Ini bermakna USD telah menguat kerana anda memerlukan KURANG USD untuk mendapatkan EUR 1.00. 

Tak kira apa pun pairs yang anda kaji, sentiasalah ingat konsep Base and Quote currency supaya anda tahu kenapa sesuatu pairs itu naik atau turun. 

Secara asasnya:
-Jika price sedang NAIK, maknanya BASE Currency sedang MENGUAT  
-Jika price sedang TURUN, maknanya QUOTE Currency sedang MENGUAT