 EW sangat kompleks, di dalam setiap wave ada lagi wave di dalamnya. Susah nak pastikan samada ia berada di dalam major wave atau minor wave. 

 Satu wave memakan masa yang panjang untuk dilengkapkan. Maka, EW menuntut pengorbanan masa dan modal yang besar, kerana SL anda juga perlu seiring dengan saiz wave EW itu sendiri 

 EW count sudahpun banyak dibuat oleh para professional trader. Anda hanya perlu pergi ke website mereka dan rujuk secara PERCUMA. Jadi, anda tidak perlu mengira sendiri wave tersebut. Salah seorang daripada mereka ialah JAMIE SAETTELE daripada www.dailyfx.com. 

 Wave counting tidak akan sama bagi setiap orang kerana ia sangat subjektif. Terdapat gurauan mengenai EW, di mana jika anda menyuruh 10 orang membuat EW count, mereka akan memberikan 10 count yang berbeza!! 

 EW count kadang-kadang tersasar daripada apa yang dijangka disebabkan oleh Throwover (price bergerak melepasi jangkaan pergerakan wave akan berhenti). ANDA AKAN RUGI BESAR JIKA PERKARA INI BERLAKU!!!


Semoga anda telahpun mendapat serba sedikit idea mengenai EW. Sekali lagi diberitahu  kenapa ramai tidak menggunakan EW di dalam trading adalah disebabkan oleh faktor-faktor di atas. 

Kepada sesiapa yang ingin mendalami teori EW, kami syorkan anda baca ebook / buku tulisan 

'Robert Balan : Elliot Wave Theory Applied To Foreign Exchange'. 

Ia sebuah buku yang bagus jika anda ingin kenal EW dalam forex dengan lebih mendalam.