Sebagaimana nama yang diberikan, PARABOLIC STOP AND REVERSE @ PSAR menunjukkan di mana price akan stop dan seterusnya membuat reversal.
Ianya sangat-sangat mudah untuk digunakan. BUY apabila titik P-SAR muncul DI BAWAH, dan SELL apabila titik P-SAR muncul DI ATAS. Senang sahaja kan? Setting yang biasa digunakan : Step = 0.02 dan Maximum = 0.2
Dalam rajah di atas, pada mulanya Uptrend sedang berlaku. Jadi titik-titik P-SAR berada DI BAWAH price semasa. Signal seterusnya ialah apabila Titik P-SAR muncul DI ATAS price, menandakan Downtrend akan berlaku.
Apabila titik pertama DI ATAS PRICE muncul, trader akan enter SELL @ SHORT di sini. Post akan ditutup apabila titik P-SAR muncul semula di bawah price semasa @ di posisi yang bertentangan.
0 Comments