KATEGORI PERGERAKAN PAIRS

Terdapat 3 Kategori pergerakan pairs iaitu PERLAHAN, SEDERHANA dan LAJU. Ia ditentukan oleh “Julat Harian @ Daily Range” sesuatu pair, samada ia bergerak banyak atau sedikit dalam sehari. Contoh-contoh pairs adalah seperti berikut: 


PERLAHAN  – EUR/GBP, NZD/USD ( < 100 pips sehari ) 

SEDERHANA – GBP/USD, USD/JPY, EUR/USD ( 100 – 200 pips sehari ) 

LAJU    – GBP/JPY, EUR/NZD, GBP/AUD ( > 200 pips sehari ) 


PETUA MEMILIH PAIRS UNTUK DI TRADE


1) TRADE KESEMUA MAJOR PAIRS, kerana pairs ini sangat popular di seluruh dunia. Maknanya, chart yang anda tengok adalah sama dengan chart yang orang lain tengok. Maka, analisis anda seperti SNR, Trendline dan sebagainya boleh dirujuk di dalam forum-forum internet untuk membuat semakan bagi mendapatkan lebih kepastian. 


2) PILIH PAIRS YANG SPREAD NYA RENDAH. Ini bergantung kepada broker anda. Spread merupakan salah satu kriteria yang perlu dikaji semasa proses pemilihan broker. 


3) TRADE PAIRS BERKELAJUAN SEDERHANA, kerana ia lebih selamat. Pairs yang bergerak terlalu perlahan akan melambatkan penjanaan keuntungan, manakala yang terlalu laju pula akan menyebabkan SL anda dicecah dengan selamba. Pairs yang bergerak SEDERHANA boleh memberikan anda profit lumayan secara berterusan, dan dalam masa yang sama tidak memerlukan SL @ risiko yang besar. 

Pairs yang berkelajuan sederhana ialah MAJOR PAIRS. Fokuskan trade anda kepada major pairs. Itu sudah memadai untuk mendapatkan profit yang berterusan.