PENGAMBILAN DAN PENOLAKAN RISIKO


(RISK APPETITE and RISK AVERSION)


Kedua-dua istilah di atas sering disebut di dalam laman-laman web berkaitan forex. Sebelum kami jelaskan apakah maksud istilah-istilah tersebut, kami akan terangkan kenapa USD mendominasi pasaran forex. 

USD, atau Dollar Amerika Syarikat, dianggap sebagai “matawang paling selamat” untuk dilabur dalam forex ketika pasaran berisiko tinggi. Di dalam bahasa Inggeris, USD dikenali sebagai “Safe Heaven”. Sekiranya keadaan pasaran kurang berisiko, mereka akan melaburkan dana mereka ke dalam matawang-matawang berfaedah tinggi, seperti AUD dan NZD. 

RISK APPETITE berlaku apabila para pelabur berpendapat keadaan pasaran adalah stabil dan kurang berisiko. Jadi, mereka akan melaburkan matawang mereka kepada matawang berfaedah tinggi. Kesannya? USD akan menjadi LEMAH, manakala matawang-matawang berfaedah tinggi (seperti AUD & NZD) akan MENGUAT. 

RISK AVERSION pula berlaku apabila para pelabur merasakan keadaan pasaran adalah volatile dan sangat berisiko, maka kemungkinan mereka ditimpa kerugian adalah tinggi. Oleh itu, mereka akan memilih untuk melabur ke dalam matawang USD. Kesannya? Matawang USD akan MENGUAT, dan pasangannya akan MELEMAH.

Kadangkala, tentu anda tertanya-tanya, “Kenapa matawang lain jatuh tetapi USD tetap meningkat naik?”. INILAH SEBABNYA. Ingat, jika pasaran berisiko, para pelabur akan memilih USD. Jika pasaran stabil, matawang berfaedah tinggi menjadi pilihan. Ini merupakan salah satu penggerak harga pasaran. Jadi, jangan lupa untuk mengikuti perkembangan ekonomi semasa. Okay?