STOCHASTIC @ Stoch digunakan untuk melihat samada market telah Terlalu Banyak Dibeli (OVERBOUGHT - OB) atau Terlalu Banyak Dijual (OVERSOLD - OS). Apabila market telah OB, ada kemungkinan ia akan mula dijual, lalu mengakibatkan price turun. Jika market OS pula, trader akan mula membeli dan price akan naik. Trader akan hold position mereka sehingga market menjadi OverSold / OverBought semula. Setting Yang Biasa Digunakan : %K = 5, %D = 3 dan Slowing = 3. 

Stoch menggunakan MA kecil (garisan kuning) dan besar (garisan putusputus). Post akan dibuka apabila MA kecil bersilang dengan MA besar. Biasanya, Level 20 dan 80 akan digunakan sebagai petunjuk OverSold dan OverBought. Jika kedua-dua MA berada di bawah 20, tandanya market sudah OverSold. Jika ia berada di atas 80 pula, maknanya market sedang OverBought. Contohnya seperti berikut: 





Stoch menunjukkan MA berada di bawah level 20, menandakan market sedang OverSold. Post BUY akan dibuka di sini sebaik sahaja MA kecil mendahului MA besar. Post akan ditutup apabila market menjadi OverBought (Level > 80). Satu lagi cara untuk close position ialah apabila MA kecil bersilang kembali dengan MA besar.