Apa itu Pip Hijau ?
SAYA KURANG MAKLUMAT :

Piphijau.com

Dimulakan pada tahun 2008, penulis (Cikgu Along) merasa terpanggil dan Fardu Kifayah bidang ini perlu kajian yang mendalam bagi membantu masyarakat diluar yang sering dianiaya skim cepat kaya dan scammer yang mengambil kesempatan.

Disaat yang sama Kerajaan dan Muzakarah Fatwa mengharamkan bidang ini dilaksanakan oleh individu,namun dibenarkan kepada Bank dan entiti yang diberi kebenaran dan lesen.

Agak mengecewakan Fatwa memilih bulu, dibenarkan dan HALAL pada bank dan perusahaan elit diberi lesen ,HARAM dan tak digalakkan pada individu rakyat marhaen yang sering ditindas tanpa siapa peduli.

Hanya segelintir cendikiawan dan ulamak bidang perbankan yang menyokong dan memberi pandangan neutral pada bidang #Teknologi yang agak Fresh ketika itu (2005-2008) yang digelar Micro Bank Elektronic atau Brokerage. Hari ini  sudah ada entiti lebih moden yang digelar #Blockchain yang masih lagi menjadi perselisihan pandangan.


Manakala majoriti orang lama saham mempertahankan bidang baru ini tak betul,unsur meragukan dan alasan-alasan berdasarkan penyakit hati,memetik point-point muzakarah yang terang2 berat sebelah dan pilih bulu.Pada ketika itu kami Piphijau tak diberi peluang bersuara.Siapalah kami yang baru nak berjuang.Teringat kisah dendam Azazil dari Api yang menjadi ketua Malaikat ,dimana Allah ciptakan Adam a.s dari tanah ,bermulalah kisah takabbur Iblis.

Agamawan juga berbeza pandangan mengenai isu patuh syariah teknikal analisis online berdasarkan beberapa hujah dan risiko bidang dagangan matawang online.Kami juga setuju bidang ini dipanggil “grey area”,masih dalam kajian dan bukannya terus menetapkan hukum Haram.

Alangkah dahsyatnya sangkaan dan mulut yang menghukum rezeki kami trader FX sebagai hasil riba’ bagi anak bini makan,sedangkan ilmu teknikal ini sayugia sama jua dengan ilmu stock dan saham konvensional.
Ada jutaan trader di Asia dan ratus juta seluruh dunia.Mereka dibiarkan bergelumang dalam komisyen riba’ dan swap tanpa ada yang peduli akan isu ini.Piphijau memulakan langkah cakna dengan berkongsi ilmu dan maklumat yang jelas,tepat dan adil dengan sejujurnya.

Di masa yang sama, anak-anak muda belasan tahun di U.S , German , U.K , Jepun dan serata dunia berlumba-lumba menimba ilmu FX,CFD,Futures,Fund, dimana kerajaan mereka membenarkan dengan menubuhkan Broker yang dikawal selia negara masing-masing dengan perlesenan yang ketat.

PASTIKAN ANDA MENDAPAT PIP HIJAU SENTIASA.

UNTUK BELAJAR LEBIH ADVANCE SILA KE :
FOREX PIPHIJAU