Salam semua,
Hari ini along nak kongsikan sesuatu yang diluar jangkaan along.Banyak mengubah persepsi hidup along mengenai keyakinan kita bulat-bulat hanya pada Allah s.w.t
Bertemu Guru Amalan kesogehan @ sugeh (bahasa banjar) @ kekayaan.
Anda boleh lihat artikel along tulis sebelum ini
Amalan kesogehan
Guru ke 4:
Tuan Guru Haji Zakaria
Dipendekkan cerita,setelah beliau approve fb friends.
Along dengan selambanya mohon tunjuk ajar personel dan beliau setuju.
23/9/2013 (Isnin) Lepas Isya' di rumah beliau.
Apa yang along belajar.Secara ringkas.
1.Beliau mempunyai ribuan anak didik.Beliau jarang orang jumpa personel di rumah melainkan orang-orang tertentu yang dikenali.Antara maghrib dan Isyak.
Malunya Along. :)
2.Beliau bagitau along ni "mabuk" atau "gaduh".Dan saya setuju sangat-sangat.Sebab itu saya perlukan nasihat dan bimbingan orang seperti beliau.
3.Beliau nasihat along perbanyakkan zikir "Lailahaillallah"
dan yang lain-lain anda boleh like page beliau Munajat Rezeki Ilahi
Antara yang beliau tekankan :
(NO:10) TABUNGAN ANAK YATIM..
Di suatu
hari, kira-kira 10 tahun yang lalu, sebaik aku tiba di rumah
(Terengganu) dari program ceramah di Johor Bharu, aku didatangi oleh
seseorang yang aku tidak kenali untuk mencari dana 'tabungan'. Tanpa banyak
soal, aku menyeluk saku dan menyerahkan apa yang ada dalam poketku
waktu itu, sebanyak RM 11.00. Selepas menerima wang itu, dia bertanya
kepada ku.. "Mahukah kamu aku ajarkan kepada kamu suatu ilmu yang kamu
akan menjadi kaya raya?" dia menceritakan cara-caranya iaitu, dengan
menyediakan satu tabungan untuk anak-anak Yatim & golongan yang
memerlukan sejumlah paling minina RM 1.00 sehari, atau RM 3.00 sehari,
atau RM 7.00 satu hari..
Aku masih ingat peristiwa itu dengan
jelas, malah aku, ahli keluargaku serta beberapa orang rakan-rakan
terdekatku terus mengamalnya hingga ke hari ini. Beliau mendapat arahan
dari gurunya yang juga murid kepada salah seorang tokoh dalam gambar di
bawah. Selepas beberapa hari, guru beliau tersebut yang mengendalikan
sebuah pondok di Malaysia telah pulang ke rahmatullah. Selepas beberapa
bulan, hamba Allah ini juga telah meninggal dunia. Kami meneruskan
'Tabungan' ini dan membahagikan kepada mereka yang kami fikirkan layak.
Memang benar,bebeapa orang yang mengamalkan tabungan ini, jelas sekali
peningkatan rezekinya dalam kehidupan yang melimpah ruah..
Bagi
kami sekeluarga, kami melakukan dengan satu niat untuk melatih diri
sambil membantu mereka yang memerlukan. Dengan munculnya dan
'digerakkan' oleh Ustad Fadzlan, melalui 'Kitab Besi' ini, maka pada
hari ini, aku mengambil keputusan, bahawa sudah tiba masanya aku
berkongsi ilmu ini dengan saudara-saudaraku sekalian yang membaca apa
yang aku tuliskan ini. Persoalannya ialah YAKIN. Aku sendiri amat
yakin walaupun aku tidak pernah bersua muka, apatah lagi untuk berjabat
tangan dengan mereka2 yang berwajah hebat dalam gambar di atas.
Anda boleh mulakan hari ini, atau pada bila-bila waktu anda telah
bersedia. Keluarkan jumlah yang anda telah pilih: samaada RM1.00
/RM3.00 atau RM7.00 dan kumpulkan. Sekirannya anda terlupa, gandakan
pada keesokan harinya. Dalam erti kata lain, amalan ini perlu dibuat
setiap hari secara berterusan. Di hujung bulan, anda boleh menyalurkan
wang itu kepada aku untuk aku uruskan kepada mana-mana golongan yang
berhak. Tugasan ini telah aku lakukan sejak kira-kira 10 tahun yang
lalu.
Dengan adanya seruan dari ustad Fadzlan dari Papua ini,
lalu aku melakukan "Munajat Rezeki Ilahi" memohon kepada Allah agar
menggerakkan hati sesiapa sahaja yang mahu memulakan amalan mulia ini.
Agar mereka yang "menunggu" seperti Ustad Fadzlan dan yang lain-lain
dapat menjalankan tugasan mereka dengan lebih lancar. Walau 'Guru Tua'
dalam gambar ini telah tiada,(YANG BERKOPIAH) aku akan lakukan sebagaimana amanahnya..
Insya Allah..
Tabungan boleh di buat di:
Bank: Bank Simpanan Nasional (BSN)
No Akaun: 11111 2900 0118 134
Penerima: ZAKARIA BIN MOHAMAD
Whatsapp/SMS: 012-5115474
0 Comments