Salam semua, Mari kita kenali ,anda mentaliti trader di tahap mana
Peringkat 1
Anda dengan yakinnya membuka akaun dan terus menjadi seorang trader
kerana anda mengatakan dengannya anda mampu menjana wang sehingga
mengalahkan pendapatan seorang ketua pengarah di syarikat2 yang
besar.Lagipun sebelum ini di akaun “Demo” anda mampu membuat keuntungan
sehingga 3 kali ganda dari wang modal anda..Anda mungkin sudah biasa
membuat keuntungan dengan hasil yang sangat menakjubkan 100 point
-200point sehari.Namun anda tidak pernah sedar yang semua itu hanyalah
tuah permulaan anda.Dengan 1 indikator saja,bahkan dengan firasat anda
sahaja bila membaca artikel artikel yang berkaitan saikologi trading
anda sudah memperolehi profit dengan mudah.
Namun sayangnya
market mula mengalahkan anda selepas itu. Faktor “Tuah” @ luck yg
menyebelahi anda kini berubah.Anda mula mengalami kerugian demi
kerugian.Anda Cuba bertahan sehingga margin(modal) anda habis dan anda
tidak dapat lagi bertahan.Anda sama sekali tidak menyedari bahawa anda
tidak ada kemampuan untuk trading ,Sebaliknya anda tetap mengira yang
anda boleh melakukannya walaupun semua fakta mengatakan sebaliknya.Anda
yakin anda seorang yang istimewa ,orang yang mampu mendapatkan kunci
kekayaan dari forex.Dan anda tidak menyedari bahawa 90% trader yang
gagal juga mempunyai perasaan seperti anda.Anda tidak mempunyai method
atau system yang lengkap ,anda hanya dikuasai oleh emosi anda
sendiri,anda selalu melawan market kerana perasaan marah anda.anda
selalu mengambil keuntungan dalam jumlah yang kecil,atau membiarkan
keuntungan yang anda sedang perolehi bertukar menjadi kerugian kerana
emosi anda dikuasai rasa tamak anda.Emosi anda akan membuatkan berapa
saja modal yang anda gunakan habis dan terpaksa ditambah selalu…
90% mereka mereka yang berkecimpung didalam kerjaya forex akan sampai
ke level ini sahaja..Mereka biasanya menjadi bankrap ,berhenti trading
dan menggangap apa yang terjadi hanyalah mimpi buruk belaka.Sebahagian
lagi tetap berkeras dan terus mencari modal dari orang lain dan trading
seperti orang yang hilang akal,dalam seminggu dua modal yg mereka
perolehi dari orang lain itu habis lalu mereka terus mencari mangsa
seterusnya..Mereka masih mengaku yang mereka seorang “Trader” dan
biasanya mereka akan membuka pejabat broker sendiri @ bekerja dipejabat
broker yang lain untuk terus mendapatkan modal .Hanya faktor “waktu”
,Sampai bila mereka dapat bertahan dilevel ini,dan waktu selalunya
menang…90% trader ada di level ini dan hanya 10% akan meneruskan kerjaya
mereka keperingkat seterusnya…
Peringkat 2
Pada
level ini anda mula menyedari bahawa anda sebenarnya tidak tahu trade
dengan betul dan,anda tidak pun memiliki kebolehan untuk trading yang
dapat menghasilkan profit secara konsisten dan anda tahu
sebabnya..Ditahap ini,dalam hati anda akan diselubungi "Hasad" dan
menilai orang lain lebih rendah ilmu dan harta berbanding anda.Timbullah
fitnah yang anda lihat "koyak kecil"kekurangan trader lain sedangkan
baju sendiri "koyak rabak" akibat ego dan "berasa" diri Sgt tinggi ilmu.
Anda sedar selama di level satu semua yang terjadi adalah dibawah
pengaruh emosi anda sendiri yang tidak dapat berfikir secara waras.
Maka anda mula mencari sesuatu yang dipanggil “Holy Grail”.(system
trading yang sempurna iaitu system yang tak pernah rugi bila digunakan )
Anda mula membeli sistem2 yang ada di internet,anda membaca semua
website yang ada tentang trading mulai dari USA UK Australia Europa
sampai ke Russia.Anda baca semua ebook yang ada,Anda akan praktikkan
semua system yg terdapat dimuka bumi ini yang anda perolehi,Anda menjadi
seorang yang dahagakan ilmu seperti seorang pengembara di gurun sahara
yang dahagakan air.. Pada level ini anda akan membaca semua secara
terperinci tentang indicator,Anda akan menguji semua indicator yang ada
di software trading anda,Bahkan anda mungkin akan membuat indicator
sendiri (Biasanya gabungan 2 @ 3 indicator) Anda akan bermain main
dengan Moving average, Fibonacci lines, Pivot ,Divergence ,DMI,ADX
Bollinger bands dan keseluruhan indicator yang ada.
Anda tahu
bahawa market terlalu rumit untuk dijangka dengan menggunakan hanya
dengan 1 indicator sahaja.Anda tahu gabungan ideal dari setiap indicator
itu.Anda tahu ketepatan dan kelemahan indicator tersebut.Anda akan
mencuba TOP dan BOTTOM dari market dengan indicator tersebut,Kekadang
anda akan bergabung dengan mana mana forum @ chat room trader dan
bertanyakan apa apa yang anda tidak faham tentang forex pada trader yang
lebih senior. Pada penghujung level ini anda akan mendapatkan 5 -10
sistem yang agak lengkap dan mencuba mencari yang mana antaranya paling
sesuai dan terbaik yang bakal anda gunakan.Dari 10% trader yang ada
dilevel ini hanya sekitar 7% yang berjaya ke peringkat ketiga.
Peringkat 3
Pada akhir peringkat 2 anda menerima hakikat bahawa punca kegagalan
anda bukan terletak di sistem.Anda menyedari bahawa anda boleh mendapat
keuntungan walau hanya menggunakan moving average sahaja tanpa indicator
lain ( system yang begitu simple) jika anda betul betul menggunakan
akal anda dan risk management yang sepatutnya. Anda mula membaca
buku tentang saikologi trading atau artikel2 berkaitan dengannya.Dengan
memahami isi kandungannya maka akhirnya anda sebenarnya sudah memasuki
peringkat pencerahan. (menghampiri kejayaan).Peringkat pencerahan ini
membuat otak anda menyedari satu hal yang penting ,Didunia ini tidak ada
seorang pun yang mampu menjangka secara tepat apa akan terjadi pada
pergerakkan market 30 minit kedepan.
Maka anda mula menguasai
satu system trading dan memodifikasinya sehingga sesuai dengan peribadi
anda.dan mampu menjana lebih banyak keuntungan daripada kerugian.Anda
mulai trading jika anda tahu kemungkinannya untuk mendapat profit lebih
besar dari lost dan juga bila ada signal dari system anda yang
membenarkan anda berbuat demikian.Anda juga akan menggunakan stop lost
kerana anda sedar stop loss adalah risiko bisnes yang ada didunia
trading.
Ketika stop lost yang anda pasang kena, anda tidak
emosi kerana anda tahu tak seorang pun yang boleh mengjangkakannya..dan
itu bukan kesilapan anda.Trading yang seterusnya akan meningkatkan
kemungkinan profit kerana anda sedar system anda memberi lebih profit
dari lost.Anda sedar bahawa didalam dunia trading hanya ada beberapa
perkara terpenting yang perlu di ambil kira dan tak boleh dipandang
ringan ,iaitu konsistensi ,saikologi trading ,Risk Management dan yang
terpenting adalah displin anda sendiri dalam melakukan jual beli
forex.Anda mempelajari tentang Risk Management 2% yang digunakan
kebanyakan proffesional2 traders di seluruh dunia.Dalam hal ini ia
memberi peringatan kisah 2@3 tahun yang lalu ketika ada yang
menasihatkan perkara yang sama pada anda tentang risk ini tetapi tak
pernah anda endahkannya..Ketika itu anda belum matang dalam trade tetapi
sekarang anda sudah berubah dan lebih bersedia. Dari 7% trader yang ada di peringkat ini hanya sekitar 5% berjaya menuju ke peringkat seterusnya…
Peringkat 4
Ok sekarang anda hanya trade bila system anda membenarkannya. Anda
tidak teragak agak untuk cut lost bila anda fikirkan wajar berbuat
demikian dan tanpa ragu ragu begitu juga sebaliknya bila anda ambil
profit kerana anda sentiasa sedar system anda memberikan keuntungan
melebihi kerugian pada jangka masa panjang.Di peringkat ini anda mulai
target keuntungan anda hanya dengan 20-30 pip dalam sehari.dan setelah
anda mampu melakukannya secara konsisten selama beberapa minggu anda
meningkatkan lagi target sehingga ke 40 pip sehari dan akhirnya semua
ini biasa buat anda.
Anda masih harus bekerja keras untuk
sentiasa memperbaiki system anda, menguasai emosi dan melaksanakan Risk
management yang anda pegang. Peringkat ini berjalan antara 4-6 bulan. Dari 5% trader hanya sekitar 3% yang sanggup maju ke peringkat seterusnya..
Peringkat 5
Nah , sekarang anda sampai di peringkat teratas,,Peringkat yang paling
diharapkan oleh seluruh trader didunia ini.Diperingkat ini anda trade
secara semulajadi.Anda menguasai semuanya.Anda dapat menari bersama
pergerakkan market walau turun @ naik.Kemana pun arah market bergerak
anda telah pun menunggu di posisi yang betul .Anda hanya tunggu dan
melihat profit anda bergerak dari 2 digit ke 3 digit..
Ini lah
peringkat kemuncak seorang trader, Inilah kejayaan sebenarnya.Anda telah
menguasai emosi anda dan sekarang anda trading dengan akaun yang terus
membesar setiap hari dari compounded profit yang anda perolehi Anda akan
jadi bintang di trading chat room, dan orang orang akan mendengarkan
apa yang anda katakan,Anda kenal dengan pertanyaan mereka kerana anda di
kedudukan mereka satu masa dulu.Anda akan memberikan nasihat dan
pedoman ,Namun anda tahu kebanyakkan dari mereka tidak akan
mendengarkannya kerana meraka masih di Peringkat 1..
Anda tidak
mempunyai masaalah kewangan lagi.Anda mampu membeli segalanya yang anda
idamkan selama ini.Anda mampu membeli pulau dan trading disana asalkan
ada jaringan internet.Anda boleh pindah ke hotel 5 bintang dan menjadi
penghuni tetap disana.Anda mempunyai pendapatan seperti seorang
superstar.Anda boleh membuat buku sendiri.Anda boleh trading dengan
margin (modal) yang tanpa batas dan akaun anda akan menjadi berlipat
kali ganda ..Hanya 3% sahaja trader yang boleh sampai ke peringkat ini
Sekarang anda tahu anda dimana.Semakin tinggi ilmu,semakin banyak manfaat
untuk Orang lain dan semakin dekat "Dagu ke Dada" bila di khalayak
Semakin banyak profit semakin kita takut dipertanggung jawab oleh Allah atas kemana pergi setiap sen yang anda dapat T_T
0 Comments