Salam 10 malam Ramadhan terakhir 1435 hijrah,semoga Allah memberi kita ganjaran lailatulqadar buat hambaNya yang terpilih.

Alhamdulillah,dengan IzinNya impian penulis melihat orang yang berkata benar mengenai perbankan Islam,sebelum ini secara berulang kali penulis(along) selalu tegaskan dalam setiap seminar sogeh profit(forex analysis consultant) bahawa sistem perbankan Islam di Malaysia mahupun diluar negara mempunyai unsur melampau batas atau penganiyaan muamalat yang jelas,namun atas sangka baik sesama Islam,setiap peminjam perbankan islam di negara ini dengan akur dan terpaksa meng"angguk" atas setiap ketetapan tatacara "rules" perbankan ini.

Walaupun dalam hati hampir semua atau setiap peminjam pasti ada soalan yang tak terjawab "Kenapa perbankan Islam jika dibanding dengan perbankan konvensional kadar faedahnya lebih tinggi berganda?"

Atas dasar membantu ekonomi perbankan Islam,mulut kita semua umpama dikunci?
Adakah ini cara muamalat yang benar-benar di anjur nabi s.a.w?
Pasti setiap kita ada pelbagai jawapan mengikut tahap ilmu masing-masing.

Tahukah anda hampir setiap bank melakukan ROMPAKAN secara terang-terangan dan BESAR-BESARAN kepada peminjam yang BODOH sombong secara SEDAR.


Akhirnya,dengan Rahmat dari Allah sistem ini dibongkar dan dijelaskan dengan detail oleh bekas CEO bank Muamalat,Malaysia ,Dato' Abdul Manap pada 15 Mac 2014 di Universitas Muhammadiyah Yogyakarta,Indonesia.
Menyentuh Tajuk "Jual Beli dan Perbankan Islam"


Setelah agak lama berdiam diri,beliau akhirnya membongkar beberapa perkara yang disembunyikan oleh sistem perbankan Islam yang 'Hadhari' di luarnya dan pada namanya,namun maaf cakap lebih riba' dari sistem konvensional yang diperkenalkan yahudi.

Ada 2 perkara yang menjadi doa penulis:
1.Sistem perbankan Islam dilaksanakan dengan adil,tidak melampau batas,tidak ada perkara yang diselindungkan atau dipaksa dan sudah semestinya lebih baik dari konvensianal.

2.Sistem zakat dan infaq dibayar dengan nilai yang betul dan wajar kepada yang berhak memilikinya terutamanya syarikat "intan,payung negara kita" PETRONAS dan janji Allah benar bahawa setiap yang dizakatkan dengan nilai yang betul sudah semestinya akan dibersihkan harta manakala yang diinfaqkan akan membuatkan keuntungan syarikat berganda.Ianya lebih baik dari penganjuran yang membazir wang rakyat.


Sila teliti dan catit setiap ilmu dalam video kurang satu jam di bawah.

Semoga bermanfaat dan dibuka mata hati atas setiap fitnah kewangan yang membelenggu umat Islam dan buat merawat hati lebih dekat pada yang Maha Esa.