Salam Merdeka buat semua,

Hari ini along akan sambung Pelajaran #12

Kepada yang tertinggal akan ilmu pelajaran dari #1 hingga #11 teknik forex anda boleh daftar percuma di ARIONXM (branding piphijau untuk pasaran Nusantara )di mana along dan Dato' Fadino akan bergabung,menghidangkan modul ilmu forex asas secara percuma dan tawaran coaching advance dengan harga yang berpatutan dan ilmu yang berkualiti.

Baiklah,kita sambung semula pelajaran hari ini mengenai asas Price Action

Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan price action dalam forex?


Jika diertikan secara terjemahan, price action bererti pergerakan harga.


Price action trading boleh diertikan trading dengan lebih "marking" pada pengamatan pergerakan harga itu sendiri. Dengan demikian keputusan untuk entry ataupun exit lebih didasarkan pada perubahan pola, bentuk atau setup formasi bar candlestick.

 
Trading dengan cara ini tidak menggunakan indikator teknikal yang dianggap lagging atau selalu ketinggalan terhadap perubahan harga pasaran. Alat bantu teknikal hanya yang "basic" iaitu pada indikator moving average, garis-garis horizontal dan garis-garis level Fibonaci  retracement untuk membantu menentukan arah trend dan level-level support maupun resistance.

Price action "trader" sangat obses bahawa perubahan sentimen di pasaran dalam jangka waktu tertentu telah berulang dalam pola analisis tertentu, bentuk atau setup formasi candlestick.

Price action tidak boleh dianggap 100% benar dalam analisa teknikal kerana sangat sedikit sekali menggunakan indikator teknikal atau yang biasa along gunakan dalam mengajar di khalayak iaitu menggunakan "naked chart"
Selain itu berita-berita forexfactory atau analisa fundamental yang kebiasaannya menggerakkan harga juga tidak begitu diperhatikan kerana dianggap telah direfleksikan oleh pergerakan harga itu sendiri. Kebanyakan price action trader menggunakan analisa fundamental hanya untuk mengetahui perubahan sentimen yang besar terutamanya "Red News".
Antara chart price action trader dengan chart technician trader

Selain indikator teknikal dianggap lagging, price action trader menganggap chart dengan banyak indikator akan cenderung membuat kesilapan untuk dianalisa, membingungkan dan  terjadi konflik interpretasi antara indikator. Pasti anda pernah membaca pelbagai ilmu forex di internet atau ebook yang dijual oleh guru forex,namun analisis yang dibaca dibuku 80% daripadanya pasti berlawanan daripada apa yang kita lihat di depan mata.

Oleh itu,tugas along sebagai tenaga pengajar ilmu forex ini banyak menekankan tentang pentingnya tambahan ilmu psykologi yang digarap dengan keyakinan bahwa setiap rezeki telah ditetapkan oleh Pemilik langit dan bumi.

Menentukan trend pergerakan harga.
Kerana trading dengan price action sangat bergantung pada perubahan trend , bentuk atau setup formasi bar candlestick, maka sangat penting along ingatkan untuk kita sebagai trader mengetahui arah pergerakan trend
(Kebiasaannya ,ramai trader tidak mengetahui samada trend sekarang bearish atau bullish)

Adakah waktu ini pasaran sedang trend atau sideways?

Jika sedang trending, uptrend atau downtrend? Jika sedang ranging atau merata, perhatikan level resistance dan support.Dimanakan entry yang sesuai.

Kebanyakan price action trader entry pada waktu pasaran "trending" kerana kebarangkalian signal trading yang dihasilkan lebih tinggi dibandingkan dengan pasaran yang sedang merata.

Jika range ranging cukup sempit, dan pergerakan harga cenderung ‘choppy’ (range yang sempit dan tidak menentu), maka sebaiknya kita tidak masuk entry.

Ketika pasaran bergerak trending (uptrend ataupun downtrend), terdapat titik-titik swing (swing points) yang merupakan titik-titik rujukan untuk memastikan arah trend . Cara yang paling mudah untuk menentukan trend adalah dengan melihat "marking horizontal" yang dibentuk oleh titik-titik swing.









Jika pasaran bergerak uptrend, maka titik-titik swing akan membentuk pola higher high atau level high yang lebih tinggi dari level high sebelumnya dan higher low atau level low yang lebih tinggi dari level low sebelumnya.

Semoga ilutrasi di atas ini memudahkan anda memahami ilmu forex.
Menuntut ilmu itu harus,dan semoga ilmu ikhtiar hidup teknikal analisis ini diberkati Allah s.w.t
Amin.