Salam Aidiladha buat semua,
Gambar 1- Majlis Pengawasan Syariah Bank Islam
Gambar 2 - Lembaga Pengarah Bank Islam
Hari ini penulis mengemukakan dua soalan dan keluhan dari rakyat dan 2 jawapan dari pihak perbankan Islam dimana mereka ini "ahli" dalam bidang muamalat dan syariah.
Soalan dan jawapan di bawah,penulis tidak "edit" dan mereka menggunakan bahasa dan ejaan tulisan yang mereka anggap mudah difahami semua.
Semoga kisah dibawah ini menjadi tauladan dan ingatan buat kita hari ini dan anak cucu akan datang.
Soalan Rakyat 1:
Saya merupakan peminjam pembiayaan kenderaan Bank Islam sejak tahun
2010. Saya tertarik dengan promosi 0 downpayment bawah promosi Gradhitz
ketika itu dan setiap bulan saya membayar RM775.
Kini setelah 4 tahun pembiayaan, timbul pula masalah apabila pihak
Bank Islam tanpa memaklumkan pada peminjam telah tag C dalam laporan
Bank Negara Malaysia.
Hal ini disedari bila saya cuba untuk buat pinjaman peribadi dengan
Bank Rakyat. Pegawai dari Bank Rakyat memaklumkan tag C ini adalah
penjadualan semula pinjaman yang biasanya dibuat oleh peminjam untuk
mengurangkan pembiayaan dan memanjangkan tempoh pinjaman.
Saya telah pergi ke Bank Islam cawangan terdekat untuk mendapatkan
perjelasan mengenai hal ini sebab saya tidak pernah memohon untuk
penjadualan semula pinjaman.
Masalah saya kemudian dipanjangkan ke bahagian pembiayaan automobil
Bank Islam di Butterworth. Pegawai pusat pembiayaan automobil bernama
Puan Su memaklumkan yang pembiayaan saya telah tertunggak 2 bulan.
Saya memaklumkan sebagai kakitangan awam saya hanya boleh bayar
selepas 25 haribulan jadi tunggakan yang sebenarnya cuma sebulan.
Tapi yang paling mengejutkan beliau mengatakan tag C dibuat sejak
Ogos 2013 tanpa memaklumkan pada peminjam dan Bank Islam dengan ‘baik
hati’ telah membayar sebulan pembiayaan saya sedangkan setiap bulan saya
membayar jumlah yang sama cuma tertunggak sebulan.
Saya bertanyakan apa jalan penyelesaian untuk untag C dalam laporan
BNM, pegawai berkenaan mengesyorkan saya membuat surat rasmi kepada Bank
Islam serta membayar RM2348.14.
Saya terkejut dengan jumlah yang disebut sedangkan sms yang saya
terima mengatakan jumlah yang tertunggak adalah dua bulan yakni
rm1458.00, jadi mana datangnya lagi sebulan? Pegawai berkenaan
mengatakan jumlah yang sebulan tu adalah pada bulan 8 yakni bila Bank
Islam dengan ‘baik hati’ membayarnya.
Inilah kali pertama saya mendengar sebuah bank yang baik hati tolong
bayar ansuran peminjam. Bagaimana sebuah bank yang ada tertera ISLAM
tanpa merujuk dengan peminjam membuat keputusan dengan sukahati?
Bukankah pihak bank perlu mendapatkan perjelasan dari peminjam atau
sekurang-kurangnya memaklumkan pada peminjam tindakan yang diambil oleh
pihak bank?
Saya amat kecewa dengan perkhidmatan Bank Islam dan rasa menyesal
kerana mengambil pembiayaan dari Bank Islam. Kini baru saya tahu kenapa
ramai ahli keluarga saya dan rakan-rakan lebih selesa dengan bank-bank
konvensional yang lain.
Bank Islam hanya menggunakan Islam pada nama sahaja tapi amalan tidak mencerminkan Islam langsung.
By: Kama Kamarul
Soalan Rakyat 2:
Assalamualaikum. Bank2 yang dilabel Islamic di malaysia memang orang
ramai dah tahu - produk haram di'laras'kan menjadi produk halal.
Sebahagiannya menjadi benar2 halal tetapi ada beberapa produk yg dilabel
Islamic masih syubhah dan memang terang2 haram.
Contohnya:
1.
urusan jual beli spt rumah, kereta apa2 je berkaitan 'jual beli' rata2
memang ikut lunas syariah. Apa yg berlaku ialah bank membeli bagi pihak
pembeli dan menjualnya kembali kpd pembeli dgn harga baru termasuk kadar
untung. Itu ok...
2. produk pinjaman peribadi dll yg berteraskan
pinjaman semata-mata. Mulanya saya ingat semua level dah ok tapi
bilamana saya semak modus operandi sehingga ke tahap tuntutan hutang
kembali, di situlah bermulanya permainan & pelarasan terma syariah.
Saya sendiri sekarang ni menjadi mangsa riba Bank CIMB Islamic bank.
bank2 yg mengaku 'Islamic' ini biasanya akan mengenakan cas kewangan
(finance charge) dan cas lewat bayaran (late charge service) dan
dinyatakan dlm penyata2 yg dihantar kpd penghutang. Inilah sumber rezeki
haram mereka - ya terus terang saya katakan haram sebabnya Yahudi
mengamalkan 'cas' lewat dan pelbagai 'cas'yg memungkinkan jumlah pokok
perlu meningkat apabila sampai kembali ke tangan mereka. Kalau pinjam
melalui kredit card di ATM, pasntinya RM50 dicas juga tak kira berapa yg
dikeluarkan. Pokoknya semua transaksi kemudian dilabelkan cas. So bila
nak tahu semua itu ialah RIBA? Bila mana kita dapat surat lawyer
konvensional.... Laywar akan maklumkan kelewatan bayaran pokok bersama2
INTEREST akan disusuli tindakan undang2. Surat pun dah BI, memang
terang2 itu dipanggil interest. Bank CIMB Islamic amal interest? Ya.
Saya ada bukti kukuh di tangan. Dah la mengaku Islamic bank, ambil pula
peguam konvensional yg terang2an amalkan riba (tanyalah peguam2 syarie),
maka mereka bank Islamic ini sendiri upah peguam yg amal riba...
Islamic la konon... Kesimpulannya, tak perlu saya panjang2kan isu ini yg
sudah pun saya jumpa 'semut hitam di atas batu hitam di malam hari' spt
yg Nabi ingatkan tentang fitnah2 yg akan muncul kpd umat islam. Memang
bank yg melabel diri mereka Islamic ini, PENIPU! PEMAKAN RIBA! dan
PEMBAYAR RIBA! Semoga Allah jahanamkan mereka semua!!!
By: Adi Nur Aidil Ali
Kedua-dua jawapan di bawah mudah-mudahan menyelesaikan soalan yang masih tidak berjawab di atas.Along sebagai penulis blog hanya mengemukakan pandangan dari bidang ilmu "sangka baik" ,manakala bidang syariah dan hukum perlu dirujuk kepada yang lebih "ahli".
Jawapan 1 :
Haji Mohd Nazri Chik - Ketua bahagian Syariah Bank Islam Malaysia Berhad
Jawapan 2 :
Ustaz Zaharuddin Abd Rahman
0 Comments