Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan sebuah Lot?
Forex spot diperdagangkan dalam bentuk Lot.
 Ukuran standard lot yaitu 
$100,000. Ada juga ukuran lot mini yaitu $10,000. 
Seperti yang sudah 
Anda ketahui, mata wang diukur dengan pips, yang merupakan kenaikan 
terkecil dari mata wang tersebut. Untuk mengambil keuntungan dari 
kenaikan-kenaikan yang kecil ini, Anda perlu berurusniaga dengan mata wang 
tertentu dalam jumlah besar untuk melihat adanya keuntungan atau kerugian
 yang signifikan.
Contohnya kita akan menggunakan ukuran standard lot $100,000. 
Sekarang 
kita akan mengira beberapa contoh untuk melihat bagaimana lot 
tersebut mempengaruhi nilai pip-nya. 
USD/JPY dengan harga 119.90
(.01/119.80) x $100,000 = $8.34 per pip
USD/CHF dengan harga 1.4555
(.0001/1.4555) x $100,000 = $6.87 per pip
Pada keadaan di mana Dolar AS tidak major pair, rumusannya agak berbeza.
EUR/USD dengan harga: 
1.1930
(.0001/1.1930) x EUR 100,000 = EUR 8.38 x 1.1930 = $9.99734
dibundarkan akan menjadi $10 per pip.
GBP/USD dengan harga 1.8040
(.0001/1.8040) x GBP 100,000 = 5.54 x 1.8040 = $9.99416
dibundarkan akan menjadi $10 per pip.
Broker Anda mungkin memiliki cara yang berbeza untuk mengira 
relatif nilai pip terhadap ukuran lot tetapi apapun cara mereka 
melakukannya, mereka akan  memberitahu Anda nilai pip yang digunakan untuk mata wang yang Anda dagangkan pada waktu 
tertentu. Ketika urusniaga bergerak, nilai pip itu juga akan bergerak bergantung kepada mata wang apa yang kita trade semasa kita meletak posisi entry.



0 Comments