Salam semua,

Straight to the point , penulis ingin berkongsi :



Apa itu FPX ?

Ianya bermaksud "Proses Pertukaran Kewangan " atau Financial Process Exchange (FPX)


Secara jelasnya medium pembayaran  kepada pelbagai saluran perbankan online. Bahasa mudah faham ialah "sistem pembayaran online".

Saluran bayaran melalui FPX ini memberi pilihan kepada pengguna untuk membayar pelbagai perkhidmatan melalui fasiliti yang mudah dan selamat.Ianya juga disokong dalam sistem Kementerian e-gov mahupun syarikat swasta yang berdaftar khas dengan bank negara.


Gambar di bawah adalah salah satu contoh pembayaran "FPX" online banking di mana-mana merchant yang menyediakan perkhidmatan ini.












FPX
sebenarnya telah dijual keseluruhan pelaburannya dari MEPS :

Malaysian Electronic Payment System Sdn Bhd
 412829-K
Copyright © 1997-2014 MEPS.
Kepada :


Malaysian Electronic Clearing Corporation Sdn Bhd (MyClear), anak syarikat milik penuh Bank Negara Malaysia.


Siapa Myclear ?


Ditubuhkan pada tahun 2008, Malaysian Electronic Clearing Corporation Sdn Bhd (MyClear) adalah anak syarikat milik penuh Bank Negara Malaysia.

Myclear membina dan mengendalikan sistem pembayaran bertaraf dunia dan infrastruktur pasaran kewangan yang selamat, boleh dipercayai dan cekap membolehkan fungsi dan pembangunan sistem kewangan Malaysia serta ekonomi secara keseluruhannya.


Produk Myclear

1. Real Time Electronic Transfer of Funds and Securities (RENTAS) - Penyelesaian kasar pemindahan dana borong dan dagangan sekuriti denominasi Ringgit dan menyokong peranan Malaysia sebagai yang diiktiraf luar pesisir hab dan ASEAN.
2. Debit Securities Services
(DSS) - Kemudahan debit, pengatur dan pelabur, meliputi kitaran hayat bon keseluruhan daripada terbitan, untuk memudahkan urusan deposit ke akaun perdagangan.

3. Fully Automated System for Tendering (FAST) - Pengeluaran automatik dan sistem tender untuk semua sekuriti kerajaan, wang kertas BNM, sekuriti hutang swasta dan instrumen pasaran wang, dan juga sebagai tempat penyimpanan maklumat rujukan daripada semua sekuriti hutang aktif dikeluarkan di Malaysia.
4. RENTAS Depository
 - Kemudahan jagaan semua sekuriti hutang tidak tersenarai di Malaysia. Hari ini, MyClear beroperasi sebagai depositori terbesar untuk instrumen sukuk di dunia, serta terbesar depositori sekuriti hutang di ASEAN.
5. Sistem Penjelasan Teratas Cek Kebangsaan (eSPICK) - Lembaga yang menguruskan penjelasan cek kebangsaan Malaysia.

6. GIRO Antara Bank @ Interbank GIRO  (IBG) - Satu sistem pemindahan dana yang membolehkan pemindahan kredit akaun ke akaun antara 42 bank yang mengambil bahagian di Malaysia.

7. JomPAY - Skim pembayaran bil negara Malaysia di mana pelanggan boleh membayar apa-apa pengebil berdaftar dari Internet atau perbankan mudah alih dengan menarik dana dari akaun simpanan semasa atau akaun Kad Kredit. Pengeluar bil hanya perlu mendaftar dengan salah satu bank untuk mengutip bayaran melalui 42 bank.

8. MyDebit - Skim kad debit domestik Malaysia, yang membolehkan pembayaran point-of-sale menggunakan kad ATM yang dikeluarkan oleh bank-bank di Malaysia.

9. FPX - Gerbang pembayaran "segera" secara langsung, yang memudahkan pembayaran Internet dan pembelian e-dagang menggunakan akaun simpanan dan akaun semasa.

10. Direct Debit - Menguruskan bil dari peniaga untuk mendebitkan ke akaun bank seseorang pengguna secara berkala untuk mengutip bayaran berulang.


BANK dan Perbankan internet yang terlibat FPX adalah:

No.
Retail Banking
    No.
Corporate Banking
1
Affin Bank Berhad
1
Affin Bank Berhad
2
Ambank
2
Ambank
3
Alliance Bank
3
Alliance Bank
4
CIMB
4
CIMB Bank
5
Public Bank
5
Public Bank
6
Hong Leong
6
Hong Leong Bank
7
RHB
7
RHB Bank
8
Maybank
8
Maybank
9
UOB
9
UOB
10
OCBC
   10
OCBC
11
Bank Muamalat
    11
Bank Muamalat
12
Bank Kerjasama Rakyat
13
Bank Muamalat


14
Standard Chartered Bank




Kelebihan FPX ?


FPX Merupakan satu alternative yang terbaik bagi pengguna yang tidak mempunyai kaedah pembayaran secara global seperti pay pal, kad kredit dan lain-lain lagi untuk mebuat pembayaran didalam talian

Antara kelebihan FPX yang boleh dilihat ialah ianya disokong oleh bank Negara serta institusi-institusi kewangan utama.Pengguna juga tidak perlu mendaftar terlebih dahulu untuk membuat pembelian di internet dan transaksi juga berlaku serta merta.

Selain itu juga transaksi pengguna dijamin selamat, mudah dan kos transaksi caj operasi adalah dengan kadar yang rendah.