Assalamualaikum wbt, selamat berpuasa pada mereka yang beragama islam dan selamat sejahtera pada mereka yang bukan islam. 

Pada artikel kali ini, saya akan kongsikan satu aplikasi android yang mungkin dapat membantu anda serba sedikit dalam memahami FUNDAMENTAL VIEW di dalam forex. Didalam dunia forex, terdapat dua kaedah analisis yang digunakan trader antaranya adalah teknikal dan fundamental. 

Pada trader baru seperti saya pasti akan ada yang bertanya “Bro FUNDAMENTAL tu apa ?” Baiklah, mari kita lihat apa itu fundamental view.

APA ITU FUNDAMENTAL ?
  
Kaedah analisa market menggunakan fundamental adalah kaedah yang sering digunakan oleh kebanyakan trader diluar sana. Fundamental  merupakan kaedah analisa market dengan cara membaca data atau report yang dikeluarkan selepas berlakunya sesuatu event atau news. 

Melalui data inilah para trader dapat menjangka apakah trend besar dimasa hadapan. Terdapat beberapa tempat yang dapat kita gunakan untuk membaca data yang dikeluarkan antaranya di Forex Factory, Investing.com, Myfxbook dan banyak lagi. Keistimewaan fundamental adalah kita akan mengikut gaya Bank dan juga Big Player dan membuka position

BAGAIMANA CARANYA UNTUK MAHIR FUNDAMENTAL ?

Terdapat beberapa beberapa sumber yang boleh digunakan untuk belajar fundamental antaranya ialah aplikasi FOREX HERO di sistem android anda, dan anda bole muat turun aplikasi ini di Play Store anda.




Aplikasi ini dicipta oleh ForexIllustrated.com dengan tujuan untuk membantu trader memhami serba sedikit rumus dan terma yang kebiasaan nya digunakan dalam analisa fundamental, aplikasi ini menyedikan pelbagai quiz yang berulang ulang mengenai fundamental agar pengguna dapat mengingati apa yang kita pelajari dengan lebih cepat dan juga disediakan beberapa nota asas tentang inflasi, deflasi dan sebagainya. 

Tambahan pula, setiap soalan yang salah dijawab akan diperbetulkan dengan penerangan yang terperinci. Saya yakin selepas anda mencuba  dan bermain aplikasi ini, anda pasti akan mendapat asas fundamental yang kukuh. Saya sendiri memberikan aplikasi ini 5 bintang diatas usaha mereka memudahkan trader untuk mempelajarinya. 

Semoga artikel ini dapat membantu anda mendapatkan rentak untuk dimana perlu anda mula untuk mempelajari fundamental. Semoga kita berjumpa di artikel yang akan datang. Assalamualaikum