Assalamualaikum dan selamat hari raya aidilfitri kepada
semua umat islam dan selamat sejahtera kepada mereka yang bukan beragama islam.
Nampaknya kebanyakan trader masih dalam mood raya ^_^. Masih banyak undangan rumah terbuka, dalam kita sibuk meraikan hari raya, jangan lupa untuk jenguk jenguk piphijau untuk input input yang menarik ya ^_^.
Nampaknya kebanyakan trader masih dalam mood raya ^_^. Masih banyak undangan rumah terbuka, dalam kita sibuk meraikan hari raya, jangan lupa untuk jenguk jenguk piphijau untuk input input yang menarik ya ^_^.
Baiklah dalam artikel kali ini saya akan menerangkan apa itu
bank pusat dan apa bezanya dengan bank komersial dan saya akan menyenaraikan nama
nama bank pusat di setiap negara yang sering kita lihat matawang mereka dalam
mt4 kita supaya selepas ini kalau anda ternampak nama bank tersebut dalam jadual
news, maka anda akan dapat menjangka yang pair tersebut akan berlaku pergerakan
yang besar.
Apa itu Bank Pusat ?
Bank pusat atau yang kebiasaanyya kita selalu dengar para
trader menyebutnya sebagai central bank memainkan peranan penting didalam aktiviti
kewangan dan perbankan dalam sesebuah negara. Mereka sentiasa berusaha untuk mengekalkan dan menstabilkan
ekonomi mereka di tahap yang memuaskan terutama sekali di negara negara yang
sedang membangun. Antara aktiviti yang kebiasaanya mereka lakukan untuk
menstabilkan ekonomi negara tersebut adalah dengan cara menguruskan kadar
interest rate, bertindak sebagai peminjam kepada bank komersial di saat
berlakunya kegawatan ekonomi atau masalah masalah lain.
Bank Of International Settlement mendefinasikan bank pusat
sebagai bank yang diamanahkan untuk mengawal kecairan mata wang dan kredit di
negara tersebut.
Paul A. Samuelson menyebut bahawa bank pusat
mempunya satu tujuan sahaja iaitu mengawal kecairan matawang, ekonomi dan
kredit.
Dari definasi yang dikeluarkan oleh kedua belah pihak ini,
kita dapat membuat kesimpulan bahawa bank pusat bukanlah sebuah institusi yang
ditubuhkan dengan tujuan mengaut keuntungan seperti bank komersial tetapi
bertujuan sebagai pemantau dan pengawal kepada ekonomi sesebuah negara.
Dan apa pula Bank Komersial ?
Bank komersial beroperasi atas tujuan untuk mengaut
keuntungan dan mereka juga beroperasi dibawah kawalan dan pantauan dari bank
pusat. Mereka bertindak sebagai agen kepada bank pusat dan hanya menjalankan
perniagaan tukaran matawang asing jika mendapat kebenaran dari bank pusat. Disini
kita bole lihat jurang perbezaan yang besar antara bank pusat dan bank
komersial dari segi tujuan penubuhan dan juga tugas mereka.
Baiklah kita sudah tahu apa itu bank pusat dan apa itu bank
komersial, dibawah ini akan saya senaraikan nama bank pusat untuk setiap negara
yang agak terkenal dalam mt4 anda.
USA – Federal Rserve Bank (FED)
Di United State of America, bank pusat mereka disebut
sebagai Federal Reserve Bank atau singkatannya Fed, Fed merupakan bank pusat
yang ketiga yang ditubuhkan dalam sejarah perbankan dia US, sistem bank pusat
yang pertama adalah pada tahun 1791-1811 dan sistem yang kedua pula ditubuhkan
pada tahun 1817-1836 dan yang terakhir iaitu Fed pula ditubuhkan pada 1913.
Laman web rasmi : http://www.federalreserve.gov/
JAPAN-Bank Of Japan (BOJ)
Bank pusat yang mengawal ekonomi Jepun dipanggil sebagai
Bank Of Japan atau singkatannya BOJ. BOJ telah ditubuhkan dibawah akta bank
negara Jepun dan mula beroperasi pada 10 oktober 1882 dan mereka berpusat di Tokyo.
Laman web rasmi : https://www.boj.or.jp/
Euro United-Euro Central Bank (ECB)
Euro Central Bank merupakan bank pusat untuk seluruh ahli
kesatuan Euro tetapi ada juga sesetengah negara yang tidak menggunakan currency
Euro antaranya adalah Poland, Sweeden, Romania, Bulgaria dan banyak lagi. Anda boleh
lihat senarai negara dalam kesatuan Euro melalui gambar dibawah. Euro Central
Bank berada di Frankfurt, Germany. Bank ini ditubuhkan pada 1998 dan Mario
Draghi adalah President yang berkhidmat di ECB dan beliau merupakan bekas
gabenor Bank Of Italy dan juga bekas ahli kepada World Banks.
Laman web rasmi : www.ecb.europa.eu
Canada-Bank Of Canada (BOC)
Bank pusat yang mengawal ekonomi negara Kanada dipanggil
sebagai Bank Of Canada atau singkatannya adalah BOC. Boc ditubuhkan pada 1935,
Boc berpusat di Ottawa, Canada.
Laman web rasmi : http://www.bankofcanada.ca/
Dan masih ada beberapa lagi bank utama setiap negara yang
belum disenaraikan tetapi yang saya senaraikan secara ringkas diatas merupakan
bank bank yang agak terkenal yang sering kita dengar di surat khabar atau
laboran berita.
Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini,
diharapkan anda terus menyokong PipHijau.com untuk mendapatkan input yang
berguna untuk anda sebagai sokongan atas usaha anda untuk menjadi trader forex
yang berjaya.
Saya dan Team Piphijau ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin jikalau terdapat kesilapan dalam penulisan atau kesalahan lampau, kami juga berharap yang anda akan sentiasa dimurahkan rezeki dan juga profit yang berpanjangan. Teruskan menyokong
PipHjiau.Com ^_^
0 Comments