Bismillahirrahmanirrahim.

Nahmaduhu Wa Nusalli Ala Rasoolihil Karem.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, aku bermohon keberkatan di dalam segala ilmu yang telah kami terima sehingga ke hari ini seperti mana engkau memberkati guru-guru kami yang terdahulu, dan kurniakanlah kepada kami kefahaman Nabi-Nabi, serta ilham para Malaikat yang hampir denganMu. Ya Allah, aku pertaruhkan kepadaMu apa yang telah Engkau ajarkan kepadaku, maka kembalikanlah semula kepadaku jika aku memerlukannya dan janganlah Engkau buat aku melupainya, Wahai Tuhan Sekalian Alam. 


"Jikalau mereka berfikir di luar kotak, katakan pada mereka, aku mampu untuk berfikir umpama tiada kotak" ~Andika 


=========================== 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Kepada semua warga yang telah menceburi bidang perdagangan matawang (forex trading), saya ingin 'share' sedikit pengalaman berkecimpung dalam bidang 'training motivation', 'human psychology'NLP dan berbagai-bagai 'training and human development program'. Setelah berkecimpung dalam 'forex trading' selama lebih kurang 7-8 tahun, saya dapat me'relate'kan banyak perkara bekenaan 'individual personality and character' dengan cara seseorang itu 'trade'. Walaupun begitu, saya masih lagi belajar dan terus mengkaji mengenai pasaran dalam FOREX itu sendiri.

Ramai individu di luar sana yang mengimpikan hidup dengan mempunyai "kebebasan masa""kebebasan kewangan" dan 'stress free' daripada "politik" tempat kerja dan rutin harian yang amat membosankan. Maka, ramai yang bejinak-jinak dalam bidang forex, dengan tanggapan FOREX boleh menjana kekayaan dengan cepat, jalan pintas untuk kejayaan dan kebebasan.

Hendak saya katakan tidak benar, tidak boleh juga, sebab ada yang berjaya dalam masa singkat dengan forex ni. Tetapi, majoriti daripada 'forex trader' berusaha separuh jalan. Apa yang saya nampak sekarang ini, ramai yang pernah untung "kaw kaw", tetapi akhirnya kecundang juga. Ada pula yang terus berkubur bersama dengan impian mereka untuk menjadi 'full time trader'.

Di manakan kesilapannya?
Adakah forex itu sendiri suatu perkara yang merumitkan?
Adakah pada teknik?
Adakah pada 'pair' yang dipilih?
Atau adakah pada modal yang terlalu kecil?








Mari kita sama-sama kaji.


Sahabat sekalian, 'FULL TIME TRADER' is not just a dream. It is a REALITY and it is ACHIEVABLE.


Daripada pengamatan saya, ramai 'trader' sudah tahu teori. Sudah pergi 'coaching' dengan guru yang handal-handal belaka. Sanggup bayar yuran beribu-ribu ringgit semata-mata ingin mencari secebis ilmu, Apa yang kurang dalam diri seorang 'trader' itu bukan lagi 'skills'. Tetapi, Karakter 'trader' itu sendiri yang menjadi batu penghalang 'CONSISTENCY' untuk menang dalam setiap 'trading'.

Kita bukan hendak jadi 'trader' yang sekali makan besar, lepas itu terus tidak boleh makan dah. Apa yang kita perlu ada adalah 'consistency'. Dalam bahasa melayunya ialah konsisten. Hehehe.
Saya bukan mahu bermegah. Malah saya juga pernah dan masih mengalami kerugian. Ada kalanya sampai 2-3 ribu USD 'cut loss' bila musim lot besar. Hehehe. Semua itu adalah pengalaman bagi saya, dan ianya merupakan pengajaran yang terlalu berharga untuk dikongsi bersama.



Actually, the best way to learn is from others experience. Not from our own experience. So, that we do no have to go through the bitterness of being a loser in trading.

Two person with similar method, similar capital, similar trading plan, similar age, and even trading in the similar pair. All things being equal, Yet, we are seeing a variation in trading result.


Apa yg menjadi punca utama kemenangan atau kegagalan 'trader' tersebut?


Jawapannya mudah sahaja :
"HOW YOU DO ANYTHING IS HOW YOU DO EVERYTHING"


It's personality trading !!!


There are 4 major personality in a human being :-

1. Choleric / Dominant
2. Sanguine / Influencer
3. Phlegmatic / Steady
4. Perfect Melancholic / Compliance

Each personality has each own strength. Not a single personality is better than the other. Each of us, ada semua ni. Cuma ada personaliti yang lebih menonjol dari yang lain. Pertama sekali, amat penting untuk kita mengenali diri kita sendiri. Supaya kita dapat menyesuaikan diri kita mengikut kesesuaian personaliti pada masa-masa yang sesuai.

Sebelum kita pergi lebih jauh untuk mengaplikasikan 4 jenis personaliti ini, mari saya ceritakan sedikit sebanyak apa itu ciri-ciri dan perangai setiap personaliti yang disebutkan di atas tu.

1. CHOLERIC / DOMINANT

Kebaikan :- 
- Ciri-ciri seorang ketua. 
- Sangat cepat membuat keputusan. 
- Sangat hebat membuat pelan untuk jangka masa panjang. 
- Seorang yang hati kering. 
- Tidak mengendahkan apa orang kata. 
- Mempunyai sikap "I follow my own rules".
- Tidak cepat putus asa. 
- Berusaha sehingga keputusan yang di ingini tercapai. 
- Tegas dengan keputusan sendiri. 
- Tidak mudah untuk mempengaruhi individu jenis 'dominant' ini.

Keburukan :- 
- Pentingkan diri (self centered). 
- Suka mengarah. 
- Cepat marah. 
- Kurang sabar. 
'Poor in execution'. 
- Orang melayu kata “cakap je lebat”, bila buat apa pun tak dapat. 
- Terlalu banyak idea sampai otak jadi tidak tersusun. 
- Selalunya individu ini berpandangan jauh, penuh dengan visi and misi.

2. SANGUINE / INFLUENCER

Kebaikan :- 
- Ciri-ciri penghidup dan penyeri suasana. 
'Happy go lucky'. 
- Selamba. 
- Kadang-kadang kelakar. 
- Peramah, 
- Boleh jadi "Public Relation Officer" (PR)
- Boleh ‘join group’ apa sahaja. 
- Tidak tahu malu. 
- Mempunyai sikap “Hentam sahaja". 
- Jenis yang hati kering juga.

Keburukan :- 
- Bertindak melulu. 
Terlalu ‘reactive’. 
- Cepat melatah. 
Gelojoh. 
- Suka ikut rasa.



3. PHLEGMATIC / STEADYNESS

Individu ‘steady’ ini memang seorang yang tenang, ’very patient’, ‘very relax’, ‘humble’.

Kebaikan :- 
- Boleh dilihat dari segi ‘loyalty’, dari segi ‘relationship’, ‘friendship’, ‘business or even life’. 
- Memang jenis penyayang dan ‘concern’. 
‘Very good listener’. 
- Sanggup berkorban untuk orang lain. 
- Kalau dalam ‘group’ kawan-kawan yang tengah mengeteh dekat kedai mamak, individu ‘steady’ ini kebiasaannya senyap, senyum dan layan gelak pada lawak-lawak individu ‘sanguine’. Mereka yang ‘steady’ ini suka guna perkataan "tak pe lah".

Keburukan :- 
- Karakter ini selalunya membuatkan individu itu jadi ‘slow’. 
- Jadi banyak berfikir. 
- Selalunya sanggup dahulukan orang lain daripada diri sendiri. 
- Individu ‘steady’ selalunya mudah mengalah. 
- Cepat putus asa dan rasa diri kurang daripada orang lain.


Kebaikan dari segi 'forex trading', karakter ini akan menolong dari sudut kesabaran, dari sudut ‘relax and calm’, dan 'humble' untuk belajar, belajar, belajar, dan belajar. Bila ‘trade’, individu ‘steady’ akan cuba ‘follow’ orang lain, untuk ‘confirmation’. Sebab dia perlukan ‘sense of security’. Kalau apa yang di buat oleh orang lain, ‘most likely’ dia tidak akan ‘take the post’, dan, ‘simply follow’ apa yang orang tu buat. Biasanya individu SANGUINE / CHOLERIC memang ‘terer’ bab suruh orang ‘follow’ dia.

Keburukan dia pula, sebab selalu sangat dengar cakap orang, ‘follow’ tanpa ‘proper analysis’, memang kantoi la. Kadang-kadang terlalu takut nak ‘open post’, sampai lambat masuk. Bila masuk, ‘market’ sudah dekat hujung-hujung. Pastu ‘reverse’. Bila dah ‘floating’, individu ‘steady’ ni payah nak ‘cutloss’. Sebab sayang duit. Pastu banyak salahkan diri (self blaming) dan sudahnya, berhenti ‘trade’. Hehehe.


4: COMPLIENCE / PERFECT MELANCHOLIC.

Individu yang ini pun menarik juga ni. Orangnya pun ‘relax’. Sama macam ‘STEADY’
‘Very analitical’. 
‘Very discipline’. 
‘Very quiet’. 
- Seorang yang penyabar. 
- Mempunyai sikap “biar lambat asalkan selamat”
- Hidup individu ‘complience’ ini teratur, tersusun, ada ‘schedule’
‘Good money manager’. 


Semua ‘debit credit’ dijaga. Pakaian di pilih rapi, di seterika cun cun. Di lipat elok-elok. Kereta bersih sentiasa. Tidak ada sampah dalam kereta. Semua tersusun.

Yang tidak berapa menarik, sebab terlalu hendak ‘analyse’ dan hendak ‘confirm’kan ‘decision’ dengan segala jenis analisis, kesudahannya terlambat ‘decide’. Dalam apa jua benda. kalau ‘shopping’, sampai ‘made in’ mana nak tengok, kain jenis apa, ada bulu-bulu benang terkeluar ke, ‘test’ berbelas-belas pasang baju, sudahnya tak beli. Bila datang balik, orang dah kebas.

Dari segi ‘trading’‘this character’ bagus untuk ‘counter the dominant and sanguine’. Sebab kita perlukan ‘solid reason why we must take that position’. But just do not over-analysed it. Yang jenis ‘complience’ ni lah yang sentiasa ‘test’ indi baru, campur aduk ‘all the system’, sampai diri sendiri tak tau nak ‘follow’ yang mana satu. Use the pro side of the personality. Analyse and study specific methodology sampai betul-betul faham dari akar umbi. Then only, buat variation.


Individu ‘complience’ ni disiplin, ‘survival’ dia dalam forex memang lagi lama berbanding dengan personaliti lain. Sebab dia berhati hati.

So, adakah anda Dominant? Complience? Influencer? Steady?

Hati-hati dengan pemikiran kita, as it might become speech,
Hati-hati dengan kata-kata kita, as it might become action,
Hati-hati dengan action kita, as it might become habit,
Hati-hati dengan habit kita, as it might become character...


Apa yang kita selalu buat, dia akan jadi ‘habit’...
Bila dah jadi ‘habit’, susah la...


We are becoming what we are consistently doing over and over...





Ok. Dalam kehidupan seharian, cuba perhatikan gerak-geri kita, ‘action’ kita, pemikiran kita, perancangan kita, cara kita melakukan sesuatu.

Adakah kita ‘plan’ sesuatu yg kita buat? Contoh nak makan tengah hari + hendak beli barang runcit. Adakah kita ke 'Giant' untuk beli barang dan kemudian baru makan? Atau kita ke restoran di tempat lain. Then, lepas makan baru fikir nak beli barang kat mana dan ‘drive’ ke tempat lain untuk beli barang?


Adakah duit anda tersusun dalam ‘wallet’ anda?
Adakah anda simpan syiling anda di tempat yang ‘dedicated’?
Adakah anda mempunyai ‘proper planning financially’?
Adakah anda kemas katil selepas bangun dari tidur?
Adakah anda kemas kereta anda? Basuh ‘every week’ atau lebih ‘frequent’?
Adakah anda catat segala perbelanjaan anda?
Adakah anda di senangi rakan-rakan anda?
Adakah anda selalu ber’shopping’ sakan?
Adakah anda suka ber’karaoke’?
Adakah anda suka melepak dengan rakan-rakan?
Adakah anda suka bercerita atau mendengar cerita?
Adakah anda suka ‘movie thriller’‘Romantic’‘Sci fi’‘Horror'‘or comedy’?
Adakah anda suka memakai pakaian berwarna terang?
Adakah anda suka memakai warna ‘earth tone’?




We can tell a lot from one inclination towards something.

Ada banyak lagi soalan-soalan yang membuatkan kita sedar siapa kita. ini adalah penting kerana segala gerak-geri kita, tindak-tanduk kita, keputusan kita, bila kita ‘open post’ dalam ‘trading’ adalah bergantung kepada siapa kita sebenarnya.

Individu DOMINANT trade DIFFERENTLY,
Individu COMPLIENCE trade DIFFERENTLY,
Individu INFLUENCER trade DIFFERENTLY,
Individu STEADY trade DIFFERENTLY.


Walaupun mereka menggunakan sistem dan ‘method’ yang sama, ‘result trading’ adalah amat berbeza sekali.

Cuba fikirkan dan renungkan, golongan mana kah diri kita ini?
‘Perfect trader’ memerlukan keempat-empat ‘character’ dan personaliti dalam keadaan ‘BALANCE’ untuk berjaya, ini kerana keempat-empat personaliti ini akan audit ‘each other’ dan ambik kebaikan sahaja.


Kalau kita ‘aware’ dan ‘alert’ kepada kelemahan dan kekuatan ‘each personality’ ini dan kita tahu siapa diri kita, insyaAllah, pakai ‘moving average system’ pun boleh ‘profit’.

Sumber Asal : Personality TradingPenulis Asal : Lukpayat, Olahan Semula : Nakhoda Andika
===========================

Video pengenalan Nakhoda Andika serta penghargaan kepada Guru-Guru beliau.

(Proses penghasilan video hanyalah sebagai sebuah eksperimentasi serta untuk berlatih dan menggilap bakat tersendiri dalam menghasilkan video yang lebih berkualiti serta bermanfaat untuk semua)

Semoga Bermanfaat

Sebagai tanda penghargaan serta sokongan anda kepada kami, anda boleh 'register' akaun 'trading' di bawah (klik pada gambar) :





Salam Ukhwah
Nakhoda Andika
Financial Philosopher
NakhodaFX